Serangan tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, serangan dan serbuan adalah sekumpulan operasi ketenteraan yang, disamping beberapa kumpulan yang lain, berada dibawah payung rasmi operasi tentera bukan perang (Military Operations Other Than War atau singkatan MOOTW).[1] Bekas pengarang tentera Bonn and Baker menerangkan mereka sebagai "tidak lebih daripada melakukan misi kombat konvensional berdasarkan skala individu atau skala kecil",[1] dan apa yang mereka maksudkan, secara khusus, bergantung pada cabang mana tentera yang digunakan oleh mereka.[2] Namun demikian, mereka mempunyai definisi rasmi dan umum dalam Penerbitan Bersama 1-02 Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat: [2]

serangan
Iaitu serangan untuk merosakkan atau memusnahkan sesuatu objektif atau keupayaan.[3]
serbuan
Iaitu operasi untuk menawan sementara sesuatu kawasan agar mendapat maklumat, mengelirukan musuh, menangkap kakitangan atau peralatan, atau memusnahkan keupayaan yang memuncak dengan pengunduran yang dirancang.[4]
Operasi El Dorado Canyon mempunyai matlamat menghancurkan 3-5 Ilyushin Il-76. Tiada perubahan rejim dicari, tiada tanah yang ditakluk.

Bagi Tentera Udara Amerika Syarikat, serangan dan serbuan adalah jenis MOOTW yang jarang berlaku, terdapat hanya lapan kali berlaku untuk tempoh dari 1947 hingga 1997, termasuk Operasi Just Cause, Operasi Urgent Fury, dan Operasi El Dorado Canyon.[5] Bagi Kor Marin Amerika Syarikat, operasi yang kedua adalah satu serbuan, dan Operasi Praying Mantis merupakan satu serangan.[6]

Johnson, Mueller, and Taft membandingkan serangan dan serbuan, menggunakan Operasi Urgent Fury, Eldorado Canyon, dan Just Cause sebagai kajian kes. Serangan, kata mereka, adalah tindakbalas ketenteraan yang "ekstrim" untuk masalah politik, biasanya "disebabkan oleh kegagalan strategi diplomatik". Mereka digunakan apabila bentuk paksaan lain telah gagal. Serbuan adalah hukuman yang ditujukan kepada musuh, dan boleh membentuk sebahagian daripada strategi pemaksaan secara menyeluruh. Serangan, apabila berjaya, mewujudkan unsur-unsur pantas membuat keputusan (baik politik atau ketenteraan), kekuatan besar (dan satu ketidaksamaan besar antara angkatan tentera lawan), dan kejutan; dan mengambil apa saja pasukan yang paling mampu untuk operasi pantas. Serbuan adalah tentang "menghantar mesej" dan menggunakan apa saja kekuatan yang mempunyai risiko paling rendah atau keperluan untuk perlindungan pasukan, yang biasanya (tetapi tidak selalu) tidak termasuk penggunaan angkatan darat.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Bonn & Baker 2000, m/s. 3.
  2. ^ a b Vego 2009, m/s. XG-88.
  3. ^ DOD 2006, m/s. 314.
  4. ^ DOD 2006, m/s. 274.
  5. ^ Vick 1997, m/s. 11.
  6. ^ USMC 2007, m/s. 10—14.
  7. ^ Johnson, Mueller & Taft 2002, m/s. 60–61.

Bibliografi rujukan[sunting | sunting sumber]