Kampung Sungai Tong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Seri Langkap)
Jump to navigation Jump to search
Kampung Sungai Tong
Pekan
Mukim21500 Hulu Nerus
DaerahSetiu
Negeri Terengganu
Negara Malaysia
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Kod kawasan+609

Kampung Sungai Tong merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu Darul Iman. Kampung ini terletak bersempadan dengan daerah Kuala Terengganu di laluan utama jalan persekutuan yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan. Jarak di antara Pekan Seri Langkap ke Bandar Kuala Terengganu ialah sejauh 45 km, manakala jaraknya ke Bandar Permaisuri ialah sejauh 25 km . Kampung ini turut dikenali dengan nama baharunya iaitu Seri Langkap kerana menjadi pusat pentadbiran dan tumpuan utama penduduk di DUN Langkap.

Terdapat sebuah pasar malam pada setiap hari Selasa yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli keperluan harian dan menjual hasil tanaman mereka. Selain itu, pelbagai kemudahan asas seperti klinik, pejabat pos, balai polis, dewan serba guna, sekolah dan sebagainya disediakan. Jaringan jalan raya di pekan ini juga bertar dan dalam keadaan yang baik. Unit-unit kedai dan premis perniagaan juga terdapat di sini bagi memudahkan penduduk setempat untuk membeli keperluan harian dan ia secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan selain meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

Taman Seri Intan merupakan kawasan perumahan yang menawarkan beberapa unit rumah kos sederhana yang dibina untuk memenuhi keperluan penempatan penduduk setempat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fail:Masjid Sungai Tong Langkap Setiu Terengganu.jpeg
Masjid Pekan Sungai Tong di Seri Langkap.

Sungai Tong mendapat nama bersempena lokasinya yang berada di tepi sungai kecil dan ditambah dengan peristiwa banjir kilat yang seringkali berlaku setiap tahun ketika musim tengkujuh.

Kawasan sekitar sungai tong akan dinaiki air yang berpunca dari taburan air hujan yang banyak tanpa henti ketika musim tengkujuh. Kesan dari hujan yang lebat itulah terjadinya limpahan air di kawasan sungai kecil tersebut dan bertakung di beberapa kawasan sekitarnya, paras air banjir juga akan kekal statik untuk beberapa hari, maka dengan fenomena itu ibarat tong yang menadah air hujan berserta limpahan air sungai yang menyebabkan banjir kilat berlaku.

Kerana lokasi sungai tong berdekatan dengan tasik kenyir, maka ia juga kawasan yang mempunyai kadar tadahan air hujan yang tinggi dan dipengaruhi rupa bentuk muka bumi yang tidak rata, berbukit dan berlembah.

Populasi[sunting | sunting sumber]

Fail:Seri Langkap Sungai Tong.jpg
Wisma Seri Langkap, Sungai Tong.

Kawasan Sungai Tong sememangnya luas dan ia merupakan pusat perniagaan serta tempat pertemuan antara penduduk sekitar. Dianggarkan seramai 1765 orang penduduk yang menetap di pekan ini.

Majoriti penduduk di sini adalah berbangsa Melayu, manakala yang selebihnya mewakili kaum Cina dan India. Walaupun wujud pelbagai kaum yang menetap di sini, mereka hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Penempatan di kawasan ini merupakan penempatan yang tersusun dan dikelilingi oleh rumah-rumah kedai dan deretan kedai makan.Kewujudan rumah-rumah kedai dan deretan kedai makan adalah kerana kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai kampung di Setiu