Serangan Westminster 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan Westminster 2017
Jambatan Westminster dan Istana Westminster, tempat utama serangan
Setiap peringkat serangan dan laluan pelaku melalui Westminster
Map
LokasiWestminster, London, UK
Koordinat51°30′03″N 0°07′19″W / 51.50083°N 0.12194°W / 51.50083; -0.12194Koordinat: 51°30′03″N 0°07′19″W / 51.50083°N 0.12194°W / 51.50083; -0.12194
United Kingdom
Tarikh22 Mac 2017 (2017-03-22)
14:40 (UTC)
SasaranCivilian Sunting ini di Wikidata
Jenis serangan
  • Serangan rempuhan kenderaan
  • Menikam
Senjata
Kematian5 (3 pejalan kaki, 1 pegawai polis dan pelaku)
Tercedera50 pejalan kaki (4 kritikal, 2 nazak)
PelakuKhalid Masood (mati)
MotifIslam militan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Serangan Westminster 2017 adalah serangan pengganas yang berlaku pada 22 Mac di London, England. Serangan itu berlaku di Jambatan Westminster, di Dataran Parlimen dan di dalam kawasan Istana Westminster.[1]

Sebuah kenderaan Hyundai telah dipandu dan melanggar orang ramai yang berhampiran pintu-pintu istana, dan penyerang menikam seorang pegawai polis, yang kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. Lima orang, termasuk pejalan kaki di jambatan itu, pegawai polis yang ditikan oleh penyerang, telah disahkan meninggal dunia.[2]

Serangan ini adalah serangan utama yang pertama berlaku di London sejak pengeboman London pada 7 Julai 2005. Serangan ini disyaki mempunyai kaitan dengan keganasan Islam.[3]

Polis Scotland Yard percaya mereka tahu identiti penyerang dan percaya penyerang telah diilhamkan oleh "pengganas antarabangsa"; walau bagaimanapun, nama suspek belum dikeluarkan.[4] Walaupun Negara Islam Iraq dan Syam tidak membuat sebarang tuntutan tanggungjawab, penyokongnya menyambut serangan itu sebagai "membalas dendam" untuk serangan bom British terhadap kumpulan di Syria dan Iraq.[5] Pada keesokan harinya, Khalid Masood telah dikenal pasti sebagai penyerang.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Westminster attack: four confirmed dead including police officer and attacker - live". The Guardian. 25 Mac 2017. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  2. ^ Serangan berdarah di Parlimen London
  3. ^ "5 dead in London attacks, including police officer and attacker, British police say". Associated Press. London: WLS-TV. 22 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-23. Dicapai pada 25 Mac 2017.
  4. ^ "London Attack: What We Know and Don't Know". nytimes.com. New York Times. Dicapai pada 22 March 2017.
  5. ^ "Isil supporters cheer Westminster attack as 'revenge' for British air strikes on Syria". The Telegraph. 22 Mac 2017. Dicapai pada 25 Mac 2017.
  6. ^ "London terror attack: Khalid Masood named by police as responsible for Westminster attack | UK news". The Guardian. 1970-01-01. Dicapai pada 25 Mac 2017.