Shamyl Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shamyl Othman
Kelahiran1980 (umur 43–44)
PekerjaanPengarah, pembikin filem
Tahun aktif2000–kini
Ibu bapaOthman Hafsham (bapa)
SaudaraShamaine Othman (adik)

Shamyl Othman ialah seorang pengarah dan pembikin filem Malaysia dan merupakan anak kepada pengarah veteran terkenal, Othman Hafsham.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shamyl mendapat pendidikannya dalam filem di Melbourne, Australia, pada 1999. Dua filem pendek beliau, Father dan Second, yang ditulis dan diarahkan oleh beliau semasa kursus itu, ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem dan Video Pendek Antarabangsa Manchester (2003), Festival Filem Antarabangsa Bangkok (2004) dan Festival Filem Antarabangsa Melbourne ke-51. Father juga memenangi Anugerah Emas untuk Filem Pendek ASEAN Terbaik di Anugerah Video Malaysia ke-8.

Selepas mendapat ijazah dalam Filem dan Televisyen pada tahun 2003, Shamyl pulang ke Malaysia dan mula bekerja sebagai pengarah dalam industri televisyen. Selama beberapa tahun pertamanya, beliau memainkan gabungan genre televisyen - dari siri drama dan telefilem ke rancangan realiti dan dokumentari. Projek awal beliau bersama Red Communications termasuk iklan dan kandungan berjenama untuk pelanggan korporat seperti Unilever, Petronas dan AirAsia. Beliau seterusnya memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan dan mengarahkan program untuk siaran serantau. Antaranya ialah Waktu Rehat untuk Disney Channel dan My Ghost Story Asia untuk The Biography Channel (bio.) yang kedua-duanya merupakan pencalon di Anugerah Televisyen Asia.

Selain daripada hasil karya televisyen, Shamyl juga telah mengarahkan filem. Beliau mengarahkan filem sulumgnya Kami Histeria, yang dikeluarkan pada Februari 2014,[2] juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-25 dan Festival Filem Antarabangsa Hanoi. Beliau mengarahkan filem keduanya Rembat dikeluarkan pada Ogos 2015.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shamyl merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pengarah veteran terkenal, Othman Hafsham. Adik beliau, Sharmaine, juga bergiat aktif dalam bidang perfileman. Beliau mempunyai seorang anak perempuan.[4] Meskipun diminta oleh bapanya supaya menguruskan Cinematic Sdn. Bhd. yang menerbitkan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, namun Shamyl menolak dengan alasan beliau belum bersedia untuk "memikul tanggungjawab besar",[4] sambil menyatakan "sukar untuk bekerja dengan bapanya".[4] Malah, beliau juga lebih selesa bekerja dengan syarikat penerbitan lain daripada syarikat penerbitan keluarganya sendiri.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Father (filem pendek)
  • Second (filem pendek)
  • Sadiq & Co (drama; 2008)
  • Gigi Putih (filem pendek; 2010)
  • Waktu Rehat (drama; 2010)
  • "Aku Adalah Aku" - Melda Ahmad (muzik video; 2011)
  • Heart of Taiko (filem pendek; 2012)
  • My Ghost Story Asia (dokumentari; 2013)
  • Kami Histeria (2014) – pengarah
  • Rembat (2015) – pengarah
  • Oh My English!: Hello America (telefilem; 2015)
  • Anak Merdeka (drama; 2017) – pengarah (1 episod)
  • Kasut Bola Pink (telefilem; 2017) – pengarah
  • Merah, Putih, Kuning dan: Haru Biru (video; 2017)
  • Gantung The Series (drama; 2018) – pengarah
  • Ex Aku Pontianak (drama; 2022) – pengarah
  • Rahsia (2023) – pengarah
  • Riot!: Rebel With A Cause (drama; 2023) – pengarah
  • Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie (TBA) – pengarah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bissme S. (13 June 2014). Following in dad's footsteps The Sun, Malaysia. Retrieved on November 4, 2014. (Inggeris)
  2. ^ "'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa". mSTAR Online. 14 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  3. ^ Aqmar Mustaza (10 Oktober 2015). "Rembat filem santai, semarak perpaduan". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Julai 2016.
  4. ^ a b c d Amirul Haswendy Ashari (4 Oktober 2015). Susah bekerja dengan ayah Harian Metro. Dicapai pada 4 November 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]