Setelah Terlafaznya Akad (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi drama adaptasi novel ini, lihat Setelah Terlafaznya Akad.
Setelah Terlafaznya Akad
PengarangAnna Milia
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, keluarga
PenerbitDear Novel
Tarikh penerbitan
2018
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
ISBNISBN 9789672116141

Setelah Terlafaznya Akad ialah novel 2018 oleh penulis novel Malaysia, Anna Milia terbitan Dear Novel. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2019.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan “Beres!” – Nawal. Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri.

Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Setelah Terlafaznya Akad dikeluarkan pada 2013 oleh Dear Novel. Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama bermula 17 Jun 2019 di Astro Ria, dibintangi oleh Kamal Adli dan Uqasha Senrose.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Setelah Terlafaznya Akad by Anna Mila Goodreads. Dicapai pada 13 Ferbuari 2020.
  2. ^ Drama Setelah Terlafaznya Akad My Infotaip (17 Jun 2019). Dicapai pada 17 Jun 2019.