Serangan Kashgar 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan Kashgar 2011
2011年喀什暴力恐怖袭击事件
Kashgar terletak di bahagian timur laut Wilayah Kashgar.
Map
LokasiKashgar, Xinjiang, China
Koordinat39°27′00″N 75°59′00″E / 39.45°N 75.9833°E / 39.45; 75.9833
Tarikh30 dan 31 Julai 2011
SasaranOrang awam
Jenis serangan
Serangan kenderaan, IED dan pisau
SenjataBahan letupan, lori, senapang, pisau
Kematian22 (Hari pertama: 9, termasuk seorang penyerang; Hari kedua: 13, termasuk 7 penyerang)
Tercedera42 (Hari pertama: 27; Hari kedua: 15, termasuk 3 polis)
Pelaku13 lelaki Uyghur (Hari pertama: 2; Hari kedua: 11)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Serangan Kashgar 2011 adalah serangan bersiri menggunakan bom dan pisau di Kashgar, Xinjiang, China pada 30 dan 31 Julai, 2011. Pada 30 Julai, dua lelaki Uyghur merampas sebuah trak, membunuh pemandu, dan memandu ke arah pejalan kaki.Mereka menikam enam orang sampai mati dan mencederakan 27 yang lain. Salah satu penyerang telah dibunuh oleh orang ramai yang lain. Pada 31 Julai berlaku kebakaran restoran di tengah bandar. Sekumpulan lelaki Uighur bersenjata membunuh dua orang di dalam restoran dan empat orang di luar, mencederakan 15 orang lain. Polis berjaya menembak mati lima suspek, menahan empat, dan membunuh dua orang lain setelah ditangkap. Kerajaan China mendakwa mereka mengaku melakukan jihad dari Pergerakan Islam Turkestan (ETIM). Pejuang kemerdekaan Uyghur di luar negara menyatakan penyerang kecewa dengan dasar-dasar kerajaan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kashgar merupakan bandar di China, berhampiran sempadan dengan Afghanistan dan Pakistan dan penduduknya mengamalkan kebudayaan Islam. Kaum Han merangkumi 20% dan hidup berasingan daripada penduduk Uyghur tempatan. Pada tahun 2008, dua lelaki Uighur membunuh 16 orang di Kashgar Serangan berakhir sehari sebelum bulan suci Islam Ramadan dan sebulan selepas keretapi antara Kashgar dengan Hotan dibuka.

Serangan Pertama[sunting | sunting sumber]

Pada jam 22:30 , 30 Julai, dua bahan letupan dari sebuah minivan di tepi jalan beberapa restoran. Tiga orang mati terbunuh.Pada jam 23:45 dua lelaki bersenjata Uyghur merampas sebuah trak biru yang menunggu di lampu isyarat lalu menikam mati pemandunya.Lalu mereka memandu trak ke pinggir jalan yang sesak dan mula menikam pejalan kaki. Akhirnya mereka ditembak polis.27 orang cedera dan dan 8 mangsa meninggal dunia .

Serangan Kedua[sunting | sunting sumber]

Pada waktu petang , 31 Julai 2011 pula, dua letupan menyebabkan kebakaran di restoran di tengah bandar Kashgar. Lelaki Uyghur bersenjata senapang dan 8 bilah pisau menyerang pemilik restoran .Penyerang melarikan diri tetapi dibelasah dan ditikam dengan pisau oleh orang ramai. Empat orang terbunuh dan mencederakan 12 orang Han yang lain .

Selepas kejadian[sunting | sunting sumber]

Kerajaan China sedang menyiasat punca keganasan. Semua penyerang disyakki dari puak Uyghur yang mendapat ilham melakukan jihad. Mereka dilihat pakar dalam pengeboman bunuh diri dan pengeboman kereta , dan menggunakan internet serta kem latihan tradisional untuk menyebarkan kaedah. Pakar keganasan Rohan Gunaratna menyatakan bahawa kumpulan ini dari Gerakan Islam Turkestan Timur. Pergerakan itu telah dilumpuhkan semasa operasi kaunter-pengganas Pakistan pada tahun 2003


Kerajaan Pakistan berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan China terhadap Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM).Namun Parti Komunis China semakin ragu-ragu terhadap keupayaan Pakistan menangani dan "menebat" keganasan yang berasal dari sempadan Pakistan. Presiden Cina , Hu Jintao akan berunding dengan Presiden Pakistan ,Asif Ali Zardari akan membincangkan aktiviti ETIM sebelum mengadakan Ekspo China -Eurasia yang akan datang pada bulan September .

Dilxadi Rexiti, seorang wakil daripada pro-kemerdekaan Uyghur World Uyghur Congress (WUC) menyatakan bahawa Uyghurs tidak mempunyai cara yang aman untuk menentang kerajaan China lalu mengambil langkah-langkah ekstrim. Undang-undang tentera diisytiharkan di bandar-bandar. Rebiya Kadeer pejuang WUC menyatakan bahawa kerajaan China tidak boleh menyalahkan Uyghur kerana mereka telah ditolak oleh kerajaan China.

Sempena Ramadan, kedai-kedai Uyghur dan Han di bandar telah ditutup bagi mencegah rusuhan. Solat di Masjid Id Kah masih diteruskan seperti biasa tetapi pelancong disekat ke sana.Parti Komunis China mengadakan mesyuarat tergempar di Urumqi. Zhang Chunxian selaku ketua parti Xinjiang berjanji akan melumpuhkan puak pelampau agama.

Uighur terus ditindas[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ramadan 2011, perintah baru dikeluarkan . Masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang diharamkan menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.Satu surat ikrar berjanji mestilah ditandatangani untuk mematuhi arahan itu . Selama ini etnik Uighur yang berugama Islam dinafikan hak dan mengutamakan etnik Han yang menganut ugama Buddha.

Dilxat Raxit selaku jurucakap Kongres Sedunia Uighur (WUI) di Munich mnyatakan bahawa syarikat swasta menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam .Penganut Islam boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan pada bulan puasa .Pemimpin dan tokoh Islam seperti imam boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah jika mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama. Eurasia Review melaporkan bahawa pelajar Islam hendaklah membawa bekalan makanan sewaktu rehat sepanjang bulan Ramadan. Restoran-restoran di kawasan ramai penduduk Islam hendaklah menjalankan perniagaan pada waktu siang. Orang ramai semakin sukar bersembahyang di masjid.Kad pengenalan diri mestilah ditunjukkan dan mendaftar diri di pintu masjid.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]