Pergi ke kandungan

Shahidan Izwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shahidan Izwan
Kelahiran
Ahmad Shahidan Izwan bin Mohd Ali

(1997-01-02) 2 Januari 1997 (umur 28)
Nama lainIwang Ali, Idan
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian188 cm (6 ka 2 in)

Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali (lahir 2 Januari 1997) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai model pada tahun 2016. Beliau memegang watak sebagai Damien dalam drama Surat Dari Tuhan (2023) dan banyak drama lagi. Akan datang filem Telaga Suriram (2025) di seluruh pawagam di Malaysia, Shahidan Izwan memegang watak Kasa dalam filem tersebut.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Shahidan Izwan dilahirkan pada Hari Khamis, 2 Januari 1997 Masihi bersamaan 22 Syaaban 1417 Hijriah di Tronoh, Perak dan merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Abang sulong bernama Muhammad Sharill bin Mohd Ali dilahirkan pada Hari Selasa, 7 Februari 1995 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 1415 Hijriah di Tronoh, Perak.

Beliau memulakan kerjaya sebagai model sambilan.

Awal perjalanan sebagai pelakon bermula pada tahun 2016 ketika dia mendaftarkan diri dalam kelas lakonan di bawah agensi Norah Talent Agency.

Kariernya bersambung dengan penampilan dalam drama-drama Melayu dan mengambil peranan sebagai pelakon tambahan, sambil terlibat dalam video Vine, YouTube dan Instagram.

Pada tahun 2019, beliau dinamakan sebagai Mister Talented dalam pertandingan mencari bakat Mister Planet Nation Malaysia 2019 (MPM 2019).

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Munafik Hantu Filem pertama
2018 Munafik 2
2025 Telaga Suriram Kasa
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 7 Hari Mencintaiku 2 Sharif TV3 Drama pertama
2021 Kanvas
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Aidil
Isteri Halal Aqil Astro Ria
Bukan Cinta Sempurna Rafael Matin
Kalis Peluru Konstabel Aqil TV1
Surat Dari Tuhan Damien TV3
2024 Dia Dari Syurga Tengku Mazli TV1
Barajiwa Addin DEGUP

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2018–2019 Ghaib Tonton Drama web pertama
2023 Perempuan Itu Rafiuddin
2024 Andartu Kosmopolitan Tengku Jefri Viu
Satu Hari Nanti Arman IQIYI

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Tersimpang Ke Alam Bunian Lan Astro Citra Telefilem pertama
2021 Sihir Pemisah
2023 Perindu Senja Nizam TV3

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]