Ed Osmera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shaikh Osman Shaikh Ibrahim)
Ed Osmera
Kelahiran
Shaikh Osman Shaikh Ibrahim

(1942-01-20)20 Januari 1942
Meninggal dunia2 Januari 2005(2005-01-02) (umur 62)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, Selangor
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit
Tahun aktif1964–1995
SaudaraSheikh Ahmad Ibrahim (abang)

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ed Osmera merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Beliau mempunyai darah Turki di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya ini. Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dilahirkan di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.[1]

Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S. Kadarisman (Pak Kadar). Ed Osmera mula berlakon menerusi Panglima Besi arahan M. Amin seterusnya filem Bidadari (1965) arahan Jamil Sulong diikuti filem Lain Jalan Ka-Shorga (1968). Beliau turut berlakon dalam filem Tuah Badan (1970) bersama Sarimah. Pak Kadar pula dengan filem Sri Andalas (1966), dan Panglima Harimau Berantai (1969)[2].

Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Keluarga 69 (1967), Sesudah Suboh (1967) dan Dr. Rushdi (1970). Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971) dan Hutang Darah (1972).

Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Durjana (1971), Angkara (1972), Satria (1973), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974) dan Anak Setan (1974).

Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsuddin iaitu filem Bukan Salah Ibu Mengandung (1969).

Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Nas Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974).

Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M. Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.

Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1979. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z. Lokman pada tahun 1981. Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem Ribut Di Hujung Senja (1982). Menerusi filem ini beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM).

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dikatakan mula mendalami ilmu agama sekitar tahun 70-an selepas diperkenalkan oleh seniman Ahmad Nisfu. Selepas itu beliau mula membabitkan diri dalam ilmu agama secara lebih serius pada 1994 apabila dia mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam bidang seni lakon lagi. Sebelum itu beliau sempat berlakon dalam 3 musim drama bersiri Cili Padi di TV3.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Shaikh Osman Shaikh Ibrahim (62) menghembuskan nafasnya ketika berehat bersendirian di dalam biliknya pada jam 2 petang di kediamannya di Kampung Laksamana Batu Caves pada tanggal 2 Januari 2005.

Pelakon berkenaan yang berasal dari Kelantan dan tidak pernah berkahwin, tinggal bersama abangnya, Sheikh Ahmad Ibrahim, 65 (lahir 1940). Allahyarham meninggal dunia dua minggu selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas sebulan menerima rawatan di institut berkenaan.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di kediamannya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, kira-kira jam 7 malam. Turut menziarahi jenazah di kediamannya ialah pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dan Yusof Kelana, pelakon M. Rajoli serta wartawan veteran, Aimi Jarr.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Gaya semasa ditemuramah oleh wartawan hiburan
Tahun Tajuk Watak Catatan
1964 Panglima Besi Orang Kampung Filem pertama
1965 Bidasari Shaharom
1966 Sri Andalas Tengku Teruna Jaya
1967 Sesudah Suboh Salim
Keluarga 69 Encik Rashid
1968 Lain Jalan Ka-Shorga Azman
1969 Bukan Salah Ibu Mengandong Murad
Keranda Jingga Suria @ Pertama
Panglima Harimau Berantai Andi Ujang / Panglima Harimau Berantai
1970 Dr. Rushdi Alimin
Kembang Layu Suami Normala
Tuah Badan Nasir
Pancha Indera Harimau Berantai Andi Ujang / Panglima Harimau Berantai
1971 Kudrat
Durjana
Asmara Kirana Osman
1972 Hutang Darah
Chengkaman Maut Putra
Angkara Deraman
1973 Satria Putra
Semerah Cindai Kelana
Bunga Mas
1974 Jantina
Puaka
Anak Setan Joga
1975 Pertiwi
1977 Menanti Hari Esok Cikgu Samad
1978 Don Zarith
1979 Prebet Lapok Kapten Zulkifli
1982 Raja Laut Zul
Ribut Di Hujung Senja Juga sebagai pengarah dan penulis
Esok Untuk Siapa Juga sebagai penerbit
1990 Pendekar Nusantara Sebagai pengarah dan terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Malam Tujuh Likur Sebagai pengarah

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Cili Padi - Telefilem Osman TV3
1994 Malam Hikmah
Jalan Lain Ke Mekah
Sesat Dalam Cahaya
1995 Al Mahdi TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1][pautan mati kekal]
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-28. Dicapai pada 2012-07-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]