Pergi ke kandungan

Serpihan Sayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serpihan Sayang
Genre
Ditulis oleh
  • Amor Rizan
  • Saiqa Askari
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dentingan Jiwa" - Shazreen Shaharum (musim 1)

"P. Ramlee Saloma" - Alpha (musim 2)

"Kejar" - Angga Yunanda (musim 3)
Lagu penutup"Penipu" - Shazriq Azeman (musim 1)

"P. Ramlee Saloma" - ALPHA (musim 2)

"Kejar" - Angga Yunanda (musim 3)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifDatin Nor Aliah Lee
PenerbitDatin Nor Aliah Lee
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Padi Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Februari 2023 – 20 Mac 2023
Kronologi
MengikutiBukan Lelaki Terhebat
Diikuti olehBukan Puteri Lindungan Bulan

Serpihan Sayang[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amor Rizan terbitan Padi Pictures Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh dibintangi oleh Fasha Sandha, Aeril Zafrel, dan Elisya Sandha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 22 Februari hingga 20 Mac 2023 menggantikan Bukan Lelaki Terhebat. [2]

Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi itu telah mengakibatkan Nadia menghidap Postpartum Psikosis.

Nadia dan adiknya, Alisa tinggal bersama suami Nadia, Syakir. Nadia sering berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mendapatkan rawatan terapi dan Syakir juga sentiasa mengambil berat akan kesihatan isterinya. Namun, kesihatan dan emosi Nadia sering terganggu akibat bekas isteri Syakir, Marina yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangga mereka.

Marina sering memaksa Syakir memberi nafkah yang lebih dari dijanjikan untuk anak mereka, Haziq yang berusia enam tahun. Meskipun Syakir tidak pernah terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, sikap Marina yang boros membuatkan Syakir sering bertengkar dengan bekas isterinya itu.

Selepas 20 tahun terpisah, Imran, abang kandung kepada Syakir kembali semula di dalam hidup Syakir dan Nadia. Kehadiran Imran diikuti oleh pelbagai perkara aneh. Rahsia yang disimpan rapi oleh Syakir mula dibongkar dan penyakit Nadia kembali parah. Dapatkah Nadia mengatasi penyakitnya itu? Berjayakah Nadia dan Syakir mengharungi segala rintangan yang berlaku terhadap keluarganya? Dan siapakah Imran sebenarnya?

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]
Aeril Zafrel sebagai Imran
Fasha Sandha sebagai Nadia

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Zizan Nin sebagai Razak (musim 1)
  • Nick Syaf sebagai Mario Razlan (musim 1–3)
  • Tallisya sebagai Nina (musim 1)
  • Amirul Asyhwad sebagai Asyraf (musim 1) dan sebagai Yoyol (musim 2–3)
  • Ameerul Asyraf sebagai Malik (musim 1) dan sebagai Inspektor Imran (musim 2–3)
  • Auni Zahra sebagai Yaya (musim 1)
  • Nazzaty Rusli sebagai Farah (musim 1)
  • Syel Ramlan sebagai Mak Imran (musim 1)
  • Adam Darwisyh sebagai Abang (musim 1)
  • Syed Irfan sebagai Adik (musim 1) dan sebagai Rasyid (musim 2–3)
  • Adam Darwisyah sebagai Haziq (musim 1)
  • Nelissa Elyana sebagai Sally (musim 1)
  • Ezzrin Loy sebagai Rizal (musim 2–3)
  • Kucaimars sebagai Judo (musim 2–3)
  • Ismail Izzani sebagai Arif (musim 2–3)
  • Ben Ladin sebagai Zailan (musim 2–3)
  • Zali Rusli sebagai Asin (musim 2–3)
  • Rykarl Iskandar sebagai Adam (musim 2–3)
  • Fariz Isqandar sebagai Inspektor Fariz (musim 2–3)
  • Mizan Harry Khalifah sebagai Kasim (musim 2–3)
  • Jay Iskandar sebagai Jay (musim 2–3)
  • Aliff Idham sebagai Inspektor Aliff (musim 2–3)
  • Qaisy Rychey sebagai Afiq (musim 2–3)
  • Hadi Putra sebagai Hadi (musim 2–3)
  • Danish Zamri sebagai Asan (musim 2–3)
  • Aiman Badrul sebagai Rafie (musim 2–3)
  • Rafique Iskandar sebagai Aqil (musim 2–3)
  • Mikael Noah sebagai Afendi (musim 2–3)
  • Ade Govinda sebagai Bima (musim 2–3)
  • Aziz Harun sebagai Alif (musim 2–3)
  • Chaleeda Gilbert sebagai Rabecca (musim 2–3)
  • Thinlamphone Mahavong sebagai Ruby (musim 2–3)
  • Pach Kommouy sebagai Mary (musim 2–3)
  • Izz Ilham sebagai Minho (musim 2–3)
  • Faizal Tahir sebagai Rio Abdillah Murad (musim 2–3)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Serpihan Sayang Berikutnya
Bukan Lelaki Terhebat Bukan Puteri Lindungan Bulan
  1. ^ "Serpihan Sayang". Kepala Bergetar. Dicapai pada 1 March 2023.
  2. ^ Drama Serpihan Sayang. Myinfotaip. Dicapai 21 Februari 2023