Shamsulkahar Mohd Deli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Shamsulkahar Mohd Deli

DPNS (Negeri Sembilan)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jempol, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehSalim Shariff
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Serting
Memegang jawatan
2008
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Lilah Yasin
Butiran peribadi
Lahir (1961-08-01) 1 Ogos 1961 (umur 61)
Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Parti politikUMNO (Malaysia).svg Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png Barisan Nasional
PasanganDatin Rashidah Ismail
Anak-anak2
PekerjaanAhli politik

Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi DUN Serting sejak 2008 mewakili Barisan Nasional.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Shamsulkahar dilahirkan pada 1 Ogos 1961 dan berasal dari Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir dan SMK Za'aba sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam Diploma Pendidikan. Sebaik menamatkan pengajian di maktab perguruan itu, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Asian Institute of Management Science University of Newcastle Australia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shamsulkahar bekerja sebagai seorang guru selama 11 tahun (1985-1996). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran (1996-2000), Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Penerangan (2000-2002) dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2002-2004). Kemudian, beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan selama empat tahun bermula 2004 hingga 2008, sebelum bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2010)

Rujukan[sunting | sunting sumber]