Serangan Jakarta 2016
Serangan Jakarta 2016 | |
---|---|
Lokasi | Jakarta Pusat, Jakarta, Indonesia |
Koordinat | 6°11′13″S 106°49′23″E / 6.186822°S 106.823161°E |
Tarikh | 14 Januari 2016WIB) | (
Jenis serangan | Insiden tembakan beramai, serangan berani mati |
Senjata | Bom tangan |
Kematian | 8 (termasuk 4 orang pengganas)[1][2] |
Tercedera | 24[1] |
Pelaku | Militan IS[3] |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 14 Januari 2016, tujuh kejadian letupan[4] dan siri tembak-menembak telah berlaku di hadapan pusat beli-belah Sarinah, Jakarta Pusat, Jakarta, Indonesia. Sebanyak lapan orang terkorban (termasuk empat pengganas).[2][1][4] Militan IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ini.[3]
Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta rakyat Indonesia tidak gentar dengan insiden keganasan tersebut dan mengarahkan pihak polis untuk menangkap pihak yang bertanggungjawab.[5][4][6]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Indonesia sebelum ini pernah menerima ancaman serangan dari militan IS pada bulan November 2015, sebaik sahaja serangan terhadap Paris.[7][8] 150,000 orang anggota keselamatan telah dikerahkan semenjak ancaman tersebut diterima dengan keselamatan dipertingkatkan di gereja, lapangan terbang dan bangunan-bangunan kerajaan.[1] Khabar angin serangan mulai tersebar selepas serangan terhadap Istanbul.[4] Serangan terakhir yang berlaku di Jakarta ialah pada tahun 2009, dimana 9 orang tercedera dan 53 yang lain cedera.
Serangan
[sunting | sunting sumber]Letupan pertama berlaku pada pukul 10.20 pagi (waktu tempatan).[9][4] Letupan kedua pula berlaku pada 10.50 pagi[4] dan letupan ketiga enam minit selepas itu.[4] Letupan yang berlaku berdekatan dengan kafe Starbuck telah memecahkan kaca jendela kafe tersebut,[8][4] diikuti dengan serbuan oleh pihak polis.[8][4] Letupan keempat, kelima dan keenam berlaku pada pukul 11 pagi.[4] Empat lagi anggota polis memasuki lokasi kejadian pada pukul 11.10 pagi dan bunyi tembak-menembak mula reda.[4] Sebuah pos kawalan polis disahkan rosak akibat diletupkan oleh pengganas yang melemparkan bom tangan dengan menaiki motosikal.[5][10]
Pada pukul 12.05 tengah hari, sepasukan anggota tentera turut mengawal keadaan sekitar kejadian.[4] Beberapa mayat telah dialih oleh pihak polis menggunakan empat buah ambulans.[4] Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa buah bangunan berdekatan telah dikosongkan serta-merta.[8]
Tiga bom tangan yang belum diletupkan telah ditemui oleh pihak polis selepas kejadian.[11]
Mangsa
[sunting | sunting sumber]Kewarganegaraan | Mati | ||
---|---|---|---|
Kanada | 1[12][13] | ||
Indonesia | 3[13][2] | ||
Jumlah | 4 | ||
Kiraan ialah berdasarkan kiraan awal dan mungkin tidak lengkap. |
Sebanyak empat orang awam dan lima anggota polis terbunuh manakala sembilan belas yang lain cedera.[1]
Dalang
[sunting | sunting sumber]Sebanyak 10-14 orang pengganas disyaki terlibat didalam kejadian ini.[5][14]Empat orang pengganas telah disahkan mati[2][7] Tiga pengebom berani mati disahkan bertanggungjawab terhadap letupan tersebut.[5]Duabelas orang telah ditahan polis untuk membantu siasatan, tiga hari selepas serangan.[15]
IS[3] mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ini.
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Kecaman
[sunting | sunting sumber]Pemimpin-pemimpin di seluruh dunia mengecam kejadian ini dan menyatakan perasaan simpati terhadap mangsa serangan.[16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29]
Perniagaan
[sunting | sunting sumber]Semua cawangan Starbucks di Jakarta telah ditutup pada hari tersebut.[30]Nilai matawang Rupiah jatuh sebaik sahaja serangan ini berlaku.[31]
Keselamatan
[sunting | sunting sumber]100 orang anggota polis dari bridged khas POLRI telah dikerah untuk mengetatkan tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.[4]Tahap keselamatan di provinsi Indonesia yang lain turut dipertingkatkan.[32][33][34]Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut meningkatkan tahap keselamatan negara ke tahap yang tertinggi.[35] Polis Diraja Thailand pula telah melancarkan serbuan di daerah Min Buri, dua hari selepas serangan ini berlaku.[36]
Solidariti
[sunting | sunting sumber]Solidariti telah dilakukan di kawasan kejadian dengan warga kota Jakarta mengangkat poster mengutuk serangan tersebut, sehari selepas kejadian.[37][38] Hashtag #KamiTidakTakut dan #prayforJakarta turut viral sebaik sahaja serangan berlaku.[39][40][41]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pengeboman Jakarta 2017
- Letupan bom Jakarta 2009
- Pengeboman Bali 2005
- Pengeboman Bali 2002
- Pengeboman JW Marriott 2003
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e (Inggeris)"Jakarta attacks: Explosions and gunfire rock capital". Al Jazeera. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ a b c d "Korban meningkat 8 orang, pengganas disahkan hanya empat orang". Astro Awani. 17 Januari 2016. Dicapai pada 18 Januari 2016.
- ^ a b c (Inggeris)"ISLAMIC STATE CLAIMS DEADLY JAKARTA ATTACKS". Eyewitness News. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n "Jakarta Diserang: Apa yang kita tahu setakat ini". Astro Awani. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ a b c d (Inggeris)Cheer, Louise (14 Januari 2016). "Bodies on the streets of Jakarta as suicide bombers launch multiple attacks and terrorists 'throw grenades from motorbikes' in the Indonesian capital". Daily Mail. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ "Letupan bom serangan keganasan - Presiden Indonesia". Utusan Malaysia. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ a b (Inggeris)"Live: Gunmen mount terror attacks in Jakarta". ABC. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ a b c d (Inggeris)"(LATEST) Death toll rises to six in Jakarta blast, city on lockdown". New Straits Times. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ "Insiden letupan, tembakan di Jakarta: Sekurang-kurangnya tiga maut". Astro Awani. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ "3 maut letupan bom, tembakan di Jakarta". Utusan Malaysia. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ "Letupan Jakarta: 3 bom tangan ditemui". Berita Harian. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)"Adam Harvey on Twitter". Twitter. Dicapai pada 2016-01-14.
- ^ a b "Samantha Hawley on Twitter". Twitter. Dicapai pada 2016-01-14.
- ^ (Inggeris)M.Khairul, Arnaz (14 Januari 2016). "Central Jakarta under lockdown as police pursue 10 shooters". New Straits Times. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)Karmini, Niniek (16 Januari 2016). "Indonesian Police Arrest 12 After Jakarta Attack". ABC. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)"Jakarta blasts: Singapore condemns explosions, expresses condolences". Chanel News Asia. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ Iskandar, Petah Wazzan (14 Januari 2016). "Najib sedih pengeboman di Jakarta, sedia hulur bantuan". Berita Harian. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)"Algeria Condemns Jakarta Attacks". All Africa. 14 Januari 2016. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)"Japan offers solidarity to Indonesian people". Antara News. 15 Januari 2016. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)"PM strongly condemns the blast near UN office in Jakarta". DailyTimes. Dicapai pada 14 January 2016.
- ^ (Inggeris)"Statement by High Representative/Vice-President Federica Mogherini on the terrorist attack in Jakarta, Indonesia". European External Action Service. Dicapai pada 14 January 2016.
- ^ "Mogherini Extends Condolences to Families of Jakarta Blasts Victims". Sputnik. Dicapai pada 14 January 2016.
- ^ (Inggeris)"Ban condemns attacks in Jakarta; says 'absolutely no justification' for such acts of terrorism". United Nations News Centre. Dicapai pada 14 January 2016.
- ^ (Inggeris)"Belarus strongly condemns Jakarta attacks". Belarus News. Belarusian Telegraph Agency. Dicapai pada 2016-01-16.
- ^ (Inggeris)"Brunei condemns deadly Jakarta attack". Shanghai Daily. 15 January 2016. Dicapai pada 15 January 2016.
- ^ (Inggeris)Tasker, John. "Stéphane Dion offers support to Indonesia after attack that killed Canadian". CBC News. CBC. Dicapai pada 15 January 2016.
- ^ (Inggeris)"Foreign Ministry Spokesperson Hong Lei's Regular Press Conference on January 14, 2016". Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China. Dicapai pada 14 January 2016.
- ^ (Inggeris)"Solidarity with Indonesia". Minister of State and of the Presidency of the Council of Ministers and Official Spokesperson for the Government of Timor-Leste. Government of Timor-Leste. 15 January 2016. Dicapai pada 15 January 2016.
- ^ (Inggeris)"PM Narendra Modi Condemns Jakarta Attack, Terms It As 'Reprehensible'". NDTV. PTI. 14 January 2015. Dicapai pada 14 January 2016.
- ^ "Semua cawangan Starbuck di Jakarta ditutup". Utusan Malaysia. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ (Indonesia)Jefriando, Maikel (14 Januari 2016). "Rupiah Melemah Pasca Ledakan Thamrin, Menkeu: Ini Pelemahan Temporer". Detik.com. Dicapai pada 2016-01-14. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ (Indonesia)Riswan, Oris (14 Januari 2016). "Antisipasi Teror, Pengamanan Gedung Sate Diperketat". Okezone.com. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ (Indonesia)Sasongko, Darmadi (14 Januari 2016). "Jakarta diteror, Jawa Timur siaga". Merdeka.com. Dicapai pada 2016-01-14. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ (Indonesia)Sukiswanti, Puji (14 Januari 2016). "Pasca-Bom Sarinah, Bali Tingkatkan Kewaspadaan". Okezone.com. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ "Serangan di Jakarta: PDRM tingkatkan kewaspadaan ke tahap tertinggi - KPN". Astro Awani. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ "Polis Thailand lancar serbuan susulan serangan di Jakarta". Astro Awani. 17 Januari 2016. Dicapai pada 18 Januari 2016.
- ^ "#WeAreNotAfraid: Solidariti Jakarta susulan serangan". Astro Awani. 16 Januari 2016. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)Chin, Neo Chai (15 Januari 2016). "Chants of solidarity ring out in Jakarta as life returns to normal". Today. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ (Inggeris)"'We are not afraid': Indonesians show solidarity on social media". Asian Correspondant. 14 Januari 2016. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ "#KamiTidakTakut respons rakyat Indonesia selepas pengeboman Jakarta". The Malaysian Insider. 14 Januari 2016. Dicapai pada 14 Januari 2016.
- ^ Sekaran, Kohilah (14 Januari 2016). "#PrayForJakarta: 'Bilakah dunia ini akan bebas keganasan?' - Netizen". Astro Awani. Dicapai pada 14 Januari 2016.