Serangan terhadap Batavia 1806

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan terhadap Batavia
Sebahagian daripada Perang Napoleon

Lukisan karya Thomas Whitcombe yang menggambarkan pelabuhan Batavia pada tahun 1806.
Tarikh27 November 1806
Lokasi
Keputusan Kemenangan British
Pihak yang terlibat
United Kingdom British Kerajaan Belanda
Komandan dan pemimpin
Laksamana Sir Edward Pellew Laksamana Hartsink
Kekuatan
Empat kapal layar perang, dua frigat, dan satu kapal brig Frigat Phoenix, lapan kapal kecil, dan sokongan bersenjata di pantai
Kerugian dan korban
Satu mati, empat cedera Tidak diketahui, Phoenix, tujuh kapal kecil, dan 20 kapal dagang hancur. Satu kapal brig dan dua kapal dagang disita oleh British.

Serangan terhadap Batavia pada 27 November 1806 merupakan usaha Tentera Laut British menghancurkan skuadron Belanda di Jawa, Hindia Belanda, yang menjadi ancaman bagi aktiviti pelayaran British di Selat Melaka. Tentera laut British yang diketuai oleh Laksamana Sir Edward Pellew memimpin empat buah kapal perang layar, dua buah frigat, dan sebuah kapal brig menuju Batavia (sekarang Jakarta) untuk menyerang tentera laut Belanda yang terdiri dari sejumlah kapal tiang dan beberapa buah kapal yang lebih kecil. Namun, kapal-kapal besar Belanda telah berlayar menuju Gresik sebulan awal, dan pasukan British hanya bertemu frigat Phoenix dan beberapa kapal kecil yang sedang menghampiri pelabuhan. Semua kru kapal tersebut memilih untuk melarikan diri daripada berhadapan dengan pasukan Pellew. Kapal-kapal yang ditinggalkan kemudian dibakar, dan Pellew, yang tidak menyedari keberadaan tentera laut Belanda di Gresik, kembali ke pusat pangkalannya di Madras pada musim sejuk.

Serangan ini adalah serangan ketiga dalam rangkaian misi melumpuhkan tentera laut Belanda, yang menjadi ancaman besar bagi aktiviti perdagangan British di Selat Melaka. Dalam peristiwa 26 Julai 1806 dan 18 Oktober 1806, frigat British dihantar untuk melakukan intipan di Laut Jawa dan berjaya menyita dua frigat Belanda dan beberapa kapal lainnya. Serangan ini melemahkan kedudukan Batavia sebagai pangkalan utama tentera laut Belanda, tetapi tentera laut Belanda berjaya memindahkan pangkalannya ke Gresik sebelum serangan British. Pellew kemudian memimpin serangan kedua pada tahun berikutnya untuk menyelesaikan misinya. Tiga tahun kemudian, setelah Perancis keluar dari bahagian barat Lautan Hindi, pasukan British memiliki cukup kekuatan untuk memerangi Belanda, yang secara efektif mengakhiri perang di Hindia Timur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1806, Pellew mendengar berita bahawa skuadron Perancis di bawah Laksamana Charles Linois telah berlayar dari Lautan Hindi menuju Atlantik. Pelayaran Linois selepas tiga tahun beroperasi di perairan timur menyebabkan tentera laut Pellew yang berpangkalan di Madras bebas untuk menyerang Hindia Belanda. Sasaran utama Pellew adalah Pulau Jawa, tempat angkatan laut Belanda berpangkalan di Batavia.[1] Kerajaan Belanda adalah negara suapan Perancis di bawah pemerintahan Louis Bonaparte, adik Napoleon. Batavia digunakan oleh Louis sebagai lokasi persediaan untuk Pertempuran Pulo Aura. Dalam pertempuran tersebut, tentera pengiring kapal British diserang. Posisi Batavia yang dekat dengan Selat Melaka juga mengancam aktiviti perdagangan British dengan China.[2]

Pelayaran Pellew menuju Lautan Hindi ditunda oleh Dahagi Vellore pada musim luruh. Sebagai gantinya, dia menghantar sebuah frigat untuk mengintip kegiatan tentera Belanda di wilayah tersebut. Pada bulan Julai, HMS Greyhound yang dinakhodai Kapten Edward Elphinstone berlayar menuju Kepulauan Maluku dan memintas bot iringan kapal Belanda dalam peristiwa Aksi 26 Julai 1806 di Sulawesi.[3] Tiga bulan kemudian, kapal HMS Caroline yang dinakhodai Kapten Peter Rainier berjaya sampai di Laut Jawa dan menawan sebuah kapal Belanda dalam peristiwa Aksi 18 Oktober 1806 yang berlaku di pintu masuk pelabuhan Batavia.[4] Sebelum serangan, kapa perang layar utama yang dimiliki Belanda, Pluto dan Revolutie, telah berlayar ke arah barat menuju pelabuhan Gresik. Panglima Belanda, Laksamana Hartsink, menyusun pasukannya sebagai langkah pencegahan terhadap serangan yang mungkin dilancarkan oleh British.[5]

Pellew berlayar dari Madras pada awal musim luruh 1806, berharap pasukan lengkap Belanda akan datang dan untuk mempersiapkan serangan, Pellew melepaskan kapal perang layar HMS Culloden yang dinakhodai Kapten Christopher Cole, disertai oleh HMS Powerful di bawah nakhoda Kapten Robert Plampin, HMS Russell di bawah nakhoda Kapten Thomas Gordon Caulfield, dan HMS Belliqueux di bawah nakhoda Kapten George Byng. Konvoi ini juga diiringi oleh frigat HMS Terpsichore yang dinakhodai Kapten Fleetwood Pellew, anak Laksamana Pellew, dan kapal brig HMS Seaflower di bawah nakhoda Leftenan William Fitzwilliam Owen.[6]

Serangan Pellew[sunting | sunting sumber]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gardiner, hlm. 81
  2. ^ Clowes, hlm. 336
  3. ^ James, hlm. 252
  4. ^ Henderson, hlm. 79
  5. ^ Gardiner, hlm. 82
  6. ^ James, hlm. 267

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Clowes, William Laird (1997) [1900]. The Royal Navy, A History from the Earliest Times to 1900, Volume V. Chatham Publishing. ISBN 1-86176-014-0.
  • Gardiner, Robert, ed (2001) [1998]. The Victory of Seapower. Caxton Editions. ISBN 1-84067-359-1.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Henderson CBE, James (1994) [1970]. The Frigates. Leo Cooper. ISBN 0-85052-432-6.
  • James, William (2002) [1827]. The Naval History of Great Britain, Volume 4, 1805–1807. Conway Maritime Press. ISBN 0-85177-908-5.