Serampang Tiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Serampang Tiga
PengarahIsmail Sasakul
PenerbitZaharan
Zain
PenulisIsmail Sasakul
Dibintangi olehKuswadinata, Sharifah Hasnor, Normala Omar, Yahya Sulong, Ibrahim Pendek, Ahmad B
Muzik olehKassim Masdor
Mula ditayangkan
1981
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Serampang Tiga merupakan sebuah filem Melayu genre aksi dan drama yang diterbitkan di Malaysia pada 1981. Filem Serampang Tiga diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Serampang Tiga mula ditayangkan pada 1981 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Kuswadinata, Sharifah Hasnor dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Serampang Tiga diarah oleh pengarah Ismail Sasakul pada 1981.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang Indra yang ditugaskan oleh ayahnya, Pak Guntor, seorang panglima diraja untuk pergi mengamankan sebuah kampung serta untuk bertemu dengan adiknya Naneng. Pak Guntor telah memberi pedang yang diwarisi supaya dapat mempertahankan dirinya. Dalam perjalanan, Jalur, rakan Indra, turut menemaninya. Ketika tiba di sebuah kampung, Indra dan Jalur melihat sekumpulan orang jahat cuba mengganggu Kiambang dan ayahnya, Pak Sulong, yang sedang berniaga makanan di sebuah warung. Indra telah berjaya melindungi Kiambang dan ayahnya dari terus diganggu. Di kampung tersebut, Indra telah terjumpai adiknya telah mati dibunuh. Indra bersumpah untuk menuntut bela di atas kematian adiknya. Dia harus mencari orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu serta menyiasat keadaan kampung yang semakin menjadi huru-hara akibat perbuatan beberapa orang penjahat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Kuswadinata sebagai Indra
  • Sharifah Hasnor sebagai Kiambang
  • Normala Omar sebagai Kasputri
  • Yahya Sulong sebagai Pak Sulong
  • Ibrahim Pendek sebagai Jalur
  • Ahmad B. sebagai Garong
  • Yusof Latif sebagai Pak Linggawan
  • Wan Haron sebagai Teruna
  • Rahman B. sebagai Penghulu Jingga

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]