Shah Radhi Hazvee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shah Radhi Hazvee
Kelahiran
Muhammad Shah Radhi bin Hazvee

(1996-07-31) 31 Julai 1996 (umur 27)
Warganegara Malaysia
Nama lainShah Radhi, Shah Hazvee
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2017–kini
EjenRadius One

Muhammad Shah Radhi Hazvee (lahir 31 Julai 1996) atau lebih dikenali sebagai Shah Radhi adalah merupakan seorang pelakon dan model lelaki di Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas setahun berkhidmat di belakang tabir, beliau mendapat peluang daripada pengarah Osman Ali untuk membintangi filem pertamanya berjudul Pinjamkan Hatiku. Beliau meletakkan perancangan lima tahun untuk mendapat tempat dan mengukuhkan nama dalam bidang seni. Beliau juga terbuka menerima apa-apa tawaran watak meskipun sebagai pelakon tambahan. Prinsip itu mahu dipegang sekalipun sudah menempa nama besar suatu hari nanti. Baginya setiap pekerjaan yang kunjung tiba adalah rezeki dan mahu membuktikan keupayaan bakat yang dimiliki dengan menerima watak yang pelbagai, termasuk yang berat dan mencabar. Walaupun tidak mempunyai asas dalam seni lakonan namun beliau tidak menganggap ia sebagai batu penghalang untuk memperoleh kejayaan kerana yakin mampu menggapai sesuatu suatu hari nanti.

Beliau ingin mengutip ilmu menerusi kelas lakonan dan mahu berguru dengan pelakon Wan Hanafi Su yang cukup disanjunginya. Namun kerana tidak mampu daripada segi kewangan, buat masa ini Shah hanya meraih pengalaman ketika berada di set penggambaran. Beliau menggunakan pendekatan memerhatikan bagaimana para pelakon lain menjayakan peranan melalui gerak tubuh dan teknik yang digunakan. Mengakui gaya lakonannya pernah dikatakan mirip pelakon Zul Huzaimy, lalu mula menyerlahkan pembawakan watak menggunakan sisi asli meskipun masih menyandarkan pelakon tertentu sebagai rujukan.

Penglibatannya dalam lakonan setakat ini menerusi antaranya, telefilem Hanya Segenggam Setia dan Imamkan Aku di TV3 dan telenovela Monalisa di saluran Astro Prima. Beliau bakal muncul dalam filem 8belas. Sebelum ini beliau juga pernah mengacarakan rancangan Chic ‘N’ Elegen di saluran TV2.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu pub halal[sunting | sunting sumber]

Nama Shah Radhi mulai hangat diperkatakan apabila beliau mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dia ingin membuka sebuah pub halal untuk dijadikan tempat lepak anak muda. Rata-rata netizen di media sosial mengecam tindakannya itu, namun beliau membidas semula kecaman tersebut dengan mengatakan mereka tidak perlu menjadi Tuhan untuk terus menjatuhkan hukum diatas tindakannya itu. Ini kerana beliau tidak akan melayan kecaman tersebut dan tetap akan meneruskan impiannya itu.[2]

Isu bawa lari isteri orang[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2020, nama Shah Hazvee kembali hangat diperkatakan apabila beliau diberkas polis apabila dikhabarkan beliau telah didakwa telah memikat dan membawa lari seorang wanita yang masih berstatus sebagai isteri orang dengan bertujuan untuk mengajak wanita tersebut melakukan hubungan seks bersamanya. Namun berita tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Shah Hazvee dan pengurusnya, Leana Sharif. Bagaimanapun, kemudian beliau akhirnya dibebaskan setelah beliau mengaku tidak bersalah diatas tuduhan tersebut. Kes masih dalam perbicaraan. Mengaku tak bersalah tak semestinya keputusan Mahkamah! Hidup atas kesenangan orang lain tiada keberkatan selamanya. [3]

Isu Pengurniaan gelaran "Datuk" dari Negeri Perak Diragui[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2020, terdapat satu portal berita hiburan online telah melaporkan tentang seorang pelakon yang baru berusia 20 tahun telah mendapat gelaran ‘Datuk’.

Pelakon bernama Shah Hazvee mengakui pernah dianugerahkan Darjah Kurnia Setia Diraja Perak (DKSD) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2016.

Menurutnya, beliau tiada niat untuk merahsiakan perkara terbabit selama ini, kerana tiada kepentingan untuk kongsikannya kepada umum.

Bagaimanapun ia sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan netizen dan menjadi bahan bualan ramai di media sosial

Ini kerana Pihak Istana Perak tidak pernah mengeluarkan Pingat seperti yang dikatakan. Malah faktor umur beliau juga turut diragui untuk melayakkan beliau mendapat gelaran tersebut. [4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Imamkan Aku (2017)
  • Hanya Segenggam Setia (2018)
  • Isteri kau, Isteri ku Jua (2020)
  • Kerana Aku Cinta Wanita Mu (2020)
  • Lelaki Keparat Itu Aku (2020)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ardini Sophia Sina (18 Julai 2018). “Tak memilih watak...” Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  2. ^ Qarami Hashim (9 April 2019) “Jangan nak jadi Tuhan, cepat jatuh hukum” - Shah Hazvee pertahan idea buka pub halal mStar Online. Dicapai pada 9 April 2019.
  3. ^ Zulaikha Yusof (28 Mei 2020) "Shah Hazvee larikan iteri orang itu adalah tidak benar dan bercanggah" - pengurus Astro Gempak.
  4. ^ Farizan Zainal (14 Disember 2020)[1] Roti Kaya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]