Pergi ke kandungan

Serbia Tengah

Sempadan Serbia pada tahun 1878, yang mana kemudiannya menyamai sempadan Serbia Tengah
Divisyen pentadbiran di Serbia Tengah, 1974-1990
Divisyen pentadbiran di Serbia sebelum tahun 2009

Serbia Tengah ([Централна Србија/Centralna Srbija] Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help)), juga dirujuk sebagai Serbia proper (Ужа Србија/Uža Srbija),[a] merupakan sebahagian wilayah Serbia yang terbentang di luar wilayah Vojvodina dan wilayah yang menjadi dipertikaian, Kosovo (Kosovo dan Metohija). Serbia Tengah merupakan satu istilah yang digunakan untuk kemudahan, bukan merujuk pada sebuah divisyen pentadbiran di Serbia dan sepertinya, maka ia tidak memiliki sebarang bentuk pentadbiran yang berasingan.

Secara amnya, Serbia Tengah merupakan teras sejarah kepada Serbia moden, yang mana muncul daripada Revolusi Serbia (1804–17) dan peperangan yang meletus selepasnya menentang empayar Uthmaniyyah. Pada kurun berikutnya, Serbia melebar secara perlahan-lahan ke selatan, memperolehi Serbia Selatan, Kosovo, Sandžak dan Vardar Macedonia, dan pada tahun 1918 – berikutan dengan penyatuan dan pendudukan ke atas Montenegro dan penyatuan dengan Austria-Hungary di sebelah kiri kawasan Danube dan Sava (Vojvodina) – ia bergabung dengan wilayah Slavic Selatan yang lain ke dalam Kerajaan Beraja Yugoslavia. Sempadan Serbia Tengah sekarang dimuktamadkan selepas Perang Dunia II, apabila Serbia menjadi sebuah republik dalam SFR Yugoslavia, dengan Kosovo dan Vojvodina menjadi wilayah dengan pemerintahan autonomi.

Divisyen pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Statistik wilayah di Serbia sejak tahun 2010 (termasuk Kosovo yang dituntut oleh Serbia).

Daerah di Serbia, berdasarkan pada Statistik wilayah di Serbia.

Daerah Luas (km²) Penduduk
(2011)
Bandar utama
Belgrade
Belgrade3,2271,659,440Belgrade
Šumadija dan Serbia Barat
Mačva3,264298,931Šabac
Kolubara2,474174,513Valjevo
Moravica3,016212,603Čačak
Zlatibor6,142286,549Užice
Šumadija2,387293,308Kragujevac
Pomoravlje2,614214,536Jagodina
Raška3,922309,258Kraljevo
Rasina2,664273,247Kruševac
Serbia Timur dan Selatan
Podunavlje1,250199,395Smederevo
Braničevo3,865183,625Požarevac
Bor3,510124,992Bor
Zaječar3,623119,967Zaječar
Nišava2,727376,319Niš
Pirot2,76192,479Pirot
Toplica2,22991,754Prokuplje
Jablanica2,770216,304Leskovac
Pčinja3,520159,081Vranje

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan etnik di Serbia Tengah berdasarkan Bancian Tahun 2011:

Pada tahun 2011, kebanyakan perbandaran di Serbia Tengah memiliki penduduk majoriti Serb, tiga buah perbandaran iaitu (Novi Pazar, Tutin, dan Sjenica) mempunyai majoriti Bosniak, dua buah perbandaran (Bujanovac dan Preševo) memiliki penduduk majoriti Albania dan dua buah perbandaran (Bosilegrad dan Dimitrovgrad) pula bermajoriti Bulgaria.[1]

  1. ^ Besides the name "Central Serbia", the term "Serbia proper" was also used in English to refer to the region. "Serbia proper" is simply an English translation of the Serbian term Uža Srbija (Ужа Србија), which was used as a name of the region during the existence of the Socialist Federal Republic of Yugoslavia; the term was controversial and, due to that, Serbian government publications used Centralna Srbija (Central Serbia) instead. The term Uža Srbija was rejected because it implied a distinction between Serbia and its autonomous provinces. According to the Library of Congress, "Serbia Proper" denoted "the part of the Republic of Serbia not including the provinces of Vojvodina and Kosovo; the ethnic and political core of the Serbian state."[2]
Nota
Rujukan
  1. "Попис становништва, домаћинстава и станова 2011. у Републици Србији" (PDF). stat.gov.rs. Republički zavod za statistiku. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 August 2014. Dicapai pada 2 June 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. The Library of the Congress. Glossary - Yugoslavia.

44°49′14″U 20°27′44″T / 44.82056°U 20.46222°T / 44.82056; 20.46222