Pergi ke kandungan

Shahaniza Shamsuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shahaniza Shamsuddin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Dalam jawatan
23 Mei 2018[1]  14 Oktober 2022
PortfolioKebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga
Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail
Ahli Dewan Negeri Pahang
bagi Kuala Sentul
Dalam jawatan
8 Mac 2008  14 Oktober 2022[2]
Didahului oleh Rosni Zahari
Digantikan oleh Jasri Jamaludin
Majoriti2,039 (PRU-14)
3,293 (PRU-13)
2,697 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir (1970-01-05) 5 Januari 1970 (umur 56)
Mentakab, Pahang
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganAnan Muhammad
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia (LLB)
Bidang pengkhususanPeguam

Shahaniza Haji Shamsuddin (lahir 5 Januari 1970) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Pahang (2013-2018) dan mantan ADUN Kuala Sentul selama tiga penggal (2008-2022). Di peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Maran[3].

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Sekara, Chenor, Pahang. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, beliau diterima belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Seterusnya belajar di Kolej Islam Klang. Setelah menamatkan pengajian martikulasi undang-undang di UKM, Bangi, diterima sebagai pelajar di fakulti undang-undang di UKM, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Kelas Dua Atas pada 1993.

Shahaniza Samsuddin diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 9 April 1994 dan pada tahun berikutnya memperolehi Sijil Amalan Peguam Syarie Negeri Pahang.

Penglibatan politik

[sunting | sunting sumber]

Bakat kepimpinan dan pendidikan yang diterimanya membolehkan beliau terlibat dalam Puteri UMNO sejak awal penubuhan dan merupakan Ketua Puteri UMNO Pahang yang pertama sehingga 2004. Kini dilantik sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding untuk kerusi N25 DUN Kuala Sentul, Pahang dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5420 undi dengan mengalahkan lawan Bostamin Bakar (PKR) (2723 undi).

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P086 Maran Shahaniza Shamsuddin (UMNO) 17,779 43.27% Ismail Abd Muttalib (PAS) 19,600 47.70% 41,665 1,821 78.42%
Ahmad Shuhor Awang (AMANAH) 3,547 8.63%
Muhamad Hafiz Al-Hafiz (Bebas) 166 0.40%
Dewan Undangan Negeri Pahang
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 N25 Kuala Sentul Shahaniza Shamsuddin (UMNO) 5,420 66.56% Bostamin Bakar (PKR) 2,723 33.44% 8,369 2,697 76.77%
2013 Shahaniza Shamsuddin (UMNO) 6,901 65.67% Mohamad Razali Ithnain (PKR) 3,608 34.33% 10,738 3,293 84.10%
2018 Shahaniza Shamsuddin (UMNO) 5,541 53.58% Fazil Azmi Nadzri (PAS) 3,502 33.86% 10,564 2,039 79.10%
Bostamin Bakar (PKR) 1,299 12.56%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]