Setelah Ku Dimiliki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Setelah Ku Dimiliki
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry
Ditulis olehRehal Nuharis
Dayang Kartinah Said
PengarahOsman Ali
Dibintangi oleh
Intan Najuwa
Zul Ariffin
Tiz Zaqyah
Zaki Azeman
Aleza Shadan
Hilal Azman
Kuza Muzani
Lia Natalia
Fahmy Reza
Rahim Omar
Adeline Tsen
Zul Helmy
Daniella Sya
Halim Radzi
Lagu pembukaanDamaikanlah nyanyian Ika Mustafa
Lagu penutupDamaikanlah nyanyian Ika Mustafa
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
(Nuansa Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal29 Oktober 2019 – 5 Disember 2019
StatusTamat
Kronologi
MengikutiLelakimu Yang Dulu
Diikuti olehAdellea Sofea

Sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Zaza Qry. Drama ini diarahkan oleh Osman Ali. Drama ini dibintangi oleh Intan Najuwa dan Zul Ariffin sebagai teraju utama.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kerana dosa silamnya, Sarrafia (Intan Najuwa) dihalau dari rumah dan dibenci oleh ibunya sendiri, Puan Sabrina (Aleza Shadan) dan telah membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarrafia bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi (Kuza Muzani) dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Cahaya Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz (Zul Ariffin) di Rumah Cahaya Azirah membuatkan hati Sarrafia berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin (Rahim Omar) yang juga pengasas Rumah Cahaya Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Cahaya Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarrafia, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarrafia mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarrafia.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarrafia bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarrafia, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui liku-liku cabaran apabila kakak tiri Sarrafia sendiri iaitu, Sarlina (Tiz Zaqyah) yang baru sahaja mendiami Rumah Cahaya Azirah, ingin memiliki Adriz dan menjadikan Adriz bapa kepada anak luar nikah yang dikandungnya. Sarrafia terpaksa merahsiakan perkahwinannya dengan Adriz daripada pengetahuan Sarlina agar kandungan kakak tirinya tidak terjejas.

Dalam masa yang sama, Sarrafia juga berusaha untuk berbaik dengan ibunya yang teramat membencinya. Dia juga berusaha merahsiakan perihal Sarlina yang sedang mengandung untuk mengelakkan dirinya semakin dibenci ibunya. Walaupun Sarrafia sering dicemuh dan dimalukan oleh Puan Sabrina, bapa tiri Sarrafia iaitu Encik Shamsul (Hilal Azman) sering menasihatkan anak tirinya supaya sering bersabar dengan sifat ibunya itu.

Adakah Sarlina berjaya merobohkan istana cinta Sarrafia yang terbina bersama Adriz? Dapatkah Sarrafia kembali berbaik dengan ibunya? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarradia dan Adriz suatu ketika dahulu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]