Serikat Mahasiswa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serikat Mahasiswa
Kelahiran5 Disember 2014
Pulau Pinang
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)

Serikat Mahasiswa merupakan persatuan mahasiswa yang ditubuhkan pada 5 Disember 2014 oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). Perkataan serikat diambil daripada persatuan Sarekat Islam yang telah ditubuhkan pada era Imperialisme. Aktivis Serikat Mahasiswa bersatu berlandas satu idea untuk membawa mahasiswa menjadi salah satu entiti yang berperanan secara nyata dalam membangunkan negara. Kesedaran ini bermula apabila melihat suara mahasiswa Malaysia mula dieksploitasi oleh individu-individu yang berkepentingan dalam parti politik tanah air menjadikan mahasiswa seperti buah catur untuk ahli politik berebut kuasa. Program pertama Serikat Mahasiswa di Tasik Fajar USM bersama Benz Ali pada 5 Disember telah dihentikan oleh Jabatan Keselamatan USM menyebabkan mereka terpaksa mengambil inisiatif untuk meneruskan program tersebut di luar kawasan USM. Akibat tentangan daripada pihak universiti, mereka mula bergerak dengan slogan seperti ' We Lead Not Lick ', 'Memanusiakan manusia dengan berfikir', 'gedeber' untuk melawan pencanduan minda mahasiswa ini. idealism, intelektualism dan activism merupakan teras kepada gerakan mereka. Kini Serikat Mahasiswa telah mempunyai aktivis daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Forum

Forum Anak Muda :

1. 'AKTA HASUTAN' KEMANA HALA TUJU MALAYSIA?

Forum ini diadakan pada 18 Dis 2014 bertempat di AKSI (atas Kopitan), Sg Dua, Pulau Pinang. Moderator forum ialah Faizal Haramaini (YDP Kelab Sains Politik USM) dan panelis yang telah dijemput hadir ialah Adam Adli (Aktivis The BangSat), Firdaus Rahim (Wakil Pro-Mahasiswa USM), Hafiz Hafifi Hassan (Bebas) dan seorang wakil daripada Aspirasi USM. Namun pada saat akhir Faizal Haramaini dan Firdaus rahim terpaksa menarik diri akibat daripada sebab yang tidak dapat dielakkan dan diganti oleh Jefry Musa (Moderator), Ahmad Sobri Shaari (Pro M USM). Forum ini dihadiri 40 orang mahasiswa USM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk Ahli Majlis Perundingan Pelajar (MPP) USM. Perbincangan mengenai Akta Hasutan ini menjadi isu hangat sehingga menjadi usul tergempar di dalam Dewan Persidangan Pelajar (DPP) USM bagi sidang 2014/2015.

2. ISLAM LIBERAL DAN PEMIKIRAN SEKULAR

Pada 6 mac 2015, Serikat Mahasiswa telah bekerjasama bersama Student Progresive Front Dan Penang Youth Development Corperation (PYDC) telah meneruskan forum anak muda dengan menjemput Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Ahmad Taqiyuddin (YDP Iqram Siswa USM) dan Syafiq Alamsah (NYDP PMIUSM) sebagai panelis dan Hafiz Hafifi sebagai Moderator. Kehadiran peserta sekitar 60 orang terdiri daripada mahasiswa dan masyarakat setempat. Forum ini berjalan dengan lancar kerana setiap ahli panel menunjukan kematangan dalam berhujah.

3. PERHIMPUNAN JALANAN MALAYSIA, MASIH RELEVEN ATAU RAKYAT SUDAH MUAK

Pada 15 mac 2015, mereka telah mengadakan forum berkaitan dengan perhimpunan jalanan dengan menjemput Hishamuddin Rais (Tukar Tiub), Faizal Haramaini (YDP Kelab Sains Politik USM) dan Jefry Musa sebagai panelis. Forum ini lancar walaupun cuba diganggu oleh sesetengah pihak. Kehadiran peserta yang hadir sekitar 30 orang yang terdiri daripada aktivis Pulau Pinang dan mahasiswa USM diadakan di Dataran Ivory (Depan USM).

4. BICARA EKONOMI PULAU PINANG

Forum ini dianjurkan oleh Serikat Mahasiswa bersama IQRAM Siswa USM. Forum ini diadakan pada 19 Mac 2015 bertujuan untuk mendapat maklumat dan bersoal jawab secara terus bersama Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang iaitu YB. Dato Haji Mohd Rashid Hasnon mengenai masalah ekonomi di sekitar Pulau Pinang. Program ini dijalankan secara santai di Restoran Pelita Sg Dua.

5. PERANAN AKTIVIS DALAM MEMPERTAHANKAN HAK RAKYAT

Serikat Mahasiswa dan Student Progresive Front berkerjasama untuk mengadakan satu forum bagi memepertahankan hak-hak rakyat khususnya di sekitar Pulau Pinang seperti pengusiran Peneroka di Kampung Permatang tok Subuh. Forum ini berjaya mendapatkan aktivis-aktivis mahasiswa yang terlibat dalam mendapatkan keadilan untuk peneroka kampung Chubadak, Kuala Lumpur seperti Fahmi Zainol (AMHM), Khairol Najib (PMIUM) dan Adrian Lim Chee En (Mahasiswa Ganyang). Forum ini diadakan pada 24 April 2015 di AKSI, Sg Dua.

6.Forum Melawan Pseudoscience Dalam Minda Masyarakat

Forum ini diketuai oleh mahasiswa Serikat Mahasiswa dalam bidang sains. Mereka berpendapat mahaiswa mula idlihat sebagai ejen-ejen peniagaan kapitalis yang disulami pseudoscience lihat mahasiswa sebagai pedagang Kangen Water dan Sticker Jimat Elektrik) seakan dungu mempercayai setiap yang dibaca.Atas idea membanteras pseudoscience dalam minda masyarakat dan mahasiswa,Serikat Mahasiswa bersama Siswa Sedar buka kembali pentas Dialog AKSI pencerahan alternatif mengenai Pseudoscience.Panelis ialah Muhammad Musoddiq bin Jaafar (R.A Fakulti Fizik Universiti Malaya), Dr.Iskandar Shahrim (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia) dan Eqha Ibrahim (Moderator).

Jejak Aktivis Mahasiswa di Bandung,Indonesia

Serikat Mahasiswa yang diwakili oleh Jefry Musa, Din Sajak dan Din GMPS ke Bandung, Indonesia dalam usaha meneroka dunia aktivis mahasiswa di Indonesia. Antara aktiviti sesampai di Bandung Indonesia ialah berdiskusi dengan Lembaga Mahasiswa Ilmu Sosial Politik seluruh Indonesia (ILMISPI). Mereka juga melawat Gedung Merdeka, Museum Sri Baduga, Museum Wangsit Mandala Siliwangi, Gedung Yayasan Pusat Kebudayaan dan Gedung Indonesia Menggugat. Natara Monumne yang dilawati ialah Monumen Perjuangan Jawa BARAT, Monumen Bandung Lautan Api, Penjara Banceuy, Monumen Kereta Api dan Taman Makan Pahlawan Cikuta. Seterusnya bergerak ke Jogjarakata untuk mencari buku-buku untuk dibawa pulang.

Idearaya

Idearaya ialah satau event yang mengumpulkan seluruh aktivis di Malaysia. Serikat Mahaiswa diwakili oleh Dr.Nasha Rodziadi Khaw (Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM) bersama dalam slot diskusi Sejarah. Pelbagai input yang diperolehi berada di Idearaya selama 2 hari.

Usharah Serikat Mahasiswa

Diskusi ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan berdasarkan pembentang dan tajuk yang dibawa. Pembentang yang pertama ialah Iliya Barathi (Mahasiswa Pusat Pengajian Komunikasi) dengan tajuk Tokoh Che Guavara. Bejaya mengumpulkan lebih 15 mahasiswa. Diadakan juga soal jawap.

Pesta Buku dan Seni Alternatif

Dianjurkan oleh Parti Sosialis, bertempat di depan Menara MPBJ . Mengumpulkan pelbagai kolektif aktivis seluruh Malaysia. Serikat Mahaiswa berdagang membawa Zine terbitan Serikat Mahaiswa sendiri.

Serikat Mahasiswa Press

Pencetakan Serikat Mahasiswa diwujudkan pada 8 Disember 2015. Kini lebih 5 siri telah diterbitkan atas sumbangan penulisan mahasiswa seluruh Malaysia. Dikendalikan oleh Din Sajak.

Solidariti Bersam Mhasiwa Universiti Port Moserby

Serikat Mahasiswa mengecam tindakan pasukan polis Papua New Guinea yang menembak mai beberapa orang mahasiswa dari Universiti Port Moserby yang berarak di Parlimen dlaam usaha mendesak Pater O'neill , Perdana Menteri Papua New Guniea yang terkenal dengan Rasuah meletak jawatan.

Dialog Jalanan

Dialog Jalanan Kuala Lumpur berkolaberasi bersama Serikat Mahasiswa dalam membuat sebuat dokumentari berkenaan aktivisme mahasiswa di Pulau Pinang. Dialog Jalan yang diwakili oleh Zikri Rahman, Ehsan, Pami, Maryam dan Muddat menemurah beberapa aktivis Serikat Mahasiswa untuk mendapatkan info selanjutnya mengenai permulaan penubuhan Serikata Mahasiwa, visi dan objektif serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Serikat Mahasiswa. Team Dialog Jalanan juga dibawa ke Tapak Eskavasi oleh Dr.Nasha Rodziadi di Sungai Batu. Dokumnetari tersebut boleh ditonton di Youtube.

Forum Selamatkan Malaysia Deklarasi Rakyat

Forum ini adalah anjuran Pejabat ADUN Seberang Jaya yang menampilkan Hisyamuddin Rais, Syed Saddiq dan YB Steven Sim sebagai panelis. Serikat Mahasiswa yang diwakili oleh Nurul Amani Rosman bertindak sebgai Moderetor forum tersebut.

Bertuhan Di Jalanan

Bertuhan Di Jalanan merupakan idea daripada aktivis mahasiswa daripada jurusan sains politik, Adam Tajul yang mahukan penglibatan mahasiswa dalam menolong gelandangan di Pulau Pinang. Mereka memilih nama bertuhan di jalanan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa tuhan bukan hanya ada di Masjid tetapi juga ada dijalanan dan membantu mereka yang memerlukan di sana. Program ini berjaya mendapat sokongan daripada aktivis, pensyarah dan NGO sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Program ini diadakan setiap minggu dan bermula pada hari ahad, 22 Mac di Segi Tiga Lebuh Leith. Kini program ini berjalan setiap hari sabtu jam 9.00 malam . Aktiviti yang diadakan adalah seperti memberi makanan,minuman,alatan kebersihan dan keperluan lain kepada miskin kota.Turur diadakan aktiviti buku jalanan, busking dan membaca sajak.

Buku Jalanan USM

Idea penubuhan Buku Jalanan USM bertujuan untuk mengalakkan mahasiswa membaca buku dan menyebarkan tulisan-tulisan mengenai idea mahahasiswa di seluruh Malaysia. Mereka juga menghasilkan Zine untuk dijual kepada orang ramai. Kini mereka telah menghasilkan 3 buah zine dan dijual di sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Selain itu, aktivi mereka juga mengalakkan diskusi buku dengan memberi baca buku secara percuma di jalanan.

Pilihanraya Kampus

Pada pilihanraya kampus tahun 2015, Serikat Mahasiswa dalam usaha meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai demokrasi dan kuasa mahasiswa. Serikat Mahasiswa telah mencapai kesepakatan (kosensus) bersama Iqram Siswa dan Student Prograssive Front USM membentuk satu perikatan untuk mencabar kuasa sedia yang terdiri daripada Aspirasi USM dan Pro Mahasiswa USM. Objektif dan Visi penubuhan Ikatan Mahasiswa ialah bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada mahasiswa dalam memilih pemimpin kampus, mewujudkan budaya politik yang lebih sihat dan telus serta meraikan demokrasi. Jentera pilihanraya Ikatan Mahasiswa diketuai Adam Naqib (Mahasiswa Sains Poitik) yang melibatkan perancangan manifesto, cara kempen, media sosial, penamaan calon, rapat umum dan hari mengundi. Manakala, Jurucakap Ikatan Mahasiswa ialah Hafiz Hafifi Hassan (Mahasiswa Pengurusan) yang bertindak memeberi penerangan kepada media elektronik dan akhbar. Seterusnya, Izzudin Iskandar (Mahasiswa Fizik) bertindak sebagai 'designer' untuk segala aktiviti kempen bermula daripada gambar rasmi calon, poster, pelekat dan lain-lain. Ikatan Mahasiswa meletakkan 6 calon di konstituensi umum. Hasilnya, mereka memperoleh banyak undi, calon Ikatan Mahasiswa Alia kalah dengan beza 30 undi. Dalam usaha mewujudkanbudaya politik yang telus, Ikatan Mahasiswa telah mengeluarkan belanjawan sepanjang pilihnaraya kampus berlangsung. Ikatan Mahsiswa berjaya memboikot Rapat Umum yang sering kali berat sebelah kepada Aspirasi sehingga terpaksa dibatalkan. Terakhir,Ikatan Mahasiswa berjaya melakukan aktiviti demostrasi di dalam kampus daripada DK Foyer sehingga Desasiswa.

Aktivisme

1. KAMPUNG PERMATANG TOK SUBUH

2. PERHIMPUNAN JALANAN