Separa tenggelam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pelantar gerudi Deepsea Delta di Laut Utara.
Perbandingan antara separa-tenggelam laut dalam dan kapal gerudi.

Separa-tenggelam (bahasa Inggeris: semi-submersible) adalah sebuah kapal laut khas dengan memiliki kestabilan yang baik yang ciri-ciri keselamatan di laut. Rekabentuk pelantar separa-tenggelam biasanya digunakan dalam beberapa peranan khas luar pantai seperti untuk pelantar gerudi luar pantai, kapal penyelamat, pelantar pengeluaran minyak dan kren angkatan berat.

Istilah semisubmersible, semi-sub atau hanya semi juga secara umumnya digunakan bagi merujuk pada rekabentuk pelantar sebegini.

Pelantar pengeluaran luar pantai[sunting | sunting sumber]

Pelantar minyak separa tenggelam P-51 milik Petrobras dari Brazil

Apabila medan minyak pertama kali dibangunkan di lokasi luar pantai, pelantar gerudi separa tenggelam telah diubahsuai untuk digunakan sebagai sebuah gabungan pelantar gerudi dan pengeluaran. Pelantar sebegini menawarkan pelantar yang sangat stabil dan menjimatkan. Pelantar pengeluaran terapung separa tenggelam pertama adalah Argyll FPF yang diubahsuai pada tahun 1975 dari pelantar gerudi separa tenggelam Transworld 58 untuk kegunaan di medan minyak Argyll milik Hamilton Brothers North Sea.

Setelah industri minyak menuju ke persekitaran air yang lebih dalam dan mencabar, pelantar separa tenggelam dengan kegunaan yang lebih spesifik telah direka. Pelantar separa tenggelam pertama yang direka dan dibina khas bagi memenuhi tujuannya adalah untuk medan Balmoral, yang terletak di Laut Utara UK pada tahun 1986.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. *GVAC – GVA 5000. Gvac.se. Retrieved on 2010-12-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:ModernMerchantShipTypes