Pergi ke kandungan

Shakilla Khoriri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shakilla Khoriri
Shakilla sewaktu rakaman rancangan Let's Du-it pada Ogos 2016.
Kelahiran
Nurul Shakilla binti Mohd Khoriri

(1989-06-27) 27 Jun 1989 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
PasanganFizi Ali (k. 2018; c. 2021)
Fariz Zulkeply (k. 2024)
Anak-anak1

Nurul Shakilla Mohd Khoriri (lahir 27 Jun 1989) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, yang kebanyakannya bergiat aktif di televisyen menerusi drama dan telefilem.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2009 dan telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem, beliau amat terkenal dengan watak antagonis yang dilakonkannya.[1][2][3] Antara drama yang menaikkan nama Shakilla ialah drama Adam dan Hawa di mana beliau memegang watak Eja iaitu adik kepada Nadiya Nisaa. Watak itu hanya diperolehi oleh beliau selepas tujuh tahun berkecimpung dalam dunia seni.[4]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2014, Shakilla mendedahkan kepada media yang beliau pernah diserang oleh seorang wanita yang kelihatan tidak berpuas hati dan membenci dengan watak antagonis lakonannya di dalam sebuah drama. Menurutnya, beliau ketika itu sedang melayan peminat yang mahu bergambar dengannya sebelum wanita itu menyerangnya dari arah belakang. Selain itu, beliau turut menerima ugutan dirogol, dibunuh dan disimbah asid sekiranya beliau terus membawakan watak antagonis.[5]

Pada 16 Julai 2017, Shakilla telah bertunang dengan Fizi Ali yang merupakan seorang penyampai radio Suria FM. Pasangan ini telah bercinta selama empat tahun,[6][7] dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari lalu.

Shakila sah menjadi isteri kepada Fizi pada 18 Februari 2018. Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat pukul 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.[8] Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan pada 14 Mac 2019 bernama Ameena Sofia.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Adnan Semp-It Kawan Nadia
2013 Ops Kossa Dappa 3
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Gerak Khas (Musim 11) Mangsa ragut TV2 Episod: "Geng Ragut"; tidak dinamakan
Seteguh Impian
Bagi Balik Jandaku Astro Ria
Akademi Polis TV9
2010 Adnan Sempit The Series Astro Warna
Duyong Aridinata Tom Diana TV3
Rumi & Jawi Astro Prima
Putera Katak Olin TV3
2011 Hilang Mona TV9
2012 BFF: Teman Tapi Mesra Fiza TV3
Bicara Hati Yanie Astro Prima
Adam & Hawa Eja Astro Mustika HD
2013 Cinta Kau Dan Aku Zamilah TV1
Kerana Sarah Efira TV3
2014 7 Suami Suri
Aku Isterinya Suzanne
Lembayung Kasihmu TV2
Kusinero Cinta Aishah Astro Ria
Kristal Maya Shaza TV3
Kifarah: Amanah Shida
Cinta Ilahi Shakira
2015 Delina Tasha
Orang Gaji IQ
Bidadari Balkish TV3
Ema Emyliana (Musim 3) Cikgu Zara
Kasih Malisa Salmi
Maria Terindah
Alif Imani Nadia TV9
Kasih Jasmin Shera
2016 Anakku Diva Amy TV3
Aku Bukan Bimbo Astro Ria
Uda Dan Dara
Jasmine Opie TV3
Nasi Minyak Kuah Cinta Nita
Impian Lulu Sabrina
2017 Papa Ricky Kayla Astro Ria
Sape Dari Itali Sarah TV2
Cinta Di Langit Cardiff Natalia
2018 KOPI Tonton Episod: "Cinta Kopi"
Geng Tadarus Lily TV2
Air Mata Di Bumi Matador Harlina
Selamat Malam Tan Sri Mazwin
2019 Biar Jadi Kaktus Seha
2021 Fam I Love You Marissa Astro Ceria
Saat Kau Takluk Cinta Ini Khadijah TV3
2022 Jiwa Wanita TV9
30 Hari Sebelum Raya Hamidah
Mem & Bibik Bibik Bibik Ram TV3
Bisik Bisik Gelora Juni
Impian Lara Kella Awesome TV
Suri Hati Irma TV3
2024 Takdir Itu Milik Aku Adira Astro Ria

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Andai Itu Takdirnya
2014 Dari Pintu Neraka
2015 Cinta Gila
Cempaka Padang Lerek
2016 Alim-Alim Kucing
Takraw Kampung Su TV9
Berhantunya Raya Iftar
2017 Kapur Kuning Buat Puteh Cikgu Suraya
2018 Luyak Hidayah TV2
2022 Hajat Buat Lagu Hajar
Bukan Khadijah Khadijah TV1
2023 Selamat Hari Bapa Kak Long Kak Long/Along TV2

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1 Episod 8
2018 Mahligai Cinta Artis Jemputan bersama Fizi Ali TV3 Episod 11
2022 Xcamp Pengacara TV Okey bersama Farali Khan
  1. ^ Norhidayyu Zainal (6 April 2016). "Shakilla Khoriri: 'Saya idam watak heroin'". Sinar Harian Online. Dicapai pada 6 April 2016.
  2. ^ Ariffudin Ishak (28 Mac 2017). ""Impian Jadi Heroin Sudah Berkubur" - Shakilla Khoriri". mSTAR Online. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  3. ^ Muhamad Fairoz Azizan (18 Mac 2017). "Shakilla Khoriri selesa berkawan dengan artis senior - Hiburan". bHarian Online. Dicapai pada 20 Mac 2017.
  4. ^ Aidil Mohamad (12 September 2016). "Angkara rakan, Shakilla Khoriri derita dua tahun - Hiburan". bHarian Online.
  5. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (29 April 2014). "Shakilla Khoriri diserang peminat kerana watak jahat". mSTAR Online. Dicapai pada 27 Julai 2014.
  6. ^ Jemang Rahman (30 Mei 2017). Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bertunang 16 Julai Diarkibkan 2018-09-21 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  7. ^ Zaidi Mohamad (6 September 2016). Shakilla Khoriri, Fizi Ali buat perancangan naik pelamin - Hiburan Bharian Online. Dicapai pada 7 September 2016.
  8. ^ Nur Asyikin Mayudin (18 Februari 2018). Fizi Ali & Shakilla Khoriri Sah Bergelar Suami-Isteri Diarkibkan 2018-09-21 di Wayback Machine Mstar Online. Dicapai pada 18 Februari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]