Setiausaha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seorang setiausaha (Jawi: ستياءوسها) atau sekretaris[1] (Jawi: سيکريتاريس‎; serapan Belanda: secretaris "penjawat kerja urus surat")[2][3] merupakan pembantu pentadbiran terlibat dalam pengurusan pejabat sama ada dalam bidang perniagaan, atau dalam kerusi pemerintahan seperti Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Negara.

Gelaran di pejabat merujuk pada individu yang melakukan pelbagai pekerjaan pentadbiran. Setiausaha eksekutif bertanggungjawab untuk banyak perkara. Asalnya apabila terdapat hanya mesin taip setiausaha menghabiskan banyak masa menaip tulisan tangan menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini, dengan komputer, jumlah masa yang diambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai tugas lain mula dilakukan setiausaha, seperti mengawal belanjawan dan simpan kira. Mereka juga boleh menjaga butiran pengurusan untuk mengadakan persidangan peringkat tinggi atau mengatur katering untuk majlis makan tengah hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "sekretaris". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "secretaris". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "secretaris" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 160. 'secretaris' (H), orang jang djabat perkerdjahan oeroes soerat soerat.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.