Setitis Kasih Darmia (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Setitis Kasih Darmia
Drama Setitis Kasih Darmia.jpg
Poster Setitis Kasih Darmia
GenreDrama lipur lara
FormatTelevisyen
Ditulis olehShaza Talib Suriani Mohd Noor
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose
Negara asalMalaysia
Bahasabahasa Melayu
Bilangan episod14
Penerbitan
PenerbitPena Creative Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalRatu TV9
Julung kali ditayangkan di
 Malaysia
Siaran asal14 Oktober 2014 – 27 November 2014

Setitis Kasih Darmia ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Selasa dan Rabu di slot Ratu TV9 mulai 14 Oktober 2014. Drama ini juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil Naniey TJ. Diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Pena Creative Sdn Bhd. Teraju utama untuk drama ini ialah Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama

  • Zarynn Minn sebagai Haliza

Pelakon pembantu

  • Puteri Chi Chi
  • Liza Abdullah
  • Kazaruddin Saisi
  • Azizah Mahzan
  • Fauziah Nawi
  • Dato' Jalaluddin Hassan
  • Aznah Hamid

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini ialah "Semua Isi Hatimu" nyanyian 3 Suara.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Drama Pilihan Setitis Kasih Darmia Dicalonkan
Pengarah Drama Pilihan Jamal Khan Dicalonkan
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Sharnaaz Ahmad Dicalonkan
Pelakon Drama Wanita Pilihan Nelydia Senrose Dicalonkan
Hero & Heroin Pilhan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Menang
Barisan Pelakon Pilihan Setitis Kasih Darmia Dicalonkan
Penulis Skrip Pilihan Rozie Rashid, Suhana Mohd Nor & Shaza Talib Dicalonkan
Anugerah Skrin 2015 Drama Rantaian Popular (Pilihan Media Sosial) Setitis Kasih Darmia Dicalonkan