Setsubun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Perayaan Setsubun di Kuil Tokuan.


Setsubun (節分,, Perayaan Baling Kacang atau Upacara Campak Kacang) adalah suatu perayaan Jepun yang dirayakan sehari sebelum bermulanya musim bunga; hari utama perayaan ini setiap 3 Februari dipanggil Risshun.[1]

Antara kegiatan utama lazim diadakan waktu ini ialah upacara menghalau oni dari rumah; upacara ini dilakukan seorang ketua keluarga yang akan mencampak biji kacang soya panggang ke luar rumah dipercayai mampu menghalau oni-oni ini sambil meneriak "Oni wa soto! Fuku wa uchi!" (「鬼は外!福は内!」, "Oni keluar! Tuah ke mari!");[2][3] Biji-biji ini dipercayai dapat membersihkan rumah dari anasir yang tidak dikehendaki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brian Thacker (2005). The Naked Man Festival: And Other Excuses to Fly Around the World. Allen & Unwin. m/s. 61. ISBN 1-74114-399-3.
  2. ^ Foster, Michael Dylan (2015). The Book of Yokai: Mysterious Creatures of Japanese Folklore. Shinonome, Kijin (ilustrasi). University of California Press. m/s. 125. ISBN 978-0520959125.
  3. ^ Sosnoski, Daniel (1966). Introduction to Japanese culture. Charles E. Tuttle Publishing. m/s. 9. ISBN 978-0-8048-2056-1.