Shahidan Kassim
Shahidan Kassim | |
|---|---|
| شهيدان بن قاسم | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P3 Arau, Perlis | |
| Menyandang jawatan 24 Jun 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | 0 |
| Kawasan pilihan raya | P3 Arau, Perlis |
| Majoriti | 23,216 (PRU-15) 4,856 (PRU-14) 1,371 (PRU-13) |
| Dalam jawatan 1986–1995 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Kawasan pilihan raya | P3 Arau, Perlis |
| Majoriti | 7,794 (PRU-8), 7,065 (PRU-7) |
| Menteri Wilayah Persekutuan | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Pengerusi PRIMA Malaysia | |
| Dalam jawatan 20 Oktober 2020 – 29 Ogos 2021 | |
| Digantikan oleh | Fathul Bari Mat Jahya |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Menteri Besar Perlis ke-7 | |
| Ahli Dewan Undangan bagi P3 Arau, Perlis | |
| Dalam jawatan 6 Mei 1995 – 13 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Kawasan pilihan raya | P3 Arau, Perlis |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Tambun Tulang | |
| Dalam jawatan 1995–2013 | |
| Didahului oleh | kawasan baru |
| Digantikan oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 17 Jun 1951 Tambun Tulang, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu, (kini Malaysia) |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | YBhg. Datin Seri Dato' Hajah Shamsiah binti Muhammad Yassin |
| Pertalian | |
| Kediaman | Tambung Tualang, Perlis |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim (lahir 17 Jun 1951) Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau dan sebagai bekas Menteri Wilayah Persekutuan.
Pernah juga memegang beberapa jawatan utama kerajaan termasuk Menteri Besar Perlis serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sejak Mei 2020, beliau merupakan Pengerusi Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC). Shahidan turut aktif dalam pengurusan sukan dan pernah menerajui beberapa persatuan sukan kebangsaan.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Shahidan dilahirkan di Tambun Tulang, Perlis pada 17 Jun 1951. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sejarah dari Universiti Malaya. Shahidan kemudian mengikuti pengajian dalam bidang Pengajian Pembangunan di Institute of Social Studies, The Hague, Belanda. Pada tahun 2006, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah oleh Universiti Utara Malaysia.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Shahidan menyertai politik melalui UMNO dan pada tahun 1995 dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Arau. Beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perlis dan seterusnya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat persekutuan, beliau juga pernah memegang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Shahidan bertanding atas tiket Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Arau dan memenanginya dengan 16,547 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan Abd Rahman Daud yang memperoleh 11,691 undi, memberikan majoriti sebanyak 4,856 undi.
Jawatan lain
[sunting | sunting sumber]Shahidan pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Pengerusi Yayasan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Dalam bidang sukan, beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya:
- Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA)
- Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)
- Presiden Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM)
- Presiden Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM)
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Dalam waktu lapang, Shahidan dilaporkan meminati aktiviti lasak seperti mendaki bukit, bermain jet ski dan badminton. Beliau juga mempunyai minat dalam bidang ternakan.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pengambilan tanah Kampung Sungai Baru (2021)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2021, ketika Shahidan berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, pewartaan pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) telah diluluskan. Pada tahun 2025, penjelasan di Dewan Rakyat menyatakan bahawa pewartaan Seksyen 4 dan Seksyen 8 akta tersebut pada 18 dan 21 Jun 2021 dibuat dalam tempoh tiga hari.[1]
Shahidan dilaporkan mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Wilayah Persekutuan pada 9 September 2020 yang mempertimbangkan permohonan awal berhubung pengambilan tanah tersebut sebelum proses itu diteruskan ke peringkat seterusnya.[1]
Anugerah Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Setia Mahkota Perlis (SPMP) Negeri Perlis (1995)
- Seri Sultan Ahmad Shah (SSAP) Negeri Pahang (1995)
- Ahli Mahkota Perlis (AM) Negeri Perlis (1980)
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Utara Malaysia (2006)
- Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan Institute of Social Studies Holland (1985)
- Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dan Sejarah UM (1973)
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra
- Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad
- Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1986 | P002 Arau | Shahidan Kassim (UMNO) | 18,156 | 62.08% | Tengku Abdul Rahman (PAS) | 11,091 | 37.92% | 30,077 | 7,065 | 74.61% | ||
| 1990 | Shahidan Kassim (UMNO) | 20,948 | 61.43% | Khalid Abdul Samad (PAS) | 13,154 | 38.57% | 35,196 | 7,794 | 77.42% | |||
| 2013 | P003 Arau | Shahidan Kassim (UMNO) | 19,376 | 51.28% | Haron Din (PAS) | 18,005 | 47.65% | 38,439 | 1,371 | 87.61% | ||
| Zainudin Yom (BEBAS) | 406 | 1.08% | ||||||||||
| 2018 | Shahidan Kassim (UMNO) | 16,547 | 41.79% | Abd Rahman Daud (PPBM) | 11,691 | 29.52% | 40,433 | 4,856 | 83.91% | |||
| Hashim Jasin (PAS) | 11,362 | 28.69% | ||||||||||
| 2022 | Shahidan Kassim (PAS) | 31,458 | 67.23% | Rozabil Abd Rahman (UMNO) | 8,242 | 17.62% | 47,604 | 23,216 | 76.86% | |||
| Fathin Amelina Fazlie (PKR) | 7,089 | 15.15% | ||||||||||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | N12 Tambun Tulang | Shahidan Kassim (UMNO) | 3,777 | 69.46% | Alias Othman (S46) | 1,661 | 30.54% | 5,579 | 2,116 | 77.40% | ||
| 1999 | Shahidan Kassim (UMNO) | 3,464 | 57.25% | Ismail Ahmad (PAS) | 2,587 | 42.75% | 6,177 | 877 | 82.72% | |||
| 2004 | Shahidan Kassim (UMNO) | 4,422 | 62.26% | Haron Din (PAS) | 2,680 | 37.74% | 7,208 | 1,742 | 85.33% | |||
| 2008 | Shahidan Kassim (UMNO) | 4,371 | 64.93% | Che Nordin Che Ahmad (PAS) | 2,361 | 35.07% | 6,872 | 2,010 | 79.14% | |||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Muhammad Yusri Muzamir (9 Oktober 2025). "Pengambilan tanah Kampung Sungai Baru dibuat secara tergesa-gesa". Berita Harian.
- 1 2 "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 2 February 2010. Percentage figures based on total turnout.
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Ahli Mahkota Perlis
- Kelahiran 1951
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Adik-beradik ahli politik Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Besar Perlis
- Orang dari Perlis
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Muslim Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis ke-9
- Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
- Menteri Besar daripada UMNO
- Alumni Universiti Malaya
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia


