Pengeboman Hyderabad 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Serangan bom Hyderabad 2007)
25 August 2007 Hyderabad bombings
Map
LokasiHyderabad, India, map
Koordinat17°21′36″N 78°28′24″E / 17.360106°N 78.473427°E / 17.360106; 78.473427
Tarikh25 Oogs 2007
19:45 dan 19:50 (IST (UTC+5.30))
SasaranLumbini Amusement Park, and Gokul Chat Bhandar
Jenis serangan
Serangan letusan Sunting ini di Wikidata
Kematian41
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dua ledakan bom pada masa dan hari yang sama 25 Ogos 2007 berlaku di Hyderabad, ibu negeri Andra Pradesh, India. Letupan pertama berlaku di Lumbini Park pada jam 19.45 malam. Letupan kedua berlaku di Gokul Chat Bhandar pada jam 19.50 malam. Jarak kedua-dua lokasi itu hahnya 5 km sahaja. Setakat ini 41 orang terbunuh .Laporan tidak rasmi menyatakan kumpulan militan Islam dari Bangladesh , Harkat-ul-Jihadi Islami bertanggungjawab terhadap dua siri letupan bom itu.

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan 45 orang pelajar kolej kejuruteraan Amritavahini di bandar Sangamera, Maharashtra yang dalam perjalanan ke Hyderabad menjadi mangsa letupan. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Mediciti dan Hospital Yashoda. Lumbini Park terletak berhampiran dengan Tasik Husain Sagar dan berhadapan dengan pintu depan Secretariat.

Di Koti pula, persimpangan yang sibuk di Gokul Chat terjadi letupan kedua hanya 5 minit kemudian.Seramai 27 orang mati serta merta di dalam sebuah bangunan. Mereka dihantar ke Hospital Besar Osmania .

Suspek[sunting | sunting sumber]

Pihak keselamatan menuduh kumpulan militan Islam dari Bangladesh , Harkat-ul-Jihadi Islami (Huji) yang bertangungjawab. Antara yang dituduh ialah Shahid dan Bilal yang menjadi perancang Letupan bom Masjid Mekah yang juga terjadi pada hari sabtu. Mereka dikaitkan dengan operatif kumpulan Lashkar-e-Taiba .

Serangan bom di India
  • Mae 2007: Serangan bom di Masjid Mekah , Hyderabad membunuh 11 orang.
  • September 2006: Serangan bom di Masjid Malegaon , 30 mati dan 100 cedera
  • Julai 2006: Serangan bom Kereta api Mumbai: 200 mati dan 700 cedera
  • Mac 2006: Dua serangan bom di Kuil Varanasi dan stesen kereta api - 20 terbunuh.
  • Oktober 2005: Tiga serangan bom di pasar sibuk di New Delhi- 62 terbunuh dan ratusan cedera.
  • Ogos 2003: Dua serangan bom teksi di pasar dan pusat pelancongan Mumbai - 52 terbunuh dan 100 cedera.
  • Mac 1993: Serangan bom bersiri Mumbai - 257 terbunuh dan 1100 cedera.[1]
  1. ^ "Chronology - Major bomb blasts in India". Agencies. Hindustan Times, 26 August 2007. Dicapai pada 2007-08-26. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)[pautan mati kekal]