Shahanim Mohamad Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shahanim Mohd Yusof)
Dato'

Shahanim Mohamad Yusoff

D.S.D.K., S.D.K., A.M.K., B.K.M., B.C.M., J.P. (Kedah)
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani
Dalam jawatan
2018 – Kini
Butiran peribadi
Lahir (1973-01-04) 4 Januari 1973 (umur 51)
Sungai Petani, Kedah
Parti politikBN Barisan Nasional - UMNO
PasanganSharizan Salleh
Anak-anakNurul Shafiqah, Nurul Shazlieyana, Mohamad Shafiq Aiman & Mohamad Shahir Imran
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan

Dato' Shahanim Binti Mohamad Yusoff merupakan ahli politik UMNO dan pada November 2022 beliau terpilih untuk bertanding bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mewakili kerusi P.015 Parlimen Sungai Petani dan merupakan calon Barisan Nasional Negeri Kedah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahun Institusi Kursus
2004–2007 Unversiti Utara Malaysia Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Dengan Kepujian)
1989–1990 Sek. Men. Teknik, Alor Setar, Kedah Darul Aman SPM
1986–1988 Sek Men. Father Barres Convent, Sg Petani, Kedah Darul Aman SRP
1980–1985 Sek. Ren. Keb. Syed Jan Al-Jeffri, Sg Petani, Kedah Darul Aman Penilaian Darjah 5

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001. Kemudian beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Antara tugasannya ialah memasar dana amanah, pinjaman peribadi dan insurans.

Pada 2004 meletakkan jawatan sebagai pegawai bank di Maybank Finance dan menjadi usahawan stesen minyak Petronas di Pulau Pinang bagi membuka peluang untuk giat aktif dalam kegiatan politik. Penglibatan beliau dalam UMNO bermula sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani dari Julai 2001 hingga September 2004 dan dilantik dan beliau dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah oleh Menteri Besar Kedah Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah dari Oktober 2004 hingga Mac 2009. Memegang jawatan tersebut sehingga memenangi jawatan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO Pusat dari tahun 2004 hinggga 2009.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Shahanim Mohamad Yusoff
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2018 P15 Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff BN (UMNO) 23,963 Johari Abdul PH (Keadilan) 45,532 21,569
Sharir Long PAS 22,760
Sritharan Pichathu PRM 279

Karier politik[sunting | sunting sumber]

  • 2018 – Kini

Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani

  • Oktober 2013 – 2018

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani

  • Mei 2014 – 2018

Ahli Dewan Negara

  • Mac 2009 – September 2013

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

  • Oktober 2004 – Mac 2009

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah

  • September 2004 – Mac 2008

Ahli Jawatankuasa (EXCO) Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

  • September 2004 – Mac 2008

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (Mewakili Puteri UMNO)

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran engeri[sunting | sunting sumber]

  •  Kedah
    • Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' (2017)
    • Darjah Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) - 2015
    • Jaksa Pendamai (J.P.) - 2008
    • Bintang Cemerlang Masyarakat (B.C.M.) - 2007
    • Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) - 2005
    • Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.) - 2003

Rujukan[sunting | sunting sumber]