Shakhtarsk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pekan Shakhtarsk terletak di wilayah / (negara baru ?) Donetsk, negara Ukraine. Pekan Shakhtarsk dikuasai oleh puak pemisah pro-Rusia sejak awal 2014.

Pekan Shakhtarsk menjadi lokasi pelancar peluru berpandu yang dikatakan ditembak ke arah pesawat MH17 milik Malaysia pada 17 Julai 2014. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di perkampungan Grabovo, Donetsk,Ukraine. Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko memaklumkan bahawa pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter dan dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pelancar Buk. Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine memaklumkan bahawa menarai kawalan terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Rusia turut didakwa menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Ukraine SU25 di timur negara itu bagaimanapun dinafikan Kementerian Pertahanan Rusia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]