Separuh hayat biologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Separuh hayat biologi (juga separuh hayat penyingkiran dan separuh hayat farmakologi) ialah masa yang diambil bagi kepekatan bahan biologi (seperti ubat) berkurangan daripada kepekatan maksimum (Cmaks) kepada separuh Cmaks dalam plasma darah.[1][2][3][4][5] Ia dilambangkan dengan singkatan .[2][4]

Ini digunakan untuk mengukur penyingkiran perkara seperti metabolit, ubat-ubatan dan molekul isyarat daripada badan. Lazimnya, separuh hayat biologi merujuk kepada detoksifikasi semula jadi badan (pembersihan) melalui metabolisme hati dan melalui perkumuhan bahan yang diukur melalui buah pinggang dan usus. Konsep ini digunakan apabila kadar penyingkiran secara kasarnya bersifat eksponen.[[:]]

Dalam konteks perubatan, separuh hayat secara eksplisit menerangkan masa yang diambil bagi kepekatan bahan dalam plasma darah untuk berkurang sebanyak separuh (separuh hayat plasma) daripada keadaan mantapnya apabila beredar dalam darah organisma. Pengukuran ini berguna dalam perubatan, farmakologi dan farmakokinetik kerana ia membantu menentukan berapa banyak ubat yang perlu diambil dan berapa kerap ia perlu diambil jika jumlah purata tertentu diperlukan secara berterusan. Sebaliknya, kestabilan bahan dalam plasma digambarkan sebagai kestabilan plasma. Ini penting untuk memastikan analisis yang tepat terhadap ubat dalam plasma dan dan penemuan dadah.

Hubungan antara separuh hayat biologi dan plasma sesuatu bahan boleh menjadi kompleks bergantung pada bahan berkenaan, disebabkan oleh faktor termasuk pengumpulan dalam tisu, pengikatan protein, metabolit aktif dan interaksi reseptor.[6]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Air[sunting | sunting sumber]

Separuh hayat biologi air dalam manusia adalah kira-kira 7 hingga 14 hari. Ia boleh diubah oleh tingkah laku. Pengambilan alkohol dalam kuantiti yang banyak akan mengurangkan separuh hayat biologi air dalam badan.[7][8] Ini telah digunakan untuk menyahcemar pesakit yang tercemar dengan air tertritiat. Asas kaedah dekontaminasi ini adalah untuk meningkatkan kadar penggantian air dalam badan dengan air baru.

Alkohol[sunting | sunting sumber]

Penyingkiran etanol melalui pengoksidaan oleh alkohol dehidrogenase dalam hati daripada tubuh manusia adalah terhad. Oleh itu, penyingkiran kepekatan alkohol yang besar daripada darah mungkin menurut kinetik darjat sifar. Langkah-langkah mengehadkan kadar untuk satu bahan juga mungkin sama dengan bahan lain. Sebagai contoh, kepekatan alkohol dalam darah boleh digunakan untuk mengubah suai biokimia metanol dan etilena glikol. Dengan cara ini, pengoksidaan metanol kepada formaldehid dan asid formik beracun dalam tubuh manusia boleh dicegah dengan memberikan jumlah etanol yang sesuai kepada seseorang yang telah menelan metanol. Metanol adalah sangat beracun, dan menyebabkan kebutaan dan kematian. Seseorang yang menelan etilena glikol boleh dirawat dengan cara yang sama. Separuh hayat juga adalah relatif kepada kadar metabolik subjektif individu berkenaan.

Zat logam[sunting | sunting sumber]

Separuh hayat biologi sesium dalam manusia adalah dari satu hingga empat bulan. Ini boleh dipendekkan dengan pengambilan biru Prusia. Biru Prusia dalam sistem pencernaan bertindak sebagai penukar ion pepejal yang menyerap sesium sambil membebaskan ion kalium.

Separuh hayat dwifasa[sunting | sunting sumber]

Banyak ubat mengikut lengkung penghapusan dwifasa - fasa pertama berupakan cerun curam, dan fasa kemudian ialah suatu cerun cetek:

Bahagian curam di awal lengkung —> pengedaran awal ubat dalam badan.
Bahagian lengkung cetek —> perkumuhan muktamad ubat yang bergantung kepada pembebasan ubat dari petak tisu ke dalam darah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Separuh hayat berkaitan dengan konsep matematik umum dalam fizik atau farmakologi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Elimination Half-Life". Pharmacology in one semester. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2020. Dicapai pada 20 February 2020.
  2. ^ a b "Definition of Half-Life (t½)". AIDSinfo. 2020-02-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2020. Dicapai pada 2020-02-20.
  3. ^ Curry, Stephen H. (1993). "PHARMACOKINETICS OF ANTIPSYCHOTIC DRUGS". Antipsychotic Drugs and their Side-Effects. Elsevier. m/s. 127–144. doi:10.1016/b978-0-12-079035-7.50015-4. ISBN 978-0-12-079035-7. The elimination half-life measures the kinetics of loss of drug from the body as a whole once all distribution equilibria have been achieved.
  4. ^ a b Dasgupta, Amitava; Krasowski, Matthew D. (2020). "Pharmacokinetics and therapeutic drug monitoring". Therapeutic Drug Monitoring Data. Elsevier. m/s. 1–17. doi:10.1016/b978-0-12-815849-4.00001-3. ISBN 978-0-12-815849-4. The half-life of a drug is the time required for the serum concentration to be reduced by 50%. Once the half-life of the drug is known, the time required for clearance can be estimated. Approximately 97% of the drug is eliminated by 5 halflives, while ~99% is eliminated by 7 half-lives.
  5. ^ Toutain, P. L.; Bousquet-Melou, A. (2004). "Plasma terminal half-life" (PDF). Journal of Veterinary Pharmacology and Therapeutics. 27 (6): 427–439. doi:10.1111/j.1365-2885.2004.00600.x. PMID 15601438. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-20. Following i.v. administration, the terminal half-life is the time required for plasma/blood concentration to decrease by 50% after pseudo-equilibrium of distribution has been reached; then, terminal half-life is computed when the decrease in drug plasma concentration is due only to drug elimination, and the term ‘elimination half-life’ is applicable. Therefore, it is not the time necessary for the amount of the administered drug to fall by one half.
  6. ^ Lin VW; Cardenas DD (2003). Spinal Cord Medicine. Demos Medical Publishing, LLC. m/s. 251. ISBN 1-888799-61-7.
  7. ^ Nordberg, Gunnar (2007). Handbook on the toxicology of metals. Amsterdam: Elsevier. m/s. 119. ISBN 978-0-12-369413-3.
  8. ^ Silk, Kenneth R.; Tyrer, Peter J. (2008). Cambridge textbook of effective treatments in psychiatry. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 295. ISBN 978-0-521-84228-0.