Setia Hujung Nyawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Setia Hujung Nyawa
Poster Setia Hujung Nyawa
Dibintangi Nelydia Senrose
Amar Asyraf
Ryzal Jaafar
Talha Harith
Raja Ema
Zila Bakarin
Negara asal  Malaysia
Bilangan episod 28
Penerbitan
Tempoh siaran Isnin- Khamis 07:00 PM
Syarikat penerbitan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 24 Disember 2012 – TBA
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran.Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Nelydia Senrose melakonkan watak sebagai Ersalina dalam drama ini.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang
Sebelumnya Setia Hujung Nyawa Berikutnya
Cinta Itu Milikku (2012 – Disember 2012) Rindu Bertamu Di Abu Dhabi