Shahbudin Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shahbudin Husin (40-an) merupakan seorang wartawan dan penulis dua buah buku politik semasa di Malaysia.Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dan AJK UMNO bahagian Wangsa Maju. Pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju serta AJK Pemuda UMNO Negeri WP. Telah menghasilkan empat buah buku poliitik iaitu Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib, Asalkan Bukan Najib dan yang terbaru pada Jun 2013 iaitu Najib Gagal.

Najib Perdana Menteri Terakhir[sunting | sunting sumber]

Buku 'Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...' ini cuba menegur pentadbiran Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak agar lebih bersedia menghadapi PRU13. Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri mestilah membawa perubahan di dalam UMNO dan negara Malaysia.

Buku setebal 300 halaman ini terdiri daripada 25 bab.Antara tajuk yang menarik ialah Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan ‘Fighter’.

Kesilapan Najib[sunting | sunting sumber]

Buku 'Kesilapan2 Najib' merupakan buku politik kedua yang dihasilkannya. Buku ini setebal 267 halaman , menggesa Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak wajar berundur sebelum PRU13. Shahbudin menggariskan 19 kesilapan utama Najib dan menjejaskan peluang mendapat majoriti dua pertiga di parlimen. Sekiranya 2/3 gagal dicapai, pasti akan timbul suara mendesak beliau berundur.

Antara tajuk menarik dalam buku ini ialah "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".

Tajuk-tajuk lain ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".

Shahbudin Husin turut menyatakan bahawa sebenarnya Najib masih boleh menang besar sebagaimana kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar. Najib perlukan berubah dan berkorban demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua.[1]

Asalkan Bukan Najib[sunting | sunting sumber]

Buku 'Asalkan Bukan Najib' merupakan buku politik ketiga yang dihasilkan oleh penulis. Tulisannya setebal 260 halaman ini memuatkan pelbagai tajuk yang menarik. Buku ini antara suatu analisis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Pasca PRU 13.

"Najib dan UMNO juga tidak lagi terbuka kepada teguran. Banyak pihak yang memandang remeh, diketepi, dianggap musuh malah diminta berhenti sebagai ahli UMNO. UMNO sudah menjadi kelab eksklusif yang hanya terbuka kepada pak anggu, penagih projek dan pengejar takhta sahaja"[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku: Najib perlu undur sebelum PRU, korban selamatkan Umno-BN
  2. ^ Husin, Shahbudin. Asalkan Bukan Najib.  Selangor: Special One Publication, 2012.