Bandar Seri Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Seri Iskandar)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Bandar Seri Iskandar
Bandar Seri Iskandar
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Perak Tengah
Mukim Bandar Bandar Seri Iskandar
Keluasan N/A

Bandar Baru Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, negeri Perak. Ianya berdekatan dengan pekan Bota, Bota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia cawangan Negeri Perak. USM Cawangan Negeri Perak ini kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.

Bandar Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah Perak Tengah pada masa kini dan akan dijadikan bandar pentadbiran kerajaan negeri menjelang tahun 2030.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Bandar Baru Seri Iskandar diambil bersempena nama Sultan Perak ke-30 Sultan Iskandar Shah. Sultan ini cukup termasyhur di kalangan penduduk negeri Perak kerana begitu prihatin dengan nasib rakyat sebelum Perang Dunia II. Ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak menyebut-nyebut tentang sultan Perak ini. Mereka menyebutnya sebagai "Sultan Iskando".

Baginda menjadi Sultan Perak dari 18 Disember 1918 hingga 14 Ogos 1938. Nama penuh baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah. Baginda diputerakan pada 1876 dan mangkat pada 1938.

Dalam Sejarah Melayu nama 'Iskandar' muncul dari nama Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain menakluk 1/3 bumi ini dan disebut namanya beberapa kali dalam al Quran. Menurut versi Al Quran, Iskandar Zulkarnain adalah seorang Islam.

Semasa pemerintahan Sultan Iskandar, tidak ada Menteri Besar Perak. Pentadbiran banyak ditadbir oleh Residen British. Antaranya ialah:

  • 1919 - 1920 George Maxwell
  • 1920 - 1921 William James Parke Hume
  • 1921 - 1926 Cecil William Chase Parr
  • 1926 - 1927 Oswald Francis Gerard Stonor
  • 1927 - 1929 Henry Wagstaffe Thomson
  • 1929 - 1930 Charles Walter Hamilton Cochrane
  • 1931 - 1932 B.W. Ellis
  • 1932 - 1939 G.E. Cater

Sila lihat Senarai nama Sultan Perak, Senarai Residen British di Perak

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bandar Seri Iskandar merupakan salah sebuah bandar baharu yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Perak Tengah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bank[sunting | sunting sumber]

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Taman Maju, Seri Iskandar, 32610, Bandar Seri Iskandar, Perak
  • Bank Islam Malaysia Bhd, Bandar Universiti, Seri Iskandar, 32610, Bandar Seri Iskandar, Perak
  • Bank Pertanian Malaysia, Ground Floor, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Perak Tengah, Bandar Baru Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak
  • Perunding Takaful Darul Iqra Enterprise, No.19A, Jalan PP1, Bandar Universiti Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak (05-3656682)
  • Syarikat Takaful Malaysia Bhd, 8A, Jln Utama, Seri Iskandar Utama, 32610, Seri Iskandar, Perak
  • CIMB Cawangan Mini Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, 31750, Tronoh, Perak
  • Pejabat Pos Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak
  • ATM Maybank Bhd, Stesen Minyak Petronas Daerah Perak Tengah, Bandar Universiti, Seri Iskandar, 31750, Tronoh, Perak
  • ATM Bank Simpanan Nasional (BSN), Bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Utama, UiTM Perak, 32610, Seri Iskandar, Perak.

Felcra[sunting | sunting sumber]

  • FELCRA Bhd, No. 4, Rumah Kedai Fasa 1A, Jln Tronoh Km 37, Desa Seri Iskandar, 32600 Bota

Koperasi[sunting | sunting sumber]

  • Koperasi Kakitangan Itm Perak Bhd
  • Koperasi Nasaruddin (B) Bhd
  • Koperasi Orang-Orang Melayu Kerajaan Skomk Hp Bhd
  • Koperasi Peneroka-Peneroka Felcra Nasharuddin