Serigala Pulau Vancouver

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serigala Pulau Vancouver
VIslandWolf.JPG
VancouverIslandWolf.JPG
Serigala putih di Zoo Vancouver Raya (atas); Serigala Pulau Vancouver kelabu tangkapan di Gunung Grouse
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Keluarga: Canidae
Genus: Canis
Spesies: C. lupus
Subspesies: C. l. crassodon
Nama trinomial
Canis lupus crassodon
Hall, 1932[1]>

Serigala Pulau Vancouver (Canis lupus crassodon) ialah satu subspesies serigala kelabu, endemik di Pulau Vancouver, British Columbia, Kanada. Ia sangat sosial dengan serigala lain, dan tinggal dalam kawanan kira-kira lima ekor hingga tiga puluh lima ekor. Ia merupakan subspesies terancam, sangat malu, dan jarang terlihat oleh manusia.[2] Serigala di kawasan Rizab Taman Negara Lingkungan Pasifik telah diketahui menyerang dan membunuh anjing bela jinak tidak terjaga.[3] Terdapat juga dua ekor serigala Pulau Vancouver di Zoo Vancouver Raya.[4]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Serigala Pulau Vancouver bersaiz sederhana, berukuran tinggi kasar-kasar 26–32 in (66–81 cm), 4–5 ft (120–150 cm) dari hidung ke hujung ekor, dan berberat kasar-kasar 60 kg (130 lb). Ia biasanya berwarna campuran kelabu, perang, dan hitam. Kadang-kadang ia kelihatan berwarna putih tulen.

Diet[sunting | sunting sumber]

Sumber makanan utama serigala ini ialah rusa berekor hitam Columbia, dan elk Roosevelt.

Rujukan[sunting | sunting sumber]