Shamsudin Baslah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shamsudin Baslah
Kelahiran1946 (1946)
Meninggal dunia27 April 2021 (berumur 74–75)
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–1991

Shamsudin Baslah (1946 – 27 April 2021) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan melakonkan watak MM 7852 Abdul Kadir Jusoff dalam filem drama epik 1981, Bukit Kepong arahan dan lakonan Jins Shamsuddin.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1981 dengan membintangi filem Bukit Kepong sebagai MM 7852 Abdul Kadir Jusoff yang berjaya menaikkan namanya sebagai pelakon. Beliau kemdudian berlakon dalam filem drama 1983, Bila Hati Telah Retak terbitan Filem Negara Malaysia, lakonan bersama Rubiah Suparman. Selain sebagai pelakon, beliau juga pernah menggalas peranan sebagai pengarah dan penerbit.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shamsudin berkahwin sebanyak empat kali. Beliau ditempatkan ke Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA) oleh isteri keempatnya pada 2020 yang mana beliau sering diknjungi oleh anak lelakinya dari perkahwinan keempat. Kos penginapan beliau juga diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada usia 75 tahun di Hospital Tanjong Karang akibat sakit tua pada jam 5:30 petang 27 April 2021.[1][3] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras, Sungai Buloh. Sebelum kematiannya, Shamsudin dilaporkan mahu bertemu dengan Yusof Haslam, salah seorang pelakon Bukit Kepong.[4][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1981 Bukit Kepong MM7862 Abu Bakar Jusoff
1982 Penentuan Dirinya sendiri
1983 Bila Hati Telah Retak Musa
1984 Tujuh Biang Keladi Zamri
Pagar-Pagar Cinta Kawan Kepada Rita

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Fatin Farhana Ariffin (27 April 2021). "Pelakon veteran, Shamsudin Baslah meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  2. ^ "Pelakon filem Bukit Kepong Shamsudin Baslah meninggal dunia". BERNAMA. 28 April 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  3. ^ Amirul Aiman Hamsuddin (27 April 2021). "Pelakon Bukit Kepong meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  4. ^ Amirul Aiman Hamsuddin (28 April 2021). "'Pemergiannya sangat dirasai, arwah penyeri pusat jagaan ini'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  5. ^ "Pelakon filem 'Bukit Kepong', Shamsudin Baslah meninggal dunia, hasrat jumpa Yusof Haslan tak kesampaian". mStar Online. 27 April 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]