Sepang (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Parlimen Sepang ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Parlimen ini ditubuhkan pada 1959 Pilihan Raya Pertama.

Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Mohamed Hanipa Maidin dari PH-AMANAH. Beliau adalah bekas ahli eksekutif Kerajaan Persekutuan memegang portfolio Timbalan Menteri JPM (Undang-Undang) (2018-2020). Beliau menyandang kerusi ini sejak PRU-13 (2013) yang lalu. Pada 2015 beliau meninggalkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan sertai Parti Amanah Negara. Pada peringkat parti beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi AMANAH.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan etnik pengundi parlimen Sepang setakat 2018[1]

  Melayu (62.33%)
  Cina (20.33%)
  India (14.21%)
  Etnik lain (3.13%)

Sejarah Kawasan[sunting | sunting sumber]

Sejarah Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga DUN

Pentadbiran dan Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Daerah dalam parlimen ini ialah daerah Sepang dan daerah Kuala Langat (sebahagian).

Mukim[sunting | sunting sumber]

Mukim dalam parlimen ini ialah mukim Batu (Kuala Langat) dan sebahagian mukim Sepang di DUN Tanjong Sepat (kawasan negeri).

Mukim Dengkil dan sebahagian mukim Tanjong Dua Belas (Kuala Langat) di DUN Dengkil (kawasan negeri).

Mukim Labu dan sebahagian mukim Sepang di DUN Sungai Pelek (kawasan negeri).

Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) adalah kerajaan tempatan bagi parlimen ini dan pusat bandarnya ialah Bandar Baru Salak Tinggi.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) juga adalah kerajaan tempatan tapi di kawasan daerah Kuala Langat sahaja.

  1. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.