Shafie Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YBhg Dr.

Shafie bin Abu Bakar
(Jawi : شافعي بن أبو بکر)
Shafie Abu Bakar.jpg
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N23 Kajang
Dalam jawatan
November 1999 – 4 Mac 2004
Didahului olehChoong Tow Chong (BN)
Digantikan olehLow Lee Leng (BN)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N26 Bangi
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 13 April 2013
Didahului olehDato' Dr. Amran Bin Kasimin (BN)
Digantikan olehUstaz Hj. Mohd Shafie Bin Ngah (PAS)
Butiran peribadi
Lahir (1942-05-27) 27 Mei 1942 (umur 78)
Paka, Dungun, Terengganu
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
HubunganBerkahwin
KediamanNo. 11, Jalan 1/3K, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Laman sesawangDr Shafie Abu Bakar

Dr. Shafie Abu Bakar adalah seorang ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan merupakan mantan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan N26 Bangi, Selangor. Beliau juga adalah bekas seorang Pensyarah dan Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum menyertai politik secara sepenuh masa.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lahir pada 27 Mei 1942 di Paka, Dungun dalam negeri Terengganu Darul Iman. Kini beliau menetap di No. 11, Jalan 1/3K, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Beliau belajar di sekolah agama di Pondok Islahiah, Kuala Berang; Sekolah Melayu Kampung Nyiur, Paka, Terengganu (1949-1955); Sekolah Arab Kuala Berang (1956-1958). Kemudian belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan lulus Ibtidai 5 dan Thanawi 9 (1958-1962).

Semasa menjadi guru Sekolah Menengah Agama di Terengganu (1963–1970) Shafie bekerja sambil belajar dan lulus Sijil Rendah Pelajaran (1964), Sijil Pelajaran Malaysia (1966) dan kemudiannya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (1969).

Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada tahun 1970, Shafie menjadi antara mahasiswa sulungnya. Semasa di UKM, beliau menjadi pengasas Persatuan Mahasiswa UKM (1970-1972). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Satu (1974). Beliau juga mendapat Diploma Pendidikan dengan Kepujian dari UKM (1975). Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Persuratan (1977) dan Doktor Falsafah UKM (1991).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula sebagai di Sekolah Menengah Arab al-Ma’arif Kampung Raja Mohamad Arif, Besut dan Sekolah Menengah Arab Sultan Ismail, Dungun.

Beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (1974-1976); Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu, UKM jurusan Falsafah Islam dan Pemikiran Melayu.

Dr Shafie Abu Bakar bersara pada 28 Mei, 1999 dan mula bergerak aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ketika itu, politik Malaysia sedang dilanda 'reformasi' ekoran dari pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ramai pensyarah dan aktivis ABIM dan PAS yang telah terjun ke dunia politik dan serta bergerak secara aktif.

Beliau adalah Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi serta Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Minat menulis timbul di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (1962) terutama dorongan daripada Ibrahim Fikri bin Mohammad, Mohd Salleh Awang dan Alias Bin Md Ali. Cerpen kanak-kanak yang disertai dalam peraduan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) gagal memenangi sebarang hadiah. Puisi “Asas Peribadi” tersiar dalam majalah Dewan Bahasa, Mac 1971.

Puisi-puisi bercorak Islam beliau pernah disiarkan di Majalah Dewan Masyarakat, Mastika, Dian, Kiblat, Al-Islam, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Kritikan tentang sastera Islam dan Islam sebagai ad-Din diterbitkan dalam pelbagai buku ilmiah. Sejak 1993, Shafie memperkenalkan Teori Takmilah - yang menekankan kepada teori sastera Islam,perspektif sastera Melayu, estetika dan pemikiran dalam sastera Melayu.

Puisi-puisi Shafie termuat dalam antologi bersama, antaranya ialah Puisi Baharu Melayu 1961-1986; Mengenang-Mu: Puisi-puisi Melayu Berunsur Islam 1933-1986; Puisi Sepanjang Zaman; Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985; Modern Malaysian Poetry dan Puisi-puisi Nusantara.

Beliau memenangi Hadiah Karya Sastera - genre puisi (1975, 1976) dan Hadiah Sastera Malaysia 1984/85.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Istilah Kesusasteraan, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, MABBIM, (1992). Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajian Melayu 1992/93, Panel Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP 1988/89, 1990/91, 1992/93. Beliau juga dilantik sebagai Panel Peraduan Novel Darul Iman anjuran Kerajaan Negeri Terengganu 1990/91, Panel Hadiah Sastera Malaysia, 1986/87, 1988/89, 1990/91, 92/93, 94/95, 96/97, 98/99.

Beliau juga pernah menganggotai Jawatankuasa “Knows Our Neighbour” kelolaan Toyota Foundation (1980-1983). Penyelaras Projek Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu dan Fakulti; Hakim Peraduan Cerpen Berunsur Islam ke-V, VI dan VII anjuran Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (kini JAKIM) pada 15 September 1982-1986.

Beliau juga pengasas Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (1978).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai calon PAS pada Pilihan raya umum Malaysia 1999 dan menang sebagai Adun Kajang (1999-2004). Beliau diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (2000-2006) ; YDP PAS Hulu Langat (2000-2003) ; YDP PAS Serdang (2000-kini) ; Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja, Peneroka Bandar dan Golongan Miskin PAS Pusat (2007-kini).

Bagaimanapun, nama beliau tidak dicalonkan oleh Parti Islam Se-Malaysia dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013 kali ini bagi mempertahankan kerusi N25 Bangi, tetapi diganti oleh seorang lagi tokoh Selangor yang hebat, Ustaz Mohd Shafie Bin Ngah

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Selangor: N23 Kajang[1]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
1999 Dr Shafie Abu Bakar (PAS) 10,922 % Choong Tow Chong (MCA) 10,885 %
Dewan Undangan Negeri Selangor: N26 Bangi[1]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
2004 Dr. Shafie Abu Bakar (PAS) 8,855 % Amran Bin Kasimin (UMNO) 12,563 %
2008 Dr. Shafie Abu Bakar (PAS) 17,201 59.7% Mohd Fathil Bin Daud (UMNO) 11,009 38.2%

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Puisi-puisi Bangi (antologi bersama). Bangi: Grupemuisi Universiti Kebangsaan Malaysia, 1978
  2. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama). Kuala Lumpur:DBP , 1981
  3. Titian Zaman (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP, 1982
  4. Bahasa Alam (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984
  5. Bintang Mengerdip (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP, 1984
  6. Bunga Gerimis (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986
  7. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP, 1985
  8. Mengenang-Mu: Puisi-puisi Melayu Berunsur Islam (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP, 1989
  9. Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP, 1990
  10. Wajah Diri. Kuala Lumpur: DBP, 1995
  11. Puncak Rindu. Bangi: UKM, 1996
  12. Madu Ilmu. Jabatan Persuratan Melayu. Bangi: UKM, 1999
  13. Bangi Bandar Ilmu. Bangi: Sekretariat Bangi Bandar Ilmu. 2012
  14. Gagasan Bangi. Bangi: Sekretariat Bangi Bandar Ilmu. 2012

Kajian sastera[sunting | sunting sumber]

  1. Kesusasteraan Melayu dan Islam (antologi bersama). Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1980
  2. Kesusasteraan dan Etika Islam (antologi bersama). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981
  3. Pemikiran Islam Kini (antologi bersama). Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1983
  4. Bahasa dan Sastera Nusantara (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP, 1984
  5. Pertemuan Dunia Melayu 82 (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP, 1987
  6. Shafie Abu Bakar dan Mohamad Anwar Omar Din, 1997 Peradaban Melayu. Jabatan Persuratan Melayu ,UKM. [2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 30 Mei 2010.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ Shafie Abu Bakar Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia 25 Nov 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]