Seventh Son

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seventh Son
Fail:Seventh Son Poster.jpg
Theatrical release poster
PengarahSergei Bodrov
PenerbitBasil Iwanyk
Thomas Tul
Lionel Wigram
Lakon layar olehCharles Leavitt
Steven Knight
Cerita olehMatt Greenberg
BerdasarkanThe Spook's Apprentice oleh
Joseph Delaney
Dibintangi oleh
Muzik olehMarco Beltrami[1]
SinematografiNewton Thomas Sigel]
Disunting olehPaul Rubell
Syarikat
penerbitan
Legendary Pictures
Thunder Road Film
PengedarUniversal Pictures
Mula ditayangkan
31 Disember 2014 (2014-12-31)(Malaysia)
Februari 6, 2015
Tempoh tayangan
103 minutes[2]
NegaraUnited States
BahasaInggeris
Perbelanjaan$70-100 million
Pecah panggung$22 million[3]

Seventh Son(Bahasa Melayu:Anak Lelaki Ketujuh) merupakan filem fantasi Bahasa Inggeris arahan Sergei Bodrov yang berdasarkan novel The Spook's Apprentice. Filem ini dibintangi oleh Ben Barnes,Alicia Vikander dan Julianne Moore.Filem ini ditayangkan di Malaysia pada 31 Disember 2014 manakala Februari 6, 2015 di pawagam seluruh Dunia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu, sebuah kuasa durjana hampir dilepaskan yang mana perang antara kuasa luar biasa dan manusia akan berulang semula. John Gregory (Jeff Bridges) ialah seorang Spook, seorang yang bertarung dengan Kegelapan. Dia telah berjaya memenjarakan ahli sihir hebat dan kejam, Mother Malkin (Julianne Moore), berabad-abad dahulu. Malangnya, Mother Malkin telah melepaskan diri. Sebagai cara membalas dendam, Mother Malkin menyeru semua pengikutnya yang pelbagai jenis untuk menakluk dunia. Namun, hanya satu sahaja halangan yang perlu diatasi iaitu John Gregory. Dalam sebuah pertemuan berbahaya, Gregory berdepan dengan kejahatan yang sentiasa digeruni. Kini, dia hanya mempunyai masa sehingga bulan purnama untuk melatih seorang anak murid, Tom Ward (Ben Barnes) walaupun pada kebiasaannya, latihan yang diberi kepada anak murid baru mengambil masa bertahun-tahun. Nasib manusia bergantung kepada anak lelaki ketujuh kepada anak lelaki ketujuh.

Watak dan Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ben Barnes sebagai Tom Ward
  • Jeff Bridges sebagai John Gregory, the Spook
  • Julianne Moore sebagai Mother Malkin
  • Alicia Vikander sebagai Alice Deane
  • Kit Harington sebagai Billy Bradley
  • Olivia Williams sebagai Mam
  • Antje Traue sebagai Bony Lizzie
  • Djimon Hounsou

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Produksi bermula pada 19 Mac, 2012, di Vancouver, British Columbia. Pada bulan Februari 2013,Legendary Pictures bersetuju untuk memberikan $ 5 juta kepada rumah kesan visual Rhythm and Hues Studios yang muflis baru-baru ini supaya mereka menyiapkan kerja mereka.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya diumukan bahawa A. R. Rahman dan Tuomas Kantelinen akan mengubah skor untuk filem ini. Walau bagaimanapun, pada bulan Julai 2013, Rahman meninggalkan projek kerana konflik. Selepas itu, pada bulan Disember, 2013, Kantelinen telah digantikan oleh Marco Beltrami.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Marco Beltrami to replace Tuomas Kantelinen on "Seventh Son"". Film Music Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2014. Dicapai May 15, 2014. 
  2. ^ Jordan Mintzer. "'Seventh Son': Film Review". The Hollywood Reporter. Dicapai 18 December 2014. 
  3. ^ "Seventh Son (2015)". Box Office Mojo. Dicapai January 5, 2015.