Shaftesbury Avenue

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shaftesbury Avenue pada suatu awal pagi Sabtu
Shaftesbury Avenue dari Piccadilly Circus pada 1949

Shaftesbury Avenue ialah sebuah jalan utama di London, England, dinamakan sempena Anthony Ashley Cooper, Earl Shaftesbury ke-7, yang memanjang dari arah timur laut dari Piccadilly Circus ke New Oxford Street, menyeberangi Charing Cross Road di Cambridge Circus.

Shaftesbury Avenue dibina pada akhir abad ke-19 (1877–86) oleh arkitek George Vulliamy, dan jurutera Sir Joseph Bazalgette[1][2] bagi memberikan trafik laluan utama utara-selatan melalui daerah sesak St. Giles dan Soho. Ia juga merupakan sebahagian langkah membersihkan kawasan miskin, bagi menolak pekerja miskin keluar daripada pusat bandar sungguhpun pembinaan jalan terlewat oleh perundangan yang memerlukan penduduk yang dipindahkan ditempatkan semula, namun kesesakan masih ada. Peta Kemiskinan Charles Booth menunjukkan sifat kawasan kejiranan tidak lama selepas Shaftesbury Avenue dibuka. Ia juga dianggap sebagai pusat daerah teater West End di London, dengan teater Lyric, Apollo, Gielgud dan Queen's dikelompokkan sama di bahagian utara jalan di antara Piccadilly Circus dan Charing Cross Road. Di persimpangan Shaftesbury Avenue dan Charing Cross Road ada juga Palace Theatre yang besar. Akhir sekali, hujung timur laut jalan mempunyai satu lagi teater besar, digelar Shaftesbury Theatre.

Saville Theatre pernah berada di Shaftesbury Avenue, tetapi kini menjadi Odeon Covent Garden, sebuah pawagam. Satu lagi pawagam, Curzon, terletak di tengah-tengah Avenue.

Shaftesbury Avenue juga adalah permulaan Pekan Cina London. Bilangan perniagaan Cina di Avenue telah bertambah dan di aras bumi sahaja pada Ogos 2007, ada 2 perkhidmatan perubatan tradisional Cina, 5 restoran Cina, 3 pasar raya Cina, 3 ejen pelancongan Cina, 2 kedai telefon bimbit Cina, 1 kedai kek Cina, 2 salun rambut Cina, 1 penjual ikan Cina, 1 wakil penjual akhbar Cina, 1 biro tukar wang Cina dan 3 bank Cina[3].

Pada waktu petang, artis jalan berkumpul di laluan jalan kaki di luar bank NatWest di Piccadilly di hujung Avenue dan menghasilkan potret untuk para pelancong.[4].

Shaftesbury Avenue adalah tempat kelahiran Cat Stevens.

Shaftesbury Avenue adalah sebuah lokasi filem untuk Harry Potter and the Deathly Hallows (filem).

Shaftesbury Avenue disebut dalam lagu Wild West End dari Dire Straits.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°30′43″N 0°07′55″W / 51.512°N 0.132°W / 51.512; -0.132