Serangan terhadap Bani Quraizah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Serangan terhadap Bani Quraizah
Tarikh Februari/Mac, 627 M
Lokasi Kubu Bani Qiraizah
Hasil
  • Pengepungan selama 25 hari yang berjaya[1][2]
Pihak yang terlibat
Muslim Bani Quraizah
Komandan
Nabi Muhammad SAW
Ali bin Abi Talib RA
Kekuatan
3000 infantri, 30 penunggang kuda Tidak diketahui [1]
Korban
2 korban[1] Sumber-sumber Muslim
  • 600-900 dipenggal kepala (al-Tabari, Ibn Hisham)[1][2][3]
  • Semua lelaki dipenggal kepala (Sahih al-Bukhari), Semua lelaki dan seorang wanita dipenggal kepala (Sunan Abu Dawud)[4][5]


Serangan terhadap Bani Quraizah, berlaku pada bulan Februari dan Mac 627 M (5 AH).[6]

Bani Quraizah, sebuah suku kaum Yahudi di Madinah membentuk perjanjian dengan masyarakat Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak lama kemudian masyarakat ini dikepung oleh angkatan musyrik dari Makkah yang memerangi mereka. Mengikut perjanjian (Piagam Madinah) antara mereka, Bani Quraizah tidak akan mengambil bahagian dalam pertempuran menentang orang Makkah, akan tetapi mereka juga tidak akan menyerang Muslim di Madinah. Orang Muslim terselamat daripada kepungan musyrik akan tetapi dalam kempen tersebut, Bani Quraizah telah mengkhianati perjanjian mereka dengan membantu musuh.

Selanjutnya, Bani Quraizah dikepung selama 25 hari sehingga mereka menyerah diri dan diadili kerana pengkhianatan mereka.[1] Seorang Sahabat, Sa'd bin Muaz RA, yang mengetuai suku yang bersekutu dengan Quraizah, dipilih (oleh Yahudi sendiri) untuk menghakimi pembicaraan. Beliau menjatuhakan hukuman, bahawa "orang lelaki harus dibunuh, harta dibahagi-bahagikan, dan para wanita dan kanak-kanak diambil sebagai hamba". Beberapa sumber menyatakan bahawa hukuman ini mengikut lunas-lunas agama Yahudi. Nabi Muhammad mempersetujui hukuman ini oleh sebab ia mengikut kehendak agama Yahudi itu sendiri.[7][8][9][10][11] Mengikut Ibn Ishaq, Nabi Muhammad berkata kepada Sa'd : "Anda telah menjatuhkan hukuman Allah yang Maha Tinggi"[nota 1].[12] Kesemua lelaki suku Quraizah yang baligh dihukum penggal kepala.[2][13] Mengikut Daniel C. Peterson dan Martin Lings, hukuman ini menepati hukuman Moses seperti yang tercatat dalam Kitab Ulangan (Bible) 20:10-14.[14][15] Ahli fikah, al-Tabari berkata bahawa seramai 600-900 orang dihukum bunuh.[1][3] Hadis tidak menyatakan bilangan yang terbunuh, akan tetapi ada menyatakan bahawa kesemua orang lelaki dan seorang wanita (Sunan Abu Dawud) dibunuh.[16] Mengikut sumber Muslim, baki para wanita dan kanak-kanak ditukar dengan senjata dan kuda.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal, "You have given the judgment of Allah above the seven heavens"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Rahman al-Mubarakpuri, Saifur (2005), The Sealed Nectar, Darussalam Publications, m/s. 201–205  (online) Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "autogenerated7" defined multiple times with different content
  2. ^ a b c Ibn Kathir, Saed Abdul-Rahman (2009), Tafsir Ibn Kathir Juz'21, MSA Publication Limited, m/s. 213, ISBN 978-1-86179-611-0 (online)
  3. ^ a b Al Tabari, Michael Fishbein (translator) (1997), Volume 8, Victory of Islam, State University of New York Press, m/s. 35–36, ISBN 978-0-7914-3150-4 
  4. ^ Sunan Abu Daud, 14:2665
  5. ^ Sahih Bukhari, 4:52:280
  6. ^ William Muir (2003), The life of Mahomet, Kessinger Publishing, m/s. 317, ISBN 978-0-7661-7741-3 
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Oxford University Press tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Peters223 tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Stillman140 tidak disediakan
  10. ^ Adil, Muhammad: The Messenger of Islam, p. 395f.
  11. ^ William Muir (2003), The life of Mahomet, Kessinger Publishing, m/s. 329, ISBN 978-0-7661-7741-3 
  12. ^ Ibn Ishaq, A. Guillaume, The Life of Muhammad (a translation of Ishaq's Sirat Rasul Allah), Oxford University Press, p. 464 The life of Muhammad
  13. ^ Kister (1990), Society and religion from Jāhiliyya to Islam, p. 54.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Peterson tidak disediakan
  15. ^ Lings, Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources, p. 229-233
  16. ^ Sunan Abu Daud, 14:2665, "No woman of Banu Qurayzah was killed except one. She was with me, talking and laughing on her back and belly (extremely), while the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) was killing her people with the swords. Suddenly a man called her name: Where is so-and-so? She said: I I asked: What is the matter with you? She said: I did a new act. She said: The man took her and beheaded her. She said: I will not forget that she was laughing extremely although she knew that she would be killed. "

Bibliografi[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.