Daerah Serian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Serian, Sarawak)
Daerah Serian
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSerian
DitubuhkanFebruari 1955 (1955-02)
Pusat
pentadbiran
Serian
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Serian
Penduduk
 • Jumlah89,078
Poskod
94700
Laman sesawangmpp.sarawak.gov.my

Daerah Serian ialah sebuah daerah dalam bahagian dengan nama yang sama di Sarawak, Malaysia. Daerah ini mempunyai penduduk seramai 89,078 orang (2010).[1] Pekan pentadbiran ialah Serian. Pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) ialah Majlis Daerah Serian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Serian ditubuhkan pada Februari 1955, yang mana sebelum ini ia merupakan kawasan Sadong Atas (bahasa Inggeris: Upper Sadong) iaitu sebahagian daripada Daerah Sadong.[2] Pegawai Daerah pertama ialah H. R. Harbow.[2]

Daerah Serian menjadi salah sebuah daerah dalam Bahagian Serian sejak 1 Ogos 2015.[2] Sebelum ini, Daerah Serian merupakan salah sebuah daerah dalam Bahagian Samarahan apabila bahagian tersebut diisytiharkan pada 1 Januari 1987.[2]

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Serian direkodkan seramai 89,078 orang.[1] Daripada jumlah tersebut, majoriti penduduk iaitu 90.1 peratus terdiri dari orang Bumiputera. Bangsa Cina merangkumi 9.3 peratus, sementara bangsa India dan lain-lain, masing-masing merangkumi 0.2 dan 0.3 peratus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d "Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian". serian.sarawak.gov.my. Dicapai pada 14 Februari 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 1°10′15″N 110°33′59″E / 1.170762°N 110.566426°E / 1.170762; 110.566426