Seri Medan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik ini kerana ia telah banyak mengalami perubahan yang ketara. Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Indonesia pada tahun 1912. [perlu rujukan] Dahulunya Sri Ramonia merupakan nama asal bagi Sri Medan[perlu rujukan], nama ini diubah [perlu rujukan] semasa pemerintahan Jepun di Malaya. Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof. Bilangan rumah pada ketika itu hanya sebanyak 35 buah.

Sri Medan merupakan nama tempat asal Haji Yusof[perlu rujukan] yang berasal dari Indonesia, dan Medan pula merupakan tempat yang berkelompok besar. Nama Medan juga diambil bersempena pengumpulan warga-warga buruh yang bekerja di lombong bijih besi yang diusahakan oleh Pihak Jepun[perlu rujukan]. Buruh-buruh ini terdiri dari kaum Melayu, India, Cina dan warga lain.

Pada zaman pelombongan besi di Sri Medan di anggarkan seramai 15,000 orang pekerja [perlu rujukan]dari warga Melayu, India, Cina dan Indonesia yang bekerja pada zaman tentera British. Pada tahun 1918 lombong besi diteroka oleh syarikat Jepun. Syarikat Jepun yang meneroka lombong besi ini bernama 'Nippon Kanji Kaisa ' atau dengan nama singkatannya ' NKK '.

Pada tahun 1941 operasi lombong di Sri Medan telah ditamatkan, dan pada tahun 1942 ia telah dibuka semula sehingga 1945.

Pada sekitar tahun 60 an Sri Medan ini sering di landa banjir dalam tempoh yang panjang. Ini kerana kedudukan geografinya dan ketiadaan sistem saliran yang baik. Kesemua air yang melanda banjir di Sri Medan melalui dari Chaah dan Bekuk. Air banjir dari Sri Medan akan melanda Parit Sulong dan seterusnya akan mengalir terus ke Sungai. Begitulah sistem saliran air pada ketika itu. Penduduk Sri Medan perlu menempuh banjir yang panjang dan kadangkala berbulan-bulan lamanya sehingga air itu akan mengalir ke Parit Sulong.

Pada tahun 1985 kerajaan Johor telah mengeluarkan peruntukan untuk membuat sistem saliran air di kawasan Sri Medan. Sehingga kehari ini tiada banjir yang melanda Sri Medan ini amat memudahkan penduduk di kawasan Sri Medan mendapat bekalan air yang cukup dan tiada tanaman yang akan di musnahkan akibat banjir.