Shahida Azad Jamaludin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shahida Azad Jamaludin
Shahida sebagai penyampai Buletin Utama pada 24 Mac 2009.
Kelahiran1982 (umur 41–42)
PekerjaanPenyampai berita, penerbit televisyen
Tahun aktif2004–kini

Shahida Azad binti Jamaluddin (lahir 1982) ialah seorang penyampai berita dan penolong penerbit di Malaysia. Beliau ialah salah seorang penyampai "latihan" untuk Buletin Utama dan rancangan berita lain di TV3 seperti Berita Terkini, Buletin Pagi dan Buletin 1.30. Beliau yang mesra dengan panggilan Shai menyertai TV3 pada tahun 2007 dan sebelum itu pernah menyampai program berita TwentyHundred di 8TV yang juga anak syarikat Kumpulan Media Prima Berhad. Beliau juga bekerja bersama kumpulan produksi untuk mengendalikan Anugerah Industri Muzik (AIM), Malaysian Idol, menjadi penolong penerbitan untuk Malaysia's Most Beautiful dan What Women Want. Selain penyampai berita, beliau juga bertugas sebagai Eksekutif Jenama Media Prim Berhad iaitu anak syarikat Kumpulan Media Prima Berhad yang merupakan jawatan terakhir beliau.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan Penjenamaan Digital di Suria FM sejak 2017.[1].

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shai anak kepada Datuk Jamaluddin Khalid dan Datin Posiah Abu Bakar. Adik beliau ialah Syahira Az.

Shai merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Shahida_Azad_Jamaludin

Pautan luar[sunting | sunting sumber]