Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Sektor Awam di Accenture .

1MDB yang ditubuhkan pada 2009 adalah hasil transformasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dijadikan dana kerajaan Pusat. Sebelum ini, TIA beroperasi sebagai entiti kerajaan negeri Terengganu.1MDB memainkan peranan memacu inisiatif strategik untuk pembangunan ekonomi mampan jangka panjang dan menggalakkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) ke dalam negara Malaysia. Shahrol Azral menafikan tuduhan bahawa 1MDB menggunakan wang royalti Terengganu. Sebaliknya, beliau berkata, 1MDB mendapat dana melalui jaminan bon Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5 bilion.[1]

Pada 2011, Pengerusi PAC Dato Azmi Khalid memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Parlimen menerima surat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta jawatankuasa PAC menyiasat pinjaman yang diberi oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat PetroSaudi International Limited sebanyak RM3.5 billion.[2] [3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]