Shahrulnizam Mustapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shahrulnizam Mustapa
Ketika aksi Piala FA 2012
Maklumat peribadi
Nama penuhShahrulnizam bin Mustapa
Tarikh lahir (1981-04-02) 2 April 1981 (umur 38)
Tempat lahirNegeri PerakIpoh, Perak, MalaysiaMalaysia
Ketinggian1.73 m (5 ka 8+18 in)
Posisi permainanTengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniNegeri PerakPerak FA
Nombor8
Kerjaya remaja
1999Negeri PerakPerak Lintau
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1999-2000
2001
2002-2008
2009-2010
2011-kini
Negeri PerakPerak
Negeri SembilanPDRM
Negeri PerakPerak
KedahKedah
Negeri PerakPerak
Pasukan kebangsaan
1999-2004
2001-2008
Malaysia Malaysia B-23
Malaysia Malaysia
24 (20)
22 (9)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 30 Ogos, 2008.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 31 Ogos, 2008

Shahrulnizam Mustapha merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi sebagai pemain tengah untuk Perak FA. Untuk tahun 2011, beliau kembali ke pangkuan pasukan negerinya, Perak FA, setelah persembahan cemerlang bersama Kedah. Beliau dikenali menerusi peranan beliau sebagai kepten untuk dua pasukan iaitu, Kedah (2009-2010) dan Perak (2011-kini).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya bola sepak beliau bermula menerusi kelab di negeri kelahiranya, Perak Lintau FC. Hasil kegigihan beliu, pihak pengurusan menerima beliau sebagai pemian skuad Piala Presiden pada 1999. Aksi beliau bersama skuad itu menyebabkan beliau terus menyertai pasukan senior negeri dalam mengharungi cabaran Liga Malaysia.

Selepas tiga tahun bersama skuad negeri, beliau menerima tawaran beraksi untuk pasukan PDRM. Aksi beliau kurang menyerlah menyebabkan beliau kembali semula ke pasukan asalnya.

Beliau kini berkasi lebih lama bersama pasukan negerinya. Selama enam tahun (2002-2008) bersama, beliau berjaya memperoleh kejayaan yang manis bersama Perak. Antaranya, memenangi Liga Perdana 1 sebanyak dua kali berturut-turut dan berjaya membawa Perak ke separuh akhir Piala Malaysia dua tahun berturut-turut. Dipertengahan tahun bersama Perak, beliau berjaya membawa Piala FA pada 2004 dan Piala Sumbangsih pada 2005. Selain itu, beliau turut menbawa Perak mara ke suku akhir saingan Piala AFC 2004 dan 2005. Namun, diakhir karier bersama Perak, tidak banyak yang mampu dilakukannya. Akibat daripada itu, beliau membuat keputusan beraksi bersama Kedah.

Bersama Rezal Zambry Yahya ketika sidang media Piala FA 2010

Ketika bersama Kedah, tidak banyak yang boleh dibanggakan. Namun, memasuki Kedah yang tidak dibimbing oleh Azraai Khor Abdullah ketika itu, amat sukar. Beliau berjaya membawa pasukan mara ke perlawanan akhir Piala FA 2010, namun tewas kepada Negeri Sembilan. Atas faktor usia dan tawaran yang memberangsangkan, beliau menjalinkan ikatan semula bersama Perak.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kedah FA[sunting | sunting sumber]

Perak FA[sunting | sunting sumber]

  • Juara Liga Perdana 1 (2002,2003)
  • Juara Piala FA 2004


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]