Shakira (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Shakira
Genre
Ditulis oleh
  • Zarihah Hassan
  • Zuraida Ramli
PengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Demi Cinta Ini" nyanyian Tomok ft Fatin Afeefa
Lagu penutup"Demi Cinta Ini" nyanyian Tomok ft Fatin Afeefa
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitSaiful Bahri Alias
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Wiranusa Corporation
Penyiaran
Saluran asalTV3
iQiyi (ulangan)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Januari 2022 – 11 Februari 2022
StatusTamat
Kronologi
MengikutiKisah Cinta Kita
Diikuti oleh3 Nota Cinta

Shakira ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 5 Januari 2022 menggantikan Kisah Cinta Kita. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marissa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.

Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.

Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi busker untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi busker sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).

Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.

Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan adik iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Shakira. MyInfoTaip. Dicapai 31 Disember 2021