Shaharom TM Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shaharom TM Sulaiman merupakan seorang pengarang Malaysia yang berasal dari Pekan, Pahang. Dilahirkan pada 23 April 1962. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Perpustakaan dan Maklumat, Diploma Pemikiran Islam dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat. Bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepustakawanan. Beliau pernah bertugas sebagai pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia selama 10 tahun.

Beliau merupakan penyumbang aktif kepada jurnal PEMIKIR, jurnal Akademik, akhbar-akhbar perdana dan majalah tempatan. Beliau ialah kolumnis ruangan "Melayar Buku" majalah mingguan MASSA terbitan Kumpulan Utusan Melayu, kolumnis majalah MINDA, kolumnis majalah Novel (1997-2002) dari penyumbang utama ruangan "Dunia Buku" akhbar Utusan Malaysia. Setakat ini beliau telah pun menulis sembilan buah buku, iaitu Pembacaan dan Peningkatan Budaya Ilmu (1996); Kepustakawanan dalam Pelbagai Perspektif ( 1996) ; Pengurusan Islam dan Pembangunan Manusia (1997); Islam dalam Pelbagai Perspektif: Refleksi Pustakawan Tentang Islam (1997); Realiti dan Ilusi Kehidupan Maya dalam Era Siber (2001); Cabaran Dunia Pengurusan: Wacana Pengurusan Menyongsong Abad ke-21 (2001); Keanehan dan Keunggulan Buku (2002); Terorisme Global dan Pengganas Agama: Cabaran Kehidupan Beragama pada Alaf Baru (2002) dan Kedurjanaan Siber: Realiti dan Ilusi Kehidupan Menyongsong Masa Hadapan (2004). Esei beliau bertajuk "Potensi Masa Depan Sastera Siber" telah memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001 bagi kategori rencana sastera.

Dalam bidang dunia perbukuan, beliau pemah terlibat sebagai panel penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Ketua Jemaah Hakim penilai Anugerah NlLAM dan Anugerah Tokoh Pembaca Kebangsaan 2003 dan 2004 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau sering diundang untuk mengendalikan bengkel dan seminar tentang penghayatan budaya membaca, dunia penulisan serta menjadi konsultan kepada beberapa buah organisasi penerbitan. Selain itu, beliau juga merupakan panel pengulas segmen Iqra'. Selamat Pagi Malaysia, RTM dan Panel Pemilihan karya Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. (ITNM). Beliau telah dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang (P.K.C.) oleh DYMM Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda yang ke-69 atas sumbangan beliau dalam dunia penulisan.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Perpustakaan dan pusat sumber : dinamisme dan relevensi :Goal Intelligent Publishing, 2007.
  2. Kedurjanaan siber : ilusi dan realiti dalam menyongsong kehidupan masa hadapan : Utusan Publications & Distributors, 2004.
  3. Kedurjanaan Siber 2:Utusan Pub. & Dis., 2004.
  4. Ada apa dengan buku:: Utusan Publications & Distributors. : 2004.
  5. Buku Kekasih : Utusan & Publications, 2004.
  6. Keanehan dan keunggulan buku:Utusan Publications & Distributors, 2002.
  7. Pengurusan Islam dan pembangunan manusia / Shaharom Tm Sulaiman :Thinker's Library, 1999.
  8. Kepustakawanan dalam pelbagai perspektif / Shaharom TM Sulaiman & Wan Ab. Kadir Wan Dollah :Thinker's Library, 1997.
  9. Islam dalam pelbagai perspektif : refleksi pustakawan tentang Islam :Thinker's Library, 1997.
  10. Pembacaan dan peningkatan budaya ilmu :Thinker's Library, 1996.
  11. Buku Dan Pendidikan - Kearah Penghayatan Membaca
  12. Jurnal Pengurusan Pengetahuan
  13. Terorisme Global Dan Pengganas Agama
  14. Pesona Buku : Pekan Ilmu Publications ,2013
  15. Biblioholism : ITBM
  16. Dunia Pemikian Intelektual : ITBM

Pautan luar[sunting | sunting sumber]