Separuh Akhir Muzik Muzik 21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Separuh Akhir Muzik Muzik 21 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-21. Kesemua lagu yang dipertandingkan adalah lagu-lagu popular ciptaan tempatan sepanjang tahun 2006.

Jika sebelum ini Separuh Akhir Muzik-Muzik diadakan pada waktu petang dan tiga hari berturut-turut pada minggu yang sama, tetapi untuk edisi ke-21, perubahan dilakukan di mana ia disiarkan pada waktu malam dan tiga minggu berturut-turut.

Senarai lagu Semi-Finalis Muzik Muzik 21[sunting | sunting sumber]

Kategori Etnik Kreatif & Irama Malaysia (24 November)[sunting | sunting sumber]

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Candak" Pak Ngah Nurul Asyiqin Syura Siti Nordiana menggantikan Syura
"Zapin Cinta SMS" Anuar Dahalan Anuar Dahalan Kumpulan Senario & Adibah Noor
"Warkah Buatmu Laila" Ayub Ibrahim Habsah Hassan Zahid Baharuddin
"Hantaran Hati" Nik Nizam Rosminah Tahir Rosiah Chik & Bob Yusrizan Aspalela Abdullah menggantikan Rosiah
"Nafas Cahaya" M. Nasir Loloq Misha Omar
"Celik Celik" Cat Farish Cat Farish Nas Adila
"Cinta Luhur" Yasin Yasin Saiful Bakeri
"Maharaja" Eddie Hamid Hairul Anuar Harun Ramlah Ram
"Zapin Bahari" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Nurul Asyiqin Natasha
"Racau Sang Khalifah" Noraniza Idris Noraniza Idris & Liza Hanim

Kategori Balada (1 Disember)[sunting | sunting sumber]

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Mungkir Bahagia" Hazami Ita Hazami
"Ku Seru" Ajai Habsah Hassan & Shuhaimi Baba Misha Omar
"Terlalu Istimewa" Azlan Abu Hassan Adibah Noor Adibah Noor
"Secebis Harapan" Zul Mahat ' Nora Ariffin
"Jatuh" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Adam
"Suralaya Dalam D'Major" M. Nasir Loloq Amy Menarik diri dari pertandingan
"Iris" Edrie Hashim Awie
"Bersamamu" Affendi Sarah Raisudin
"Kian" Fauzi Marzuki Loloq Mawi
"Merawat Luka Terpendam" Azmeer Azmeer Liza Hanim

Kategori Pop Rock (8 Disember)[sunting | sunting sumber]

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Tak Tercapai Akalmu" Aidit Alfian Ad Samad Elyana
"Juwita (Citra Terindah)" M. Nasir M. Nasir M. Nasir
"Diari Seorang Lelaki" Neves Neves Kumpulan Pretty Ugly
"Lagu Jiwa Lagu Cinta" M. Nasir Loloq Mawi & M. Nasir
"Menari Denganku" Sarah Raisuddin & Zahid Baharuddin
"Bukakanlah Pintu" Azlan Abu Hassan Ucu Amy Mastura
"Serasi Bersama" Ajai Loloq Ajai & Nurul
"Da Bomb" Ruffedge Cat Farish Kumpulan Ruffedge
"Lemas" Kumpulan Ruffedge
"Caramu" Audi Mok Nurfatima Nikki Palikat menampilkan Zahid Baharuddin

Lagu yang ditebalkan adalah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-21.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]