Seri Utama Mahkota Wilayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) adalah pangkat pertama dalam Darjah Kebesaran Yang Mulia Mahkota Wilayah. Penyandang darjah ini akan memegang gelaran Datuk Seri Utama. Isteri penyandang pula memegang gelaran Datin Seri Utama. Darjah kebesaran ini hanya dikurniakan kepada individu yang mempunyai sumbangan besar terhadap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Penerima sulung SUMW adalah mantan perdana menteri YABhg Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ketua Menteri Sarawak yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan TYT Tun Datuk Seri Utama Haji Abdul Taib bin Mahmud.