Shalma Eliana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shalma Eliana
Nama lahirShalma Eliana Bruhanutheen
Kelahiran (2000-03-27) 27 Mac 2000 (umur 20)
Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia

Shalma Eliana binti Bruhanutheen, (lahir 27 Mac 2000) atau lebih dikenali sebagai Shalma Eliana, atau panggilan mesranya Yana, merupakan penyanyi wanita Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shalma Eliana mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi laman Instagram, dengan "cover" lagu tempatan dan antarabangsa yang menarik perhatian kerana suaranya yang merdu. Beliau dilamar syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada tahun 2018, dan pada tahun yang sama, muncul dengan single pertamanya, 'Janji Terindah', hasil ciptaan Malique Ibrahim dan Dedeq. Pada tahun 2019, Shalma mempertaruhkan single keduanya, 'Mahukah Kamu', yang menampilkan artis hip hop terkenal Singapura Fariz Jabba, hasil ciptaan Alif. 'Mahukah Kamu' bertemakan perkasaan wanita, dan menceritakan kepentingan wanita mempertahankan maruah mereka dan menetapkan pendirian diri.[1] Shalma dipuji ramai apabila dilaporkan bahawa beliau telah ditimpa kemalangan jatuh dari balkoni yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan patah kaki di bahagian tumit sebelum penggambaran video muzik 'Mahukah Kamu', tapi tetap tabah meneruskan penggambaran demi menyiapkan video muzik tersebut.[2]

Shalma Eliana juga merupakan salah satu daripada 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk menghasilkan lagu #jangankeluar, lagu hip hop yang dihasilkan oleh Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia supaya peka dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shalma kini sedang melanjutkan pelajarannya di UOW Malaysia KDU, dalam jurusan Diploma in Communications.

Shalma yang berketurunan India Muslim (bapa) dan Melayu (ibu) merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik perempuan. Salah seorang daripada kakaknya merupkan ahli perniagaan dan pengacara terkenal, Shalma Ainaa.

Pada sekitar tahun 2019 sehingga kini, Shalma mengundang pelbagai spekulasi netizen apabila dilaporkan beliau sedang menjalinkan hubungan rapat bersama penyanyi lelaki popular, Ismail Izzani.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis Lirik Catatan
2018 Janji Terindah Malique & Dedeq -
2019 Mahukah Kamu (feat. Fariz Jabba) Alif Alif & Fariz Jabba OST Bila Cupid Jatuh Cinta
2020 Aroma Firdaus Rahmat & Mas Dewangga -

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Lelaki Lingkungan Cinta Salina TV3 Slot Lestary

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
TBA TBA TBA TBA Filem pertama

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Gangguan Psiko Stalker Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
TBA TBA TBA TBA TBA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]