Serangan Paris November 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan Paris November 2015
Lokasi serangan di Paris
Map
LokasiParis, Perancis
1: Rue Bichat dan Rue Alibert (Le Petit Cambodge, Le Carillon, La Casa Nostra)
2: berdekatan Stade de France
3: Rue de Charonne (La Belle Équipe)
4: teater Le Bataclan
5:Rue de Charonne (La Belle Équipe)
6:Boulevard Voltaire (Comptoir Voltaire)
Bintang kecil menandakan serangan berani mati
Koordinat48°51′47″N 2°22′14″E / 48.86303°N 2.37064°E / 48.86303; 2.37064
Tarikh13 November 2015 (2015-11-13) –
14 November 2015 (2015-11-14)
21:16 – 00:58 (CET)
SasaranCivilian Sunting ini di Wikidata
Jenis serangan
Insiden tembakan beramai, Pengeboman, Serangan berani mati, Krisis Tebusan
Senjata
Kematian130 orang awam[2][3][4]
Tercederalebih 200 orang[5] termasuk 99 kritikal[6][7][8]
PelakuMilitan IS [9][10][11]
Bil. pelaku
Sekurang kurang 8 orang, 7 orang daripadanya pengebom berani mati[12][13]
MotifPenentangan negara Perancis terhadap IS di Syria.[14]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Serangan Paris November 2015 (Tulisan Jawi: سراڠن ڤاريس نوۏيمبر 2015) merupakan satu siri tembakan rambang yang disasarkan terhadap orang ramai dan serangan berani mati berlaku pada petang 13 November 2015 di Paris dan Saint-Denis, Perancis. Bermula pada 21:16 CET,[15] tiga letupan berasingan dan enam tembakan besar-besaran berlaku, termasuk pengeboman berhampiran Stade de France di pinggir bandar utara Saint-Denis.[15] 130 orang disahkan dibunuh, termasuk 129 orang di dalam teater.[8] Polis Perancis melaporkan bahawa dua pengebom berani mati mungkin terlibat serangan ini.

Dalam siaran rasmi pukul 23:58 CET, Presiden Perancis François Hollande mengumumkan keadaan darurat,[11] penutupan sempadan[16] dan berkabung di seluruh Perancis selama tiga hari.[17]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejak 19 September 2014, Perancis terlibat dalam operasi di Iraq dan Syria yang dikenali dengan nama kod Operasi Chammal. Perancis menyerang sasaran pertamanya pada bulan Oktober 2015.[18]

Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan ancaman pengganas sejak kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada awal Januari 2015 dan kejadian berkaitan lain semasa Serangan Île-de-France Januari 2015. Perancis turut meningkatkan keselamatan kerana Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015 dijadualkan akan diadakan di Paris pada 30 November hingga 11 Disember 2015, dan telah mengadakan semula pemeriksaan sempadan pada minggu sebelum serangan berlaku.

Kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada Januari 2015 berlaku di Daerah 11 kota raya Paris, di mana terletaknya panggung Bataclan.[19]

Kumpulan Negara Islam (IS) dan cawangannya telah mengaku bertanggungjawab ke atas beberapa serangan maut dalam minggu-minggu yang membawa kepada serangan ini. Pada 12 November 2015, pengeboman berani mati berkembar berlaku di Beirut, Lubnan, membunuh seramai 43 orang. Pada 31 Oktober 2015, Penerbangan 9268 Metrojet yang membawa kebanyakannya penumpang Rusia terhempas di Sinai di Mesir. IS cawangan Sinai mengaku bertanggungjawab.

Serangan berasingan[sunting | sunting sumber]

Kronologi serangan
13 November:
  • 21:20 – Serangan berani mati pertama berdekatan Stade de France.[20][11]
  • 21:25 – Tembakan beramai-ramai di rue Bichat.[20]
  • 21:30 – Serangan berani mati kedua berdekatan Stade de France.[20]
  • 21:32 – Tembakan beramai-ramai di rue de la Fontaine-au-Roi.[20]
  • 21:36 – Tembakan beramai-ramai di rue de Charonne.[20]
  • 21:40 – Serangan berani mati di boulevard Voltaire.[20]
  • 21:40 – Tiga orang lelaki memasuki teater Bataclan dan mula menembak kearah penonton.[20][11]
  • 21:53 – Serangan berani mati ketiga berdekatan Stade de France.[20]
  • 22:00 – Penyerang menahan seramai 60 orang tebusan di teater Bataclan.[11][21]

14 November:

  • 00:20 – Pasukan keselamatan memasuki teater Bataclan.[20][11]
  • 00:58 – Pasukan Polis Perancis menembak mati semua penyerang di teater Bataclan.[21][11]
Semua masa menggunakan CET (UTC+1).
Lokasi pengeboman berdekatan Stade de France
Restoran McDonald's.
Rue Jules-Rimet, di hadapan restoran Quick.
Restoran Events.

Tujuh serangan berasingan telah berlaku,[22] terdiri daripada enam penembakan[11] dan tiga letupan.[23][24] Letupan terjadi berhampiran Stade de France, sementara penembakan dilaporkan terjadi di sekitar jalan Rue Alibert, Rue de la Fontaine-au-Roi, Rue de Charonne, panggung Bataclan di Boulevard Voltaire, Avenue de la République, dan Boulevard Beaumarchais.[19]

Letupan di Stade de France[sunting | sunting sumber]

Tiga letupan[8][25][26] berlaku berdekatan dengan stadium sukan nasional Perancis, Stade de France, di pinggir bandar Saint-Denis, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian. Letupan-letupan ini terjadi pada 21:16, 21:30, dan 21:53.[27]

Rue Bichat dan Rue Alibert[sunting | sunting sumber]

Serangan-serangan pertama terjadi di jalan Rue Bichat dan jalan Rue Alibert, dekat Terusan Saint-Martin di daerah ke-10. Para pengganas telah menembak orang ramai yang berada di luar Le Carillon, sebuah bar kafe, pada sekitar 21:20 CET.[28]

Rue de la Fontaine-au-Roi[sunting | sunting sumber]

Pada jam 21:32, seorang lelaki bersenjatakan mesingan telah melepaskan tembakan di luar Café Bonne Bière,[27] berhampiran dengan restoran Itali La Casa Nostra, di rue de la Fontaine-au-Roi di selatan rue Bichat. Pendakwaraya Paris memaklumkan bahawa lima orang telah terbunuh manakala lapan lagi cedera.Seorang saksi melaporkan bahawa beliau telah melihat seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan singkat beberapa kali.[29]

Dalang[sunting | sunting sumber]

Kerakyatan Pengganas
Negara Jumlah
 Perancis
5
 Belgium
2

Presiden François Hollande mengumumkan pada 14 November bahawa serangan-serangan ini telah[30][31] dirancang di Syria, diatur di Belgium dan dilaksanakan di Perancis oleh IS dengan bantuan dari dalam negara.[32] Pasport-pasport Syria[11] dan Mesir dilaporkan telah ditemui berhampiran dengan mayat para pelaku di dua tempat yang diserang.[33]

Pendakwaraya Paris, François Molins telah mengesahkan bahawa lapan penyerang yang dikenali telah terbunuh, namun pihak berkuasa masih mencari penembak-penembak yang menyerang restoran.[33] Omar Ismail Mostefai, 29, warganegara Perancis dikenal pasti sebagai penyerang pertama.[34] Ahmed Almuhamed, 25 pula dikenali pasti sebagai penyerang kedua.[35] Kedua-dua mereka memasuki Perancis pada akhir bulan Oktober 2015 sebagai pelarian Syria melalui Greece.[11][36][37]Penyerang lain yang telah dikenalpasti ialah Bilal Hadfi,Brahim Abdeslam,[38]Ahmad Al Mohammad Idlib, warganegara Syria dan Samy Amimour, 28, warganegara Perancis.[39]Salah Abdeslam, 26 pula merupakan suspek utama yang masih hidup dan masih dicari.[40]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Jumlah kematian berdasarkan kewarganegaraan
Kewarganegaraan Kematian
 Perancis * 102
 Belgium * 3[41]
 Chile 3[42]
 Algeria 2[43]
 Mesir * 2[44]
 Jerman 2[45][46]
 Mexico * 2[42][11]
 Portugal * 2[47]
 Romania 2[48][49]
 Senegal 2[47]
 Tunisia 2[47]
 Itali 1[50][51]
 Maghribi 1[47]
 Sepanyol 1[52]
 Sweden 1
 UK 1[42]
 AS * 1[47]
Jumlah 130
* Sesetengah mangsa mempunyai dua kewarganegaraan. Kiraan menggunakan kiraan awal dan mungkin tidak lengkap.

Sebanyak 153 orang[53] terkorban di dalam serangan ini, dengan 433 yang lain tercedera.[54]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Kecaman[sunting | sunting sumber]

Pemimpin-pemimpin negara di seluruh dunia mengecam serangan ini.[11][55][56][57]Pemimpin politik di Malaysia[58][59][60][61][62] turut menyatakan pendirian bersolidariti dan bersimpati terhadap serangan tersebut, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.[11][63][64]Pemimpin agama seperti Imam Besar Al-Azhar,Sheikh Al Azhar Ahmed al-Tayyeb[65], persatuan agama di Perancis[66] dan Hamas turut mengeluarkan kenyataan yang senada.[67]

Tangkapan[sunting | sunting sumber]

Polis Belgium menahan tujuh suspek di Paris dan 16 lagi di Brussels.[68][69]Polis Jerman pula telah menahan lima orang suspek setakat ini.[70]Polis UK menahan seorang pemuda kerana mengeluarkan kenyataan yang menyokong serangan ini di media sosial.[8]

Dianatara 15 dan 16 November 2015,Polis Taktikal Perancis telah menyerbu lebih 200 lokasi di belah selatan dan utara Perancis, dengan 23 orang suspek ditahan dan senjata dirampas.104 orang suspek yang lain pula telah diarahkan untuk menjalani tahanan rumah.[71]Didalam satu serbuan di Saint-Denis untuk mencari Abdelhamid Abaaoud, tiga orang suspek[72] telah terbunuh (termasuk seorang wanita yang meletupkan dirinya sendiri dengan menggunakan suicide vest).Tujuh orang yang lain telah ditahan.[73][74][75]Abdelhamid Abaaoud,25, penyerang kedua telah disahkan sebagai salah seorang yang terbunuh ketika serbuan tersebut.[76]

Serangan terhadap IS[sunting | sunting sumber]

Pada hari selepas serangan, sebuah pesawat pejuang Perancis menyerang sebuah kubu IS di Raqa dengan menggugurkan lebih 20 bom sebagai tindak balas terhadap serangan itu.[77]Serangan melibatkan 10 buah pesawat pejuang, pesawat berlepas dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan. Sebanyak 20 butir bom dilepaskan dalam serangan itu.[78][79]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Sekatan di sekitar sempadan Perancis telah diperketatkan berikutan serangan ini.[80]Sekatan agar setiap stadium perlawanan Liga Perancis hanya menerima penyokong tuan rumah turut telah dikuatkuasakan kerana kekurangan pasukan keselamatan.[81]United Kingdom pula meningkatkan perbelanjaan keselamatan sebanyak 30 peratus.[82] Malaysia telah meningkatkan tahap tapisan[83] sebelum menerima 3,000 pelarian dari Syria[84] dan pelajar asing baharu.[85] Jumlah anggota keselamatan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27[86] dan Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015[87] turut telah dipertingkatkan.

Solidariti[sunting | sunting sumber]

Upacara menyalakan lilin oleh warganegara Perancis telah dilakukan di Dataran Trafalgar pada sebelah malam,sehari selepas serangan.[88]Beberapa mercu tanda kebangaan negara diterangi cahaya bendera Perancis,sebagai tanda berkabung.[11]Kedutaan Malaysia di Perancis telah mengadakan upacara bertafakur selama seminit,tiga hari selepas serangan ini.[89]

Upacara rasmi mengenang mangsa serangan telah dilakukan di Muzium Tentera Les Invalides, dua minggu selepas serangan di Paris.[90]

Islamofobia[sunting | sunting sumber]

Sebuah kumpulan berhaluan kanan telah menganggu tunjuk perasaan aman di bandar Lille dengan membawa sepanduk anti-Islam[91] manakala di Britain, jenayah anti-Muslim meningkat secara mendadak.[92]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris)"Paris attacks: More than 100 killed in gunfire and blasts, French media say". CNN. 14 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015.
  2. ^ "Paris attacks death toll rises to 130". RTE News. 20 November 2015. Dicapai pada 20 November 2015.
  3. ^ (Inggeris)Akkoc, Raziye (17 November 2015). "Paris attacks: Cameron to make case for Syria military action as EU troops could be sent to France - latest news". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  4. ^ "Manila ikrar APEC selamat". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  5. ^ Shariff, Sharil (15 November 2015). "Cegah keganasan – PM". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 November 2015.
  6. ^ (Perancis)"Attaques à Paris : ce que l'on sait des attentats qui ont fait au moins 128 morts" (dalam bahasa French). Le Monde.fr. Le Monde.fr. Dicapai pada 14 November 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Sah 129 individu maut". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  8. ^ a b c d (Inggeris)"Paris terror attacks: West Yorkshire man, 21, arrested after Facebook post praises massacre". The Telegraph. 17 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  9. ^ (Inggeris)"Paris attacks: ISIS claims responsibility for gunfire, blasts that killed 128 people". CNN. 14 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015.
  10. ^ "IS mengaku bertanggungjawab dalam serangan di Paris". Berita Harian. 14 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  11. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui setakat ini". Astro Awani. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  12. ^ "Serangan di Paris: Lapan militan berjaya dibunuh". Utusan Malaysia. 14 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  13. ^ "Serangan bersiri Paris: Lapan penyerang bersenjata terbunuh - Sumber". Astro Awani. 14 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  14. ^ (Indonesia)"Ini empat alasan ISIS serang Paris". Merdeka.com. 17 November 2015. Dicapai pada 28 November 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  15. ^ a b (Perancis)"Soudain, l'une des bombes explose en plein match". 20 minutes. Dicapai pada 14 November 2015. On entend clairement, sur cette vidéo, la détonation de 21h16
  16. ^ "Serangan Paris: Perancis darurat, lebih 158 orang maut". KOSMO!. 14 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  17. ^ "Perancis berkabung 3 hari". Berita Harian. 14 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  18. ^ (Inggeris)"Middle east - 'Terrorists have no passports,' French PM says of Syria air strikes". France 24. https://plus.google.com/102302812252644717886/. Dicapai pada 14 November 2015. External link in |publisher= (bantuan)
  19. ^ a b (Inggeris)Goldstein, Sasha (13 November 2015). "At least 26 dead after explosion, shooting reported in Paris". NY Daily News. Dicapai pada 13 November 2015.
  20. ^ a b c d e f g h i (Inggeris)de la Hamaide, Sybille (14 November 2015). "Timeline of Paris attacks according to public prosecutor". Reuters. Thomson Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2020. Dicapai pada 15 November 2015.
  21. ^ a b (Perancis)"Hollande : "Un acte de guerre commis par une armée terroriste"". Le Figaro. Dicapai pada 14 November 2015.
  22. ^ (Perancis)"EN DIRECT. Fusillades à Paris : assaut terminé au Bataclan". Le Point (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 14 November 2015.
  23. ^ (Inggeris)Ing, Nancy; Fieldstadt, Elisha (13 November 2015). "Dozens Dead, Hostages Held in Multiple Paris Attacks". NBC News. Associated Press. Dicapai pada 13 November 2015.
  24. ^ (Inggeris)Shapiro, Emily (13 November 2015). "Several Dead After Explosions and Shootings in Paris". ABC News. Dicapai pada 13 November 2015.
  25. ^ "Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 100 maut". Astro Awani. 14 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  26. ^ "Bintang Crystal Palace cetus kebimbangan". Utusan Malaysia. 15 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  27. ^ a b "Attentats de Paris: le point sur l'enquête 24 heures après les faits". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). 14 November 2015. Dicapai pada 15 November 2015.
  28. ^ (Inggeris)Stanglin, Doug (13 November 2015). "At least 46 dead in attacks in central Paris". USA Today. Dicapai pada 13 November 2015.
  29. ^ "Paris Attack Witness". The Guardian.
  30. ^ (Inggeris)"Paris attacks: Hollande blames Islamic State for 'act of war'". BBC News. Dicapai pada 14 November 2015.
  31. ^ (Inggeris)Maura Judkis (14 November 2015). "French president calls Paris attacks 'act of war' by Islamic State". The Washington Post.
  32. ^ "Dirancang di Syria, diatur di Belgium". Harian Metro. 17 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  33. ^ a b (Inggeris)"Paris Concert Gunman Identified as French National With Islamist Ties". Haaretz. 14 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015.
  34. ^ "Penyerang pertama serangan di Paris dikenal pasti". Astro Awani. 15 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  35. ^ "Paris: Penyerang masuk Eropah sebagai pelarian". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  36. ^ "Pengebom menyamar pelarian Syria untuk masuk Paris". Utusan Malaysia. 15 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  37. ^ "Menyamar jadi pelarian". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  38. ^ "Identiti dua pengebom berani mati dikenal pasti". Harian Metro. 16 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  39. ^ "Dua lagi penyerang dikenal pasti: Pendakwa raya". Berita Harian. 16 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  40. ^ "Serangan Paris: Perancis buru Salah Abdeslam". Sinar Harian. 16 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  41. ^ (Perancis)"Elif Dogan et Milko Jozic, deux Liégeois, ont perdu la vie dans les attentats de Paris". La Meuse (dalam bahasa French). Copiepresse. 14 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  42. ^ a b c (Inggeris)James, Mike (14 November 2015). "Names, nationalities of the dead emerge from Paris terror". USA Today.
  43. ^ (Inggeris)"KUNA : Algeria confirms two nat'ls among Paris attack victims". kuna.net.kw. 14 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015.
  44. ^ (Inggeris)"Two Egyptians Killed, One Severely Injured in Paris Attacks". Egyptian Streets. Dicapai pada 17 November 2015.
  45. ^ (Jerman)"Ein Deutscher bei Attentaten von Paris getötet".
  46. ^ (Inggeris)"Anschläge in Paris: Zweites deutsches Todesopfer bestätigt".
  47. ^ a b c d e "Paris attacks: Who were the victims?". BBC. Dicapai pada 16 November 2015.
  48. ^ ProTV (15 November 2015). "Lacramioara si Ciprian, romanii morti la Paris, omagiati in biserica in care si-au botezat copilul: "Suntem terminati"". stirileprotv.ro. Dicapai pada 17 November 2015.
  49. ^ TVR (14 November 2015). "MAE: Doi români, un bărbat şi o femeie, au murit în atentatele de la Paris. Alţi doi români au fost răniţi". tvr.ro. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  50. ^ Agnese Ananasso. "Strage Parigi, i parenti: Valeria Solesin tra le vittime del teatro Bataclan". Repubblica.it.
  51. ^ "Parigi, tra i feriti due italiani di Senigallia - l'Espresso". Espresso.repubblica.it. Dicapai pada 16 November 2015.
  52. ^ (Sepanyol)"Rajoy solo confirma la muerte de un español, Juan Alberto González Garrido". ABC (dalam bahasa Spanish). 15 November 2015. Dicapai pada 15 November 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  53. ^ "Serangan berdarah di Paris". Utusan Malaysia. 15 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  54. ^ (Perancis)"ATTAQUES À PARIS : POINT DE SITUATION DE L'AP-HP AU 16 NOVEMBRE ET MESURES PRISES POUR SOUTENIR LES PERSONNELS". APHP. 16 November 2015.
  55. ^ "Bersatu kecam keganasan". Harian Metro. 16 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  56. ^ "Pencabulan terhadap semua agama: Saudi". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  57. ^ Abdullah, Madiha (14 November 2015). "Obama ketuai pemimpin dunia kutuk serangan di Paris". Astro Awani. Dicapai pada 17 November 2015.
  58. ^ "TPM, Shahrizat kecam serangan bersenjata di Paris". Utusan Malaysia. 15 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  59. ^ "MCA mengutuk sekeras-kerasnya ancaman kumpulan IS". Utusan Malaysia. 16 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  60. ^ "Pemuda BN kecam serangan pengganas di Paris". Utusan Malaysia. 15 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  61. ^ "Dewan Ulama Pas Pusat 
kutuk serangan di Paris". Utusan Malaysia. 16 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  62. ^ "Paris: Kejam, cemar imej Islam". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  63. ^ Roslan, Suraya (14 November 2015). "Paris: Malaysia kutuk serangan". Harian Metro. Dicapai pada 18 November 2015.
  64. ^ "Najib, Wan Azizah kutuk serangan di Paris". Astro Awani. 14 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  65. ^ "Sheikh Al-Azhar kecam serangan". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  66. ^ "'Doakan Perancis tenang dan bersatu'". Harian Metro. 16 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  67. ^ "Hamas kutuk serangan di Perancis". Utusan Malaysia. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  68. ^ "Polis Belgium tahan tujuh lagi suspek serangan Paris". Astro Awani. 16 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  69. ^ "Pihak berkuasa Belgium tahan 16 individu, Salah Abdeslam masih diburu". Astro Awani. 23 November 2015. Dicapai pada 23 November 2015.
  70. ^ (Inggeris)"German police arrest two more in operation linked to Paris attacks". Reuters. 17 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  71. ^ "Paris attacks: France mobilises 115,000 security personnel". BBC. 17 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  72. ^ (Inggeris)"Third body found at site of Paris police raid: prosecutors". Astro Awani. 20 November 2015. Dicapai pada 20 November 2015.
  73. ^ (Inggeris)"Paris raid over, seven arrested - Police". Astro Awani. 18 November 2015. Dicapai pada 20 November 2015.
  74. ^ (Inggeris)"Five arrested, one woman dead in Paris raid". CNBC. 18 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  75. ^ (Inggeris)"2 Terrorists Killed, 7 Arrested In Raid Targeting Paris Attack Mastermind". NDTV. 18 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  76. ^ "Dalang serangan di Paris disahkan maut". Harian Metro. 19 November 2015. Dicapai pada 20 November 2015.
  77. ^ "Perancis bertindak balas, lancar serangan terhadap kubu IS di Syria". Astro Awani.
  78. ^ "Perancis serang militan IS di Syria". Utusan Malaysia. 17 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  79. ^ "Perancis gempur kedudukan IS di Syria". Utusan Malaysia. 16 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  80. ^ "Sempadan sekitar Paris diperketatkan". Utusan Malaysia. 14 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  81. ^ (Inggeris)Lynch, Kyle (27 November 2015). "Away fans banned from French league games until mid-December". NBC. Dicapai pada 30 November 2015.
  82. ^ (Inggeris)"Britain to boost counter-terror spending by 30%". The Rakyat Post. 23 November 2015. Dicapai pada 23 November 2015.
  83. ^ (Inggeris)"Paris attacks: Malaysian government to step up airport security". Astro Awani. 15 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  84. ^ "Penapisan ketat terima 3,000 pelarian Syria". Utusan Malaysia. 17 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  85. ^ "Pelajar asing disaring ketat". Utusan Malaysia. 17 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  86. ^ "4,000 polis jaga keselamatan". Harian Metro. 17 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  87. ^ (Inggeris)"COP21 climate summit opens in Paris amid high security". France 24. 30 November 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  88. ^ "Upacara di London peringati mangsa serangan Paris". Berita Harian. 15 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  89. ^ "Upacara bertafakur di Kedutaan Malaysia di Paris". Berita Harian. 17 November 2015. Dicapai pada 18 November 2015.
  90. ^ (Inggeris)"France pays tribute to victims of Paris attacks". Astro Awani. 27 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  91. ^ "Tunjuk perasaan anti-Islam tercetus di utara Perancis". Utusan Malaysia. 17 November 2015. Dicapai pada 17 November 2015.
  92. ^ (Inggeris)"Anti-Muslim crime soars in Britain after Paris attacks". Astro Awani. 24 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]