Pergi ke kandungan

Konflik Israel–Gaza 2008–2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Gaza
Sebahagian daripada Konflik Israel-Gaza, Konflik Israel-Palestin

Peta Gaza
Tarikh27 Disember 2008 – 18 Januari 2009
(3 minggu dan 1 hari)
Lokasi
Keputusan
  • IDF isytihar genjatan senjata sehala, 12 jam kemudian Hamas umumkan genjatan senjata seminggu.[2][3]
  • Krisis kemanusiaan dan kemerosotan perkhidmatan asas dan infrastruktur di Gaza.[4]
  • Bilangan serangan roket dari Gaza berkurangan
Pihak yang terlibat

Israel Israel

 Genting Gaza[1]

Komandan dan pemimpin

Israel Ehud Olmert
Perdana Menteri
Israel Ehud Barak
Menteri Pertahanan
Israel Gabi Ashkenazi
Ketua Staf Umum
Israel Yoav Galant
Markas Selatan
Israel Ido Nehoshtan
Tentera Udara
Israel Eli Marom
Tentera Laut
Israel Eyal Eisenberg
Bahagian Gaza

Israel Yuval Diskin
Agensi Keselamatan Dalam Negara

Khaled Mashal[5]
Ismail Haniyeh
Said Seyam  (K.I.A.)
Mohammed Deif
Abu Zakaria al-Jamal  (K.I.A.)
Ahmed Jabari
Tawfik Jaber  (K.I.A.)[6]
Osama Mazini
Nizar Rayan  (K.I.A.)[6]

Mahmud al-Zahar
Fail:Flag of the Islamic Jihad Movement in Palestine.svg Ramadan Shallah
Kekuatan

IDF: 4,000[7]–20,000[8] deployed in ground invasion and tens of thousands of reservists mobilized[9] (176,000 total active personnel)[10]

Hamas (Briged Al-Qassam dan polis): 20,000 (anggaran jumlah)[14][15]
Other Palestinian paramilitary forces: 10,000[16]

Kerugian dan korban

Jumlah terbunuh: 13
Tentera: 10
Orang awam: 3

Jumlah cedera parah: 518
Tentera: 336[24]
Orang awam: 182[24]

Jumlah terbunuh: 1,166–1,417[fn 1]

Pejuang dan pegawai polis:
491* (255 pegawai polis, 236 pejuang) (PCHR),[27][28] 600* (B'Tselem),[26] 709 (IDF),[25] 600–700 (Hamas)[29]
Orang awam: 926 (PCHR),[27] 759 (B'Tselem),[26] 295 (IDF)[25] Jumlah cedera parah: 5,303 (PCHR)[27]

Jumlah ditangkap: 120 (IDF)

Seorang pegawai pengawal sempadan Mesir terbunuh dan tiga cedera, dan dua kanak-kanak cedera.[30][31]
Lebih 50,800 penduduk Gaza hilang tempat tinggal.[32]

Lebih 4,000 tempat tinggal musnah; anggaran $2 bilion nilai kerosakan di Gaza[33]
*255 (PCHR)[27] or 265 (B'Tselem)[26] police officers were killed.

Perang Gaza, atau dikenali sebagai Operasi Pemimpin Utama (Ibrani: מִבְצָע עוֹפֶרֶת יְצוּקָה),[34] juga dikenali di dunia Islam sebagai Pembantaian Gaza (مجزرة غزة‎),[35][36][37] dan dirujuk sebagai Perang Al-Furqan (Arab: معركة الفرقان, rumi: Perang pemisahan) oleh Hamas,[38][39] ialah konflik bersenjata tiga minggu antara kumpulan pembebasan Palestin di Genting Gaza dengan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang bermula pada 27 Disember 2008 dan berakhir pada 18 Januari 2009 dengan gencatan senjata. Konflik ini menyebabkan kematian antara 1,166 dan 1,417 orang Palestin; dan 13 orang Israel.[40]

Konflik bermula apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada rakyat dan infrastruktur Hamas.[41][42][43][44][45][46][47].

Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.[48][49][50] [51][52]

Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin.[53] Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.[54]

Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Genting Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Yunis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.

Reaksi antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Bantahan anti Israel oleh rakyat Tanzania.

Bantuan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  • Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza. Ia diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.[58]
  • Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007.
  • 10 Januari 2009, Josette Sheeran selaku Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penghantaran bekalan bantuan kepada sehingga 360,000 orang bukan pelarian di Gaza, manakala Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) akan memenuhi keperluan makanan di kalangan pelarian yang berjumlah 1.1 juta orang. WFP memiliki stok makanan berjumlah 3,500 tan metrik di gudang di Gaza, cukup untuk bekalan bagi memenuhi keperluan kes-kes baru sehingga 360,000 orang untuk tempoh tiga minggu. Bekalan makanan dihantar ke hospital-hospital dan juga tepung gandum kepada kedai-kedai yang masih dibuka. Kedai-kedai roti juga sudah kehabisan bekalan tepung gandum yang diperlukan untuk membuat roti - makanan utama penduduk di Gaza .Kilang-kilang tepung sudah kehabisan bekalan bahan mentah.Pemandu trak dan pengendali fork-lift enggan bekerja ekoran rasa bimbang dengan keselamatan mereka. 130 trak yang membawa kira-kira 4,000 tan metrik makanan WFP sudah dihantar ke Gaza menerusi tempat melintasi sempadan di Kerem Shalom, tapi sebahagiannya tersekat disebabkan faktor keselamatan.[59]
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bauer0123
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama xinhua one week
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cbc.ca one week
  4. ^ "Gaza Humanitarian Situation Report – January 2, 2009 as of 14:30" (PDF). UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs. 2 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 January 2009. Dicapai pada 2009-01-02.
  5. ^ Altman, Alex (2009-01-04). "Hamas Leader Khaled Mashaal". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 2010-06-05.
  6. ^ a b Butcher, Tim (2009-01-02). "Israel bombs Gaza for seventh day after killing Hamas leader". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 2010-06-05.
  7. ^ "Israel vows no let-up over Gaza". BBC News. 2009-01-05. Dicapai pada 4 May 2010.
  8. ^ Jason Koutsoukis (2009-01-04). "Israeli troops enter Gaza". The Sydney Morning Herald.
  9. ^ Fletcher, Martin (2009-01-12). "Israel reinforces army before 'third phase' of war in Gaza". The Times. London. Dicapai pada 2010-05-17.(langganan diperlukan)
  10. ^ "Institute for National Security Studies" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Mac 2010. Dicapai pada 5 Jun 2010.
  11. ^ a b c d e f g h i j Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Israeli Arsenal
  12. ^ "Israel unveils defense shield for Merkavas". United Press International. 6 April 2010. Dicapai pada 7 April 2010.
  13. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Aviation Week 2009-02-23
  14. ^ "Israeli think tank: Hamas has 20,000 armed men in Gaza Strip", Associated Press, Haaretz, 10 April 2008
  15. ^ Butcher, Tim (2009-01-05). "Hamas fighters now a well-organised force". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 3 May 2010.
  16. ^ Haidar Eid (2 Januari 2009). "Israel's war of terror against Gaza". Socialist Worker. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2010. Dicapai pada 5 Jun 2010.
  17. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Haaretz 2009-01-15
  18. ^ "Hamas Military buildup in the Gaza Strip", IICC 8 April 2008, p. 35 Diarkibkan 13 Oktober 2009 di Wayback Machine
  19. ^ "Hamas Military buildup in the Gaza Strip", IICC 8 April 2008, p. 34 Diarkibkan 13 Oktober 2009 di Wayback Machine
  20. ^ a b c "Hamas Military buildup in the Gaza Strip", IICC 8 April 2008, p. 39 Diarkibkan 28 November 2011 di Wayback Machine
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Belfast Telegraph 2010-02-04
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama haaretz-Hamas-fired-missiles
  23. ^ Ilan, Shahar. "Suicide bombers wore IDF uniforms, says army chief". Haaretz. Dicapai pada 2010-06-05.
  24. ^ a b "Field update on Gaza from the Humanitarian Coordinator" Diarkibkan 5 Februari 2009 di Wayback Machine. 24–26 January 2009. OCHA oPt (United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs – occupied Palestinian territory). oachopt.org.
  25. ^ a b c Lappin 2009.
  26. ^ a b c d B'Tselem.
  27. ^ a b c d e PCHR 2009.
  28. ^ Efraim Inbar & Eitan Shamir ‘Mowing the Grass’: Israel’s Strategy for Protracted Intractable Conflict, Journal of Strategic Studies, 37:1, 65–90 p. 83
  29. ^ "Hamas admits 600–700 of its men were killed in Cast Lead" (9 November 2010). Haaretz. Retrieved 2 March 2011
  30. ^ "קצין מצרי נהרג מירי אנשי חמאס סמוך למעבר רפיח" [Egyptian officer killed by Hamas near the Rafah crossing] (dalam bahasa Ibrani). nana 10. Dicapai pada 2009-01-01.
  31. ^ "Two Egyptian Children, Police Injured in Israeli Air Strike Near Gaza Border". 2009-01-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2009.
  32. ^ "Gaza 'looks like earthquake zone'". BBC. 19 January 2009
  33. ^ "Gaza: Humanitarian situation". BBC News. 2009-01-30. Dicapai pada 2010-03-24.
  34. ^ The operation began in the midst of celebrating the Jewish holiday of Hanukkah; the name "Cast Lead" (עופרת יצוקה‎, Sebutan Ibrani: [ofeʁet jetsuka]) is a famous phrase from Israel's national poet Hayim Nahman Bialik's popular Hebrew children's song "Likhvod haḤanukkah" (לכבוד החנוכה‎). In the song (see article in the Hebrew Wikipedia), the child narrator is given a dreidel made of cast lead. See "Operation Cast Lead" in: Gavriely-Nuri, Dalia (2013). The Normalization of War in Israeli Discourse, 1967–2008. Lanham, MD: Lexington Books. m/s. 42–43. ISBN 978-0-7391-7260-5., on Google Books; Gavriely-Nuri, "mi'Shlom haGalil' le'Oferet Yetzuka': hashemot shel mivtze'ei Tzahal", "30 shana leMilkhemet Levanon haRishona: mabat mekhudash" (conference), 3rd session: yitzugei Levanon vehamilkhama batarbut haYisre'elit, The Hebrew University of Jerusalem – The Leonard Davis Institute for International Relations, The Department of International Relation and The Department of Communication and Journalism, 2 May 2012, 1:05:52 ff. (lecture begins at 56:25) (Hebrew).
  35. ^ Gaita, Raimond, penyunting (2010). Gaza: Morality, Law & Politics. UWA Publishing. m/s. 1. ISBN 978-1742580968.
  36. ^ Fisher, David; Wicker, Brian (2010). Just war on terror?: A Christian and Muslim response. Ashgate Publishing. m/s. 164. ISBN 978-1409408086.
  37. ^ Wiegand, Krista (2010). Bombs and ballots: governance by Islamist terrorist and guerrilla groups. Ashgate Publishing. m/s. 131. ISBN 978-0754678915.
  38. ^ "Studies on the Israeli Aggression on Gaza Strip: Cast Lead Operation / Al-Furqan Battle". Al-Zaytuna Center for Studies & Consultations. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2014. ... the Cast Lead Operation or al-Furqan Battle as named by Israel and Hamas respectively ... Secondary source, Abdul-Hameed al-Kayyali, Studies on the Israeli Aggression on Gaza Strip: Cast Lead Operation / Al-Furqan Battle, 2009
  39. ^ Maximilian Felsch (2011). Die Hamas: eine pragmatische soziale Bewegung?: Eine transnationale empirische Fallanalyse der Hamas in den besetzten Gebieten, in Jordanien, im Libanon und in Syrien [Hamas: a pragmatic social movement?: A transnational empirical case analysis of Hamas in the occupied territories, in Jordan, in Lebanon and in Syria] (dalam bahasa Jerman). Waxmann Verlag. m/s. 106. ISBN 978-3-8309-2611-5. Dicapai pada 24 December 2011.
  40. ^ Al-Mughrabi, Nidal. Israel tightens grip on urban parts of Gaza Diarkibkan 9 Januari 2009 di Wayback Machine
  41. ^ "Israel airstrikes on Gaza kill at least 225". Khaleej Times. Deutsche Presse-Agentur (DPA). 2008-12-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-23. Dicapai pada 2009-1-11. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  42. ^ "it's impossible to contain the Arab and Islamic world after the Gaza massacre" - "Hamas denies firing rockets from Lebanon". Special Broadcasting Service. Agence France-Presse. 2009-1-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-11. Dicapai pada 2009-1-11. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  43. ^ "Arab Leaders Call for Palestinian Unity During "Terrible Massacre"". Foxnews.com. Associated Press. 2008-12-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-07. Dicapai pada 2009-1-7. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  44. ^ "Gulf leaders tell Israel to stop Gaza "massacres"". Reuters. Reuters. 2008-12-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-07. Dicapai pada 2009-1-7. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  45. ^ "OIC, GCC denounce massacre in Gaza". Arab News. 2008-12-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-18. Dicapai pada 2009-1-7. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  46. ^ "Diplomatic race to stop the Gazza massacre" - "سباق دبلوماسي لوقف مذبحة غزة". BBC Arabic. 2009-1-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-11. Dicapai pada 2009-1-11. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  47. ^ Libya calling the operation a "horrible massacre" - "United Nations Security Council 6060th meeting (Click on the page S/PV.6060 record for transcript)". United Nations Security Council. 2008-12-31. Dicapai pada 2009-1-7. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  48. ^ "Israel braced for Hamas response". BBC. 2009-1-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  49. ^ "Israel pounds Gaza for fourth day". London, UK: BBC. 2008-12-30. Dicapai pada 2009-01-14.[pautan mati kekal]
  50. ^ "Israel vows war on Hamas in Gaza". BBC. 30 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-30. Dicapai pada 30 Disember 2008.
  51. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bbc7801662
  52. ^ Timeline Israeli-Hamas violence since truce ended Ha'aretz, oleh Reuters
  53. ^ At least 205 killed as Israeli pounds Gaza, Alarabiya, 27 Disember 2008
  54. ^ "No let-up in Israeli strikes in Gaza". CNN. 4 Januari 2009.
  55. ^ China Mahu Israel Segera Berundur Dari Gaza
  56. ^ Indonesia Sedia Hantar Pasukan Pemerhati Ke Gaza
  57. ^ Rahim Bakri Kutuk Tindakan Israel Di Gaza
  58. ^ MERCY Malaysia Hantar Pasukan Kemanusiaan Ke Gaza[pautan mati kekal]
  59. ^ WFP Perlu Akses Lebih Bebas Di Gaza


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "fn", tetapi tiada tag <references group="fn"/> yang berpadanan disertakan